Rate

Part 84 : Dah Tahu

Vampire Completed 6708

Tick!

Tock!

Tick!

Tock!

Pendulum dalam jam gantung di dinding atas perapian berhayun kanan dan kiri mengikut rentak jarum panjang taktala ia berhenti tepat di nombor dua belas. Menandakan waktu sudahpun masuk tengah malam.

Dan api diperapian marak membakar kayu api yang dilonggok dalam tempat itu. Menghasilkan suhu hangat untuk bilik rehat diraja. Selain cahaya dari api perapian, sebuah pelita menyala atas almari sebelah kerusi dimana satu susuk sedang duduk bersandar pada kerusi mahogany disebelah.

Krit!

Krit~

Krit~

Bunyi kerusi berkeriut kedengaran setiap kali ia digoyangkan depan ke belakang dengan perlahan oleh yang duduk di atasnya.

Detik demi detik berlalu, keadaan bilik itu berlanjut begitu untuk seketika. Sehingga pintu terbuka dan seseorang berjalan masuk ke dalam lantas berdiri di hadapan orang yang sedang duduk berehat pada kerusi goyang tadi.

         "Tuanku..."sapa Vlad. Lelaki itu berdiri dengan kedua-dua tangan ada di sisi. Mata vampire dia merenung tepat akan wajah bakal raja di depannya. Mata itu terpejam Namun kening berkerut. Jelas beritahu lelaki depannya ketika ini dalam keadaan mood yang terganggu. "Maaf sebab lewat."

Mata yang terpejam itu pun terbuka. Sepasang anak mata golden terarah pada Vladimir.

          "Saya dimaklumkan tuanku hendak bertemu dengan saya, ada apa-apa yang tuanku perlukan?"

          "Ya. Ada sesuatu yang aku perlukan dari kau.... dan hentikan formality kau..ianya menjengkelkan aku."angguk Putera Mahkota Micah dengan tiada mood dia.

Vlad tunggu selepas dengar. Dia nak tanya tapi naluri dia beritahu jangan bersuara. Jadi dia diamkan diri sambil membalas renungan dingin Putera Mahkota Micah. Lain macam betul angin Micah malam ni?Sesuatu dah berlaku ke?

           "Sebelum tu, aku nak kau tahu. Apapun yang aku akan tanyakan pada kau nanti, aku titahkan kau untuk berkata benar."arah Putera Mahkota Micah.

         "Baik tuanku."akur Vlad tanpa sebarang bantahan.

         "Kau bonding dengan Lissa bukan?Jadi kau mesti tahu apa yang berlaku pada dia selepas aku arahkan kau untuk lupuskan ingatan Lissa tentang aku?"

Dah kenapa tanya tentang hal tu pulak?

          Dari situ Vlad sudah mula diserang rasa tak senang. Dia pandang Putera Mahkota Micah dengan nafas tertahan tanpa sedar. Dia terkejut kerana dia ingatkan, Micah tidak akan bertanya mengenai hal tersebut. "Ya."angguknya.

          Bersama renungan bengangnya, Putera Mahkota Micah duduk tegak dari sandarnya lalu merehatkan lengan atas arm rest kerusi goyang tersebut menyondong ke depan. "Did you really done it?"

          Mahu tak mahu Vlad mengangguk lagi sambil menelan air liur gemuruhnya. Ya tu memang la ya, tapi itulah...."Sudah tuanku.."tapi tak berjaya kerana kuasa Healer Lissa menghalang gadis itu dari di pukau dengan sebarang kuasa sihir. Jadi ingatan Lissa sedikit pun tak dapat dihapuskan.

         Barulah Putera Mahkota Micah pandang curiga. Dia mengecilkan matanyanya saat itu. "Kau pasti ingatan Lissa benar-benar dah terhapus?"entah kenapa dia rasa curiga. Kenyataan Lissa tempoh hari benar-benar menganggu fikiran dia.

Cacing kepanasan Vlad kerana soalan itu. Dia tidak tahu hendak membuat keputusan. Patut ke dia beritahu?Atau rahsiakannya sepertimana yang diminta Lissa?Dia dilemma. Haish!

          "Vladimir!"ketap Putera Mahkota Micah apabila Vlad diam di situ. "Aku tanya ni..."

          Peduli la situ!"Tak...Aku tak berjaya lakukannya."ngaku Vladimir serta merta.

           Mata kanan Putera Mahkota Micah berdenyut-denyut sebaik mendengarnya. "Kenapa?"

           Sambil membuat muka kesal, Vlad berkata lagi. "Sebab kuasa Healer Lissa lindungi diri dia dari di pukau atau dimanipulasikan dengan mana-mana sihir...jadi apa yang dah berlaku dan apa aje yang melibatkan tentang tuanku, Lissa masih ingat..."jelas Vlad dengan nada mengalah.

Dah agak!

Dia dah agak semua ni!

Gara-gara rasa curiga mengenai satu perkara inilah, Putera Mahkota Micah ambil keputusan untuk bertanyakan hal tersebut pada Vlad. Namun tak sangka pula yang disampaikan itu buatkan dia hampir hendak hilang kawalan.

           "Lissa ingat semuanya?Dan selama ni dia tahu siapa aku?"

Vlad mengangguk. Pandangan terarah terus ke lantai depannya.

           "Berani kau rahsiakan hal ni dari aku!!"

           "Habis tu kau nak aku buat macam mana lagi?Lissa sendiri yang mintak untuk aku rahsiakannya dari kau, sebab dia tak nak kau hilang tumpuan dari majlis pertabalan kau..."

           "Siapa tuan kau sekarang ni?!"deram Putera Mahkota Micah dengan keram.

Sh*t!Vlad ketap giginya erat bila mendengar nada keras itu.

           Sambil mengurut tepi kepala beberapa kali, Putera Mahkota Micah bawa kaki naik ke atas kerusi sebelum sandar ke belakang menyelesakan diri. Dia berasa seakan diperdayakan pun ada. "Aku adalah atasan kau Vlad...dan kau pilih untuk ikut arahan Lissa?"

           Kekok Vlad masa tu. Dia nak jelaskan macam mana ya? "Kau tahu..aku dengan Lissa ada bonding, yang mana apa yang dia kata tu ibarat arahan untuk aku walaupun aku tak nak."jelasnya. "Lissa sendiri dah buat keputusan lepas dia sedar di rumah Norah hari tu. Dia tak nak ada kaitan dengan kau lagi...sebab tu dia suruh aku diamkan diri."

           "Tak bermakna kau ada hak untuk rahsiakan hal ni dari aku!"bentak Putera Mahkota Micah. Sakit hati betul la!

           "Kalau macam tu apa hak kau untuk hapuskan ingatan Lissa mengenai kau dan perasaan dia terhadap kau?Beritahu aku?"

           "Itu urusan aku!Aku terpaksa!Kau fikir aku nak buat semua ni?"Putera Mahkota Micah bangkit dari kerusi marah-marah. Kepalan penumbuk digenggam erat dalam tangan.

Serta merta Vlad menundukkan kepalanya ke bawah. Berasa takut dengan aura yang di pantulkan oleh bakal raja dihadapannya saat itu. Kuat dan bergelora!

           "Lissa yang minta semua ni. Disebabkan aku berhutang dengan dia, apa saja permintaan Lissa, ianya adalah satu kewajipan untuk aku turuti sekalipun ianya melanggar titah dari raja sendiri."akur Vlad begitu berserah dengan nasib dia kemudian. Dia tidak kisah sekiranya keputusan dia itu buatkan Putera Mahkota Micah mahu menghukumnya.

          "Kau kena ingat Micah...beberapa saja lagi adalah hari pertabalan kau. Kalau kau dekati Lissa semula dan diketahui oleh Raja Vampire, ayahanda kau takkan berdiam diri..."pesan Vlad.

Rambutnya di kuak ke belakang dengan bengang. Putera Mahkota Micah terduduk semula di atas kerusi. Entah kenapa dia rasa marah!Sepatutnya dia lega kerana Lissa tidak melupakan dirinya. Tapi Lissa memang dah berputus asa dari dia!

           "Keluar sekarang!"arahnya kembali menutupi mata.

           "Baik."Vlad mengundur ke belakang sebelum berpusing setelah tiba depan pintu bilik tu.

Maka sendirian la Putera Mahkota Micah di situ.

Keluar sahaja Vlad dari bilik rehat itu, dia bertembung dengan Puteri Maria. Vampire muda itu bertentang mata dengannya buat seketika sebelum senyuman terukir nipis di bibir mugilnya.

          "Tuan puteri.."tunduk Vladimir tanda sapa.

          "Hai...Vladimir.."balas Puteri Maria sesaat selepas dia mengerling ke pintu di belakang Vlad waktu itu. "Apa awak buat waktu malam begini?Micah cari ke?"

           "Ya tuan puteri.."

          "Hmm.."sengih Puteri Maria dengan sinis. "Let me guess..did he know that she know?"

Tersentak Vlad. Dia pandang Puteri Maria dengan mata terbutang kaku.

          "Apa maksud tu-"

          "So betul la?Hahaha...Itulah ego sangat...hari tu bukan main lagi beria...sekarang bila dah melepas, baru terhegeh-hegeh nak cari..."cebik Puteri Maria dengan menyampah.

Terkebil-kebil mata Vlad waktu itu kerana tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Puteri Maria tadi. Macam mana Puteri Maria boleh tahu?

           "Macam mana tuan puteri tahu apa yang putera mahkota cuba tanya?yang Lissa tidak hilang ingatan dia?"soal Vlad perlahan. Ingatkan hanya dia saja yang tahu?

           "Serius awak tanya saya?"dengan funny Puteri Maria pandang Vlad dari atas ke bawah.

            "Tapi-"

Tidak menambah apa-apa, Puteri Maria ketawa kecil sebelum melangkah pergi dari situ. Meninggalkan Vlad kebingungan di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience