Rate

Part 80 : Tak Lupa

Vampire Completed 6708

flashbacks

        "Apa maksud kau?Kau ingat semuanya?"

        "Kau sedar tak yang kau tak boleh gunakan kuasa pelupus ingatan pada aku Vlad?"tanya Lissa semasa membelek rantai leher lama milik ayahnya yang sudahpun tiada dalam tangan waktu itu.

        Vlad yang kemas dalam pakaian sebagai Lord itu pandang Lissa dengan renungan serba salahnya lantas mengangguk kepala. "Aku hanya lakukan apa yang disuruh oleh Star...eh tak maksud aku Putera Mahkota Micah..."

Lissa yang baru sahaja balik dari menjemput ibunya dari Tanah Seberang telah dikungjungi oleh Vlad secara sembunyi selepas berita mengenai tamatnya peperangan dan bercantumnya antara dua zon diwara-warakan oleh pemerintah.

Keadaan di Zon Merah kembali menjadi sediakala dan kehidupan mula berjalan seperti biasa. Oleh kerana Vlad mahu memeriksa keadaan Lissa, dia datang ke situ, tidak menyangka yang Lissa tidak hilang ingatan malah mengingati kesemuanya sekali. Dari situ Vlad beritahu Lissa siapa identiti Star yang sebenarnya dan siapakah dalang di sebalik peperangan yang terjadi.

Selepas mendengar penjelasan dari Vlad barulah Lissa beritahu dia sebenarnya tak boleh nak salahkan sesiapa kerana apa yang terjadi bukan sengaja mereka cipta. Ianya memang dah ditakdirkan, jadi Lissa tidak salahkan Vlad sebab lelaki tu punca ayah dia mati, tak salahkan Star kalau lelaki tu cuba lupuskan ingatan dia sebab Star tak nak dia terus bersedih, atau menyalahkan Darren dan Carrie kenapa semua ni terjadi sebab dua orang tu dari awal lagi memang mahluk tak guna.

        "Dia tak tahu kan tentang keadaan aku ni?"

         "Tak. Aku tak beritahu dia yang kau masih ingat semuanya. Dia cuma tahu aku dah lupuskan ingatan kau..."

         "Good..kekalkannya begitu. Dia tak boleh tahu  pasal hal ni sebab aku tak nak dia hilang tumpuan dan mungkiri janji dia pada Raja Vampire..."beritahu Lissa.

         Vlad mengangguk kepala. "Oh ya Puteri Maria bertanya tentang kau. Dia cuma nak tahu kau okay tak?Macam mana hari kau?Tubuh kau sakit-sakit lagi tak...dia risau sebab rasa serba salah dengan keputusan Star yang memilih untuk menjadi raja dari kau..."

         Lissa malahan tersenyum nipis. "Aku okay. Semuanya okay. Mama pun tak apa-apa. Dan aku akan cuba lupakan semua yang berlaku. Aku tak salahkan Star kalau dia pilih taktah sebab dari awal lagi Star dah beritahu aku tentang perasaan sebenar dia..."sedih dan terkilan tapi dia tak boleh nak buat apa-apa. Jadi sebab itu la Star kata tak boleh balas perasaan suka dia. Dan alasan kenapa lelaki itu rahsiakan identiti dengan menyamar sebagai manusia adalah kerana Star adalah putera mahkota vampire yang sedang menjalankan misi rahsianya.

End of flashbacks

Sudah sebulan berlalu sejak berita mengenai peperangan di antara Zon Merah dan Zon Biru tercetus. Tidak tahu bagaimana dan bila ia tamat. Tahu-tahu saja semuanya selesai dengan jayanya. Pasukan Dhampir dan Kesatria Vampire High Council yang membantu memerangi serangan telah dikurniakan anugerah oleh Raja Vampire sebagai penghargaan.

Ekoran kemenangan itu, para penduduk yang berpindah sementara dari Zon Merah telah kembali ke rumah masing-masing. Para pelajar yang cuti dari akademi juga telah hadirkan diri. Suasana muram dan menakutkan tidak lagi menghuni mana-mana ruang Zon Merah. Musuh Strigoi tidak lagi kelihatan di mana-mana.

Zon Biru kini dalam proses baik pulih sistem pentadbiran mereka selepas kes rasuah serta pembekalan dana haram didapati dalam kalangan golongan pemerintah mereka didedahkan. Ramai manusia biasa yang menjadi penguasa di Zon Biru banyak salah guna kuasa mereka. Untuk itu kesemua mereka bakal di ganti dengan ahli pentadbiran baru.

Sejak itu semua kehidupan di dalam Zon Merah kembali kepada keadaan sedia kala seakan tiada apa-apa yang berlaku.

Musim sejuk juga akhirnya tiba. Salji pertama turun pada hari pertama selepas Darren serta konco-konconya dimusnahkan. Dari pangkalan hinggalah jejak lelaki itu dimusnahkan tidak berkesan. Dan tiada siapa tahu akan kehilangan lelaki itu kecuali mereka yang terlibat dalam pertarungan bersama lelaki itu.

Apa yang penduduk Zon Merah tahu adalah, peperangan telah berjaya di selesaikan dengan bantuan Putera Mahkota Micah serta Akademi Dhampir yang membanteras peperangan tu. Sambil dibantu oleh High Council Vampire. Jasa mereka yang telah mengekalkan keamanan kedua belah zon. Begitu juga seluruh penghuni akademi.

Puteri Maria telah hapuskan memori semua orang mengenai Star Poison dari ingatan mereka. Jadi dalam akademi tak ada siapa tahu yang Star Poison pernah belajar di situ apalagi menemui lelaki tersebut. Ibaratnya, balik kepada keadaan sedia kala. Star Poison mati terkorban, dan selama ini Putera Mahkota Micah yang belajar dekat situ.

Termenung memandang kayu api yang terbakar dalam perapian, Lissa diam menguntil pendant rantai. Sudah sejam dia menunggu di situ tapi rakan baiknya tak datang-datang jugak. Kalau dia tahu Norah akan lambat begini. memang bangun lambat dia nak bersiap ke akademi tadi. Beria suruh dia lekas, tapi yang lewatnya Norah jugak.

Pada masa yang sama, orang yang ke hulu dan ke hilir di belakang langsung tidak dihiraukan. Ada yang membawa beberapa kotak ke sebuah bilik, ada juga yang turun dari anak tangga dalam kumpulan. Ada juga sedang duduk di tepi tembok batu seakan tangga di situ berbincang sesuatu semasa memegang helaian kertas.

Suara orang bercakap dan detakan tapak kasut selang seli kedengaran.

          "Kau duduk sini lagi ke...cepat la, semua orang dah berkumpul tu..."ajak Norah dengan teruja menarik Lissa bangun dari sofa tidak semena.

         "Yang kau terlebih teruja ni kenapa?Memangnya ada apa?"cemberut Lissa sewaktu Norah kalut melilitkan mafela ke sekeliling leher Lissa. Muka blushing gadis itu di pandang bingung.

         "Kau lupa ke?"Norah pandang Lissa dengan mata berkedip laju.

         "Pasal apa?"

        "Putera Mahkota Micah baru balik dari Tanah Seberang lepas sebulan dia dekat sana. Jadi semua orang datang nak sambut dia."beritahu Norah dengan beria.

Kening Lissa berkerut. Dia mengetap garis nipis di bibir bila dengar nama asing itu.

        "Selepas peperangan tamat, dia bakal naik taktah...jadi sebelum tu dia buat kemunculan di depan umum sebagai penghormatan untuk rakyat di sini.. Bukan selalu tau...kita tak boleh lepaskan peluang ni.."ajak Norah saat menarik Lissa untuk keluar dari bilik umum tersebut.

Sambil membuat muka tidak berminat, Lissa Ikutkan saja langkah rakannya itu.

         "Norah...Lissa sini!"Klaus di depan pintu lobi melambai tangan dari jauh apabila Lissa dan Norah muncul di situ.

          Norah apalagi, dengan riang pergi mendapatkan teman lelakinya dengan Lissa di sampingnya. "Hai..."sapanya.

         Klaus tersenyum senang setelah Norah memeluk kejap badannya. "Ingatkan kau tak turun sekali tadi Lissa?"tegurnya.

           "Kesayangan kau ni yang beria heret aku bersama dengan dia.."beritahu Lissa sebelum menyeluk tangan ke dalam poket kot tebalnya. Sejuk betul suhu kali ni~!

Klaus ketawa kecil.

           "Vlad tak ikut sekali ke?"soal Norah sambil membetulkan mafela di leher Klaus waktu itu.

           "Dia ada hal katanya..:"balas Klaus sempat mengerling ke Lissa waktu itu.Lega bila lihat Lissa kembali kepada sedia kala dan tak apa-apa.

Ya. Klau fikir,sejak ingatkan Lissa di lupuskan, Lissa dah tak ada ingatan langsung mengenai Star atau sebarang kejadian yang berlaku sepanjang masa Lissa bersama dengan Star. Selain tu Lissa tak tahu ayahnya sudahpun tiada lagi. Apa yang Lissa tahu, ayah Lissa seorang vampire dan mereka tak berjumpa sampai bila-bila. Vlad dan Lissa telah bonding sejurus Star datang temui mereka. Sedangkan Lissa ingat semua tu dan hanya Vlad saja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience