Rate

Part 29 : Underlings

Vampire Completed 6708

Menyelinap dalam gelap tanpa dikesan, tiga kelibat itu berdesup kanan dan kiri laman rumah dua tingkat itu sebelum berhenti tepat di hadapan pintu. Tanpa berlengah seorang daripada mereka mengangkat tangan lantas memberi beberapa ketukan pada permukaan pintu itu.

Knock!

Knock!

Beberapa saat kemudian pintu rumah itu pun terbuka.

Carolina menahan nafas kejung memandang tiga kelibat vampire di depannya tanpa bergerak sejak tadi. Dia sedang menonton televisyen sendirian menunggu kepulangan Lissa. Awalnya dia fikir ketukan pintu tadi datang dari Lissa, namun sangkaannya meleset. Bukan Lissa tetapi underling suaminya yang datang ke situ.

        "Izinkan kami masuk."

Nak tak nak terpaksa Carolina pelawa mereka masuk ke dalam rumah.

        "Apa yang dah berlaku?"tanya vampire pertama di tengah-tengah sekali.

Mata Carolina lirik ke wajah vampire pertama dengan kening berkerut. Kenapa tanya dia?Bukan ke mereka yang datang ke rumahnya tiba-tiba. "Sepatutnya saya yang tanya. Apa yang kamu bertiga lakukan di rumah saya ini?"

        "Tuan Dragomir minta kami datang. Beliau mengesan ada yang tidak kena....Sesuatu telah terjadi.."maklum vampire kedua dengan renungan seriusnya melirik sekeliling ruang tamu tersebut seakan mencari sesuatu.

         Sesuatu terjadi?Carolina teringat akan Lissa.   Anak perempuannya belum pulang sejak siang tadi. Adakah sesuatu telah menimpa anak perempuan dia itu. "Lissa belum pulang lagi sejak siang tadi."beritahunya dengan perlahan.

         "Di mana dia sekarang?"vampire pertama bertanya.

          "Katanya dia melawat kedai buku di hujung pekan sana. Biasanya dia balik jam segini."

          "Sendirian?"tanya vampire kedua.

           Carolina mengangguk kepala dalam keadaan teragak-agak. "Kenapa?Adakah Lissa dalam bahaya?"

           "Itu yang kami cuba cari tahu. Tuan hanya berpesan supaya segera mendapatkan Lissa untuk memastikan keselamatan dia.."jelas vampire ketiga. "Puan ada apa-apa cara untuk hubungi dia?"

             Carolina mengangguk kepala. Dia gegas ke arah sofa lantas mendapatkan telefonnya dari atas kusyen sofa itu. "Saya cuba hubungi Lissa kalau macam tu?"maklumnya sambil tu.

Lantas vampire pertama dan kedua tadi mula berlegar sekitar ruang tamu dan ruangan di situ untuk pemeriksaan. Mana la tahu ada yang memerhati sekitar rumah itu ke apa kan.

             "Dia tak jawab.."beritahu Carolina selepas panggilannya tidak dijawab.

Vampire ketiga berhenti di situ, dia dongak memandang ke siling ruang tamu itu. Matanya bersinar-sinar keemasan. Menggunakan kuasa penjejaknya dia cuba cari tahu kedudukan Lissa menggunakan rantai leher yang pernah dia serahkan kepada gadis itu pada hari kelahiran Lissa tidak lama hari itu.

             "Ada sesuatu menghalang kuasa saya untuk mengesan keberadaannya."beritahu vampire ketiga selepas mencuba beberapa kali untuk mengesan Lissa. Tetapi kuasanya ditolak dengan satu daya misteri. Dia tidak tahu apakah ia tapi yang pasti kuasa sihir itu cukup untuk menentang vampire diraja sepertinya.

             Carolina memandang cemas ke arah tiga vampire di depannya. Kening dia berkerut kerisauan. "Apa patut saya buat ni?Patut ke saya keluar cari Lissa sekarang?"

            Vampire pertama tadi berhenti di hadapan jendela yang ditutupi dengan langsir merah merun lalu menyelak sedikit kain langsir itu untuk mengintai ke luar. "Jangan. Waktu dah lewat. malam dah berlabuh. Ianya tidak selamat untuk manusia biasa seperti puan berkeliaran"

            "Macam mana dengan Lissa?"Carolina sudah mula gelisah. "Takkan nak suruh saya tunggu dekat sini aje?"

             "Bawa bertenang puan. Apa kata puan cuba hubugi Lissa sehingga dapat."pinta vampire kedua dengan perlahan. "Kami akan cuba mengesan keberadaan Lissa secepat mungkin."

             Nafas Carolina mula naik turun kencang. Wajahnya pucat lesi. "Berapa kali saya pesan...berhenti ganggu saya dan anak saya. Sekarang lihat..apa yang terjadi. Kenapa kamu semua tak boleh nak faham?"bisiknya semasa tunduk menyentuh skrin cuba memberi pesanan kepada nombor Lissa.

             "Ianya arahan dari Lord Dragomir sendiri."

             "Saya tak peduli ianya arahan siapa. Identiti Lissa tak boleh terdedah...kalau hal kamu sering tonjolkan diri di kediaman ini...orang akan mula curiga.."Carolina memandang geram ke arah mereka.

              "Lissa belum boleh kawal kuasa dia...puan sendiri tahu. Kalau tiada siapa yang berada di sampingnya untuk menjadi guardian. Nyawa dia tetap akan dalam bahaya. Termasuk puan.."tegas vampire pertama.

               "Kalau macam tu lakukan sesuatu dengan segera supaya semua ni selesai. Saya cuma nak hidup aman dengan anak perempuan saya"waktu itu lah panggilan yang Carolina buat di jawab. Buatkan wanita itu dengan lega bersuara. "Lissa sayang...kamu di mana nak?"

Untuk seketika panggilan dalam telefon itu senyap.

               "Lissa?"panggil Carolina lagi sambil menggigit hujung ibu jarinya.

               "Ini adalah rakan sekelas dia. Star Poison. Lissa sekarang ada bersama dengan saya. Kami ada tugasan yang perlu disiapkan. Jadi dia akan bermalam di asrama akademi."maklum penjawab panggilan itu.

               Mata Carolina berkedip laju taktala mendengar nama tersebut. "Huh?"dia salah dengar ke?

               "Maafkan saya sebab baru sempat hendak maklumkan hal ni. Lissa tertidur. Jadi dia tak sempat nak maklumkan lebih awal.."

Bila ketiga-tiga vampire itu boleh dengar secara jarak jauh akan perbualan itu, mereka sekadar berdiri di situ memerhatikan riak wajah cemas Carolina bercakap melalui telefon.

               "Lissa tak apa-apa kan?"

              "Ya puan. Lissa tak apa-apa. Jangan risau."

               "Syukur la kalau begitu. Terima kasih sebab  beritahu."

               "Tak mengapa puan. Saya minta maaf sekali lagi.."

                 Carolina mengangguk kepala. "Tak mengapa."beritahunya.

                 "Kalau begitu saya minta diri dulu. Lissa akan pulang ke rumah esok ya. Saya akan pastikan dia hubungi puan terlebih dahulu. "

                  "Baik."
 
Panggilan itu diputuskan sesaat kemudian.

                "Macam mana?"vampire pertama bertanya.

                "Lissa tak apa-apa."beritahu Carolina dengan senyuman lega di bibir. Tangannya erat menekap telefon ke dada. Tanda dia berasa lega.

Vampire ketiga tidak percaya dengan kata-kata itu. Dia malah beri renungan penuh maksudnya ke vampire pertama.

                Vampire kedua mengerling ke arah    rakan-rakannya di situ sebelum memberi anggukan tanda setuju. "Kalau begitu kami minta diri terlebih dahulu. Maaf kerana mengangguk pada waktu malam begini."tunduknya kepada Carolina.

                "Sekejap.."

Ketiga-tiga vampire di situ memandang serentak ke Carolina.

              "Sesuatu yang buruk bakal berlaku ke?"

              "Kenapa puan bertanya begitu?"

              "Saya dengar banyak khabar angin sewaktu bekerja di dalam restoran siang tadi. Dengar kata Zon Merah akan berperang dengan Zon Biru..."

             "Boleh dikatakan begitu."angguk vampire kedua.

              "Adakah Zon Merah boleh menang peperangan ini?"Carolina tilik ketiga-tiga wajah depannya itu bersama perasaan gusar gelisahnya. Dia tidak bencikan vampire atau manusia. Dia neutral pada kedua-dua pihak kerana suami soerang vampire. Jadi kalau ada sesuatu terjadi, Lissa yang bakal menanggung kesan akibatnya nanti. Dan itu adalah perkara terakhir yang dia enggan mahu terjadi.

              "Jangan risau puan. Kami akan cuba pertahankan sebaik mungkin Zon Merah ini dari sebarang ancaman."beritahu vampire pertama.

Vampire ketiga tidak memberi sebarang respon mengenainya. Dia hanya diam di situ termenung memikirkan keberadaan Lissa. Kalau Lissa di akademi kenapa dia tidak boleh kesan keberadaan gadis itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience