Rate

Part 64 : Ezra dan Carlus

Vampire Completed 6708

Lissa yang ditinggalkan pandang pintu bilik kebingungan. Serius beritahu!Kalau dia ni bom dah lama meletup tahu tak!Namun tak lama sebelum bunyi crash yang kuat kedengaran dari tingkat bawah. Memeranjatkan dia!

Apa tu!?

BAM!

        "Apa tu!"Lissa bawa tangan ke dada.

Jangan cakap dengan dia ada yang datang ke rumahnya tanpa dijemput?

Lekas-lekas Lissa pegang tombol pintu dan menarik daun pintu ke dalam sebelum keluar dari bilik. Dia kena tengok!Dia kena tahu apa yang berlaku dekat rumah kesayangannya! Apa yang mereka fikir kan?Bertarung dekat dalam rumah?

Pada masa Lissa tiba di anak tangga bunyi bising seakan ada orang bergelut semakin jelas kedengaran.

CRASH!

         "Ezra belakang kau!"

Muncul saja Lissa di bawah, dia dikejutkan dengan suasana dimana lima lelaki asing sedang bertarung dengan Ezra dan Carlus di tengah ruang tingkat bawah. Keadaan ruang tamunya sudahpun tunggang langang.

Oh my gosh!

Hell nah!

Habis rumah dia!Mama dia akan marah kalau perabot kesayangan wanita itu rosak dan patah!

          "Hei!Hentikan semua ni!Carlus!!"

Scent Lissa menerawang di Udara tanpa gadis itu sedari. menyebabkan Strigoi yang pecah masuk kediaman tersebut berhenti dari bertarung dan memusingkan badan mereka ke punca bau itu. Hidung masing-masing kembang kempis kerana menghidu bau enak tersebut.

          "Apa kau buat dekat sini!Aku suruh kau stay dalam bilik!"marah Ezra bergelut di bawah Strigoi yang sedang mencekik lehernya.

Berpasang-pasang mata merah terarah pada gadis di depan tangga itu. Perhatian Strigoi yang diarahkan untuk mendapatkan Lissa terarah padanya.

           "Gahhh!!!!"mereka menyeringai bengis menayang barisan gigi bergerigi mereka sebelum berlari ke arah Lissa mahu menerkam target mereka.

Ah!Sh*t!

Apa!Kenapa ni?Kenapa mereka pandang dia?! Mata Lissa bergerak kanan kiri dengan cemas tak tahu nak buat apa.

           "Lari Lissa!"arah Carlus lompat ke atas sofa lalu mendarat atas bahu Strigoi paling hampir dengannya lalu kepala itu di pusing sehingga putus begitu saja.

SPLAT!

Terpercik darah tu ke merata arah.

Ezra angkat pancang peraknya ke arah Strigoi paling hadapan di depan Lissa lalu melempar tepat ke jantung Strigoi lelaki tu. Seinci sebelum Strigoi itu sempat menyentuh Lissa.

Begitu kejung melihat apa yang berlaku di depan matanya, Lissa berpusing ke arah pintu dan keluar dari rumah tu secepat mungkin. Dia tak pandang dah apa yang jadi dalam rumahnya. Tapi kenapa rumah dia jugak!

           "Arghhh!"teriak Lissa bila nampak kelibat berdesup laju depan dia. Kaki dia brek mengejut sebab tak sempat nak elak!

KEDEBUK!

           "Lissa!"Carlus muncul di belakang apabila dua Strigoi muncul dari kanan Lissa lantas menerkam gadis itu hingga tercampak jatuh atas laman berumput rumah itu.

           "Sraaaa!"desis Strigoi perempuan berambut   pendek di atas Lissa apabila dia bersedia mahu meratah leher Lissa.

Memang tak la!Apa semua ni!

            "Arghhh!!!!!!"ronta Lissa menolak badan tu supaya kepala Strigoi perempuan itu tidak mendekati lehernya. Kaki dia pun ikut bergelut hendak menyepak badan tu tapi kekuatan mereka ibarat beratus kilo beratnya, tak mampu untuk dia lawan seorang!"Ke tepi!Ke tepi!"

Muncul satu lagi Strigoi di atas kepala Lissa. Strigoi lelaki itu pegang kedua-dua lengan Lissa. Seakan mahu merentap lengan gadis itu.

SNAP!

Satu tusukan mengenai tengah-tengah dada Strigoi perempuan berambut pendek tidak semena. Menumpahkan darah berbau hanyir seakan ikan busuk ke atas Lissa. Lalu diikuti dengan kepala Strigoi lelaki yang terputus dari badan sesaat kemudian.

ohmygod!ohmygod!ohmygod!

Nafasnya menjadi kencang hingga berpinar kepala di buatnya.

            "Arghh!!!"semakin menjadi-jadi teriakan Lissa kerana trauma dibuat darah yang mengenai muka dia. Apa yang berlaku ni!Kenapa semua Strigoi aim dia!

             Ezra yang menyelamatkan Lissa tarik gadis itu bangun dari laman berumput tu dengan satu rentapan saja. "Awak okay Lissa?Ada cedera tak?"soalnya menilik sekali imbas badan Lissa.

Serius?Lissa pandang Ezra dengan muka tak percaya. Matanya terjegil bulat.

Lelaki ni tanya dia okay ke tak!Rasanya dia okay tak bila hampir menjadi makanan Strigoi tadi! Tercungap-cungap di serang panik Lissa hanya mampu menggeleng kepala. Lidah dia terlalu kelu hendak menuturkan kata.

             "Dari mana mereka semua ni datang?"tanya Ezra ke hairanan. Dia lalukan tangan ke Udara. Menghasilkan satu lingkaran di atas permukaan tanah. Lalu cecair berwarna merah keluar dari tanah itu sebelum merayap-rayap ke arah Strigoi yang ada seperti tangan berlendir.

Squish!

Squish!

Squish!

Bendalir gooey itu bergerak-gerak menyelaputi badan vampire-vampire yang sedang berpusu-pusu muncul hendak dekati Lissa dan Ezra.

Carlus yang dalam bahaya hampir di gigit oleh Strigoi itupun diselamatkan benda gooey warna merah Ezra.

Melekit-lekit badan Strigoi di situ hingga memerangkap pergerakkan mereka di situ dengannya. Namun ianya tidak berhenti setakat itu saja. Bukan setakat dua tiga sahaja Strigoi, tetapi makin banyak yang menghurung laman rumah Lissa.

             "Kita kena pergi dari sini!Sekarang!Sekarang!"jerit Lissa penuh cemas mencengkam kuat belakang badan Ezra apabila melihat beberapa kelibat Strigoi sedang berlari ke arah laman rumahnya di jalan sana.

Lalu muncul satu Strigoi lagi dari tepi, menerpa Ezra dengan kuat lalu diikuti Lissa. Kedua-duanya tercampak atas rumput itu dengan serentak..

             "GAH!!!!"Strigoi lelaki menyergah depan muka Lissa dengan menakutkan. Mata Strigoi itu kemerahan dan ada darah yang bergenangan dalam bola mata putih itu.

Sementara Ezra sedang bergelut dengan dua Strigoi!

Helll nawww!

               "Mama!MAMA!!!!ARghhhh!!!"teriak Lissa penuh hysteria meronta hendak menolak badan Strigoi itu jauh dari badannya. Bau dari tubuh itu serupa seperti bangkai mereput!

Bussss!

Satu lingkaran muncul dari bawah tempat Lissa baring. Menenggelam badan itu ke dalam bulatan tersebut sewaktu gadis itu masih menjerit. Dan sesaat kemudian Lissa jatuh dari Udara mendarat atas rumput jauh sedikit dari Strigoi tadi. Dia telah di teleport melalui lingkaran pentagram tadi.

KEDEBUK!

           "Uhuk!"wajah Lissa menyembam rumput di bawahnya sesaat kemudian. Sakitnya dada!

            " F*ck!Ramai gila dia orang."ngerang Carlus bergelut dengan satu lagi Strigoi yang melompat dari atas bumbung rumah.

            Saat itu Ezra muncul. Dia dapatkan Lissa.    Menarik gadis itu bangun. "Carlus sekarang!"panggil Ezra memeluk Lissa ke dalam pelukannya semasa menghalakan pancang dia ke arah Strigoi yang hanya beberapa langkah saja dari mereka.

Arahan itu buatkan Carlus lari sebelum meluncur sepanjang rumput itu lalu tiba di tempat Ezra dan Lissa berdiri. Berlutut sebelah kaki di situ, Carlus munculkan gegelung teleportasi dari atas kepala sebelum ia menelan mereka bertiga dan lenyap dari situ laman tersebut tidak berjejak.

Berlanggaran Strigoi di situ apabila gagal berhenti pada masa yang tepat apabila ketiga-tiga orang itu lenyap ditelan Udara!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience