Rate

Part 35 : Jangan Cabar

Vampire Completed 6708

Ding!

Ding!

Ding!

Gema loceng tamat kelas bergema beberapa kali.

Dan master depan kelas pun mula melaung.

       "Baik. Sampai di sini sahaja kelas kita untuk hari ini. Di minta untuk menyiapkan nota yang saya berikan dan hantarkannya kepada ketua kelas untuk semakan. Siapa yang tak siap kena denda ya..."

        "Baik master."

Seusai itu baru la para pelajar mula bersurai keluar dari kelas tersebut.

Knock!

Knock!

Tangan itu mengetuk permukaan meja kayu.

Buku nota dimasukkan ke dalam beg semasa Lissa dongak memandang ke kanan meja dia.

Kelas sudahpun lengang dari pelajar kerana kebanyakan mereka di situ telah keluar terlebih dahulu untuk menghadiri kelas yang seterusnya. Kebetulan waktu itu Lissa masih ada di situ.

Mereka berdua saling bertentang mata.

"Ada apa?"Lissa berkerut kening.

       "Ikut aku sekejap."beritahu Vlad.

       "Hah?Nak ke mana?"

       "Ada something yang aku nak bincangkan dengan kau.."

Lissa teragak-agak.

       "Tapi saya ada-"

       "Tak boleh. Lissa ada hal dengan aku..."sampuk suara lain dari meja belakang.

Dengan serentak Lissa dan Vlad pun toleh ke belakang. Di situ berdirinya Star. Tak perasan. Ingatkan Star dah keluar awal sekali dengan pelajar yang lain tadi.

Star berdiri menghadap Vlad. Memberi renungan mencabar kepada Vlad.

         Pfft!Hujung bibir Vlad terjungkit. " Kau siapa? Boyfriend Lissa?Kawal dengan siapa dia patut temui?Macam tu?"

         Seperti spring, Lissa melompat bangun dari kerusi, menempik Vlad. "Vlad!"uish!Main lancar aje sebut gelaran keramat tu. Dekat musuh dia sendiri lagi tu. "Apa awak ni!"

Vlad pandang ke Lissa bersama senyuman boyish nya.

           "Betul la kan yang Star bukan teman lelaki kau...jadi tak ada hal untuk aku dekati kau, ya tak Lissa?"

Menganga Lissa bila Vlad cakap macam tu. Sikap provoke Vlad begitu menjengkelkan dia.

        Rahang Star berketik dengan komen Vlad. Dia gerak keluar dari meja itu lalu berdiri di depan Vlad rapat. Rasanya dekat sini tiada siapa yang pekak apalagi lembab sampai tak boleh nak faham bahasa. "Kalau kau tak nak dalam masalah, aku nasihatkan kau untuk jarakkan diri dari Lissa."apa masalah Vlad dengan Lissa?Kenapa lelaki ni tak berhenti hendak menggangu Lissa?

         Tidak beralih dari tatapan mencabar Star itu, Vlad diam merenung ke tatapan serius Star. Memang tak la dia nak undurkan diri hanya kerana seorang Dhampir. Not this time!"Kau fikir aku nak hairan dengan arahan kau tu? Cuba kalau boleh..."

Kepalan mula terbentuk dalam penumbuk Star saat lelaki itu semakin mendekat di depan.

          "Jangan cabar aku..."

Tanpa berlengah Vlad capai lengan kanan Lissa dan menarik gadis itu bersama dengannya untuk keluar dari situ.

           Mula dah!Kenapa dengan mereka berdua ni?Cakap tu cakap aje la tak perlu guna kekerasan."Apa yang awak perlukan dari saya Vlad?"Lissa brek kaki dia di lantai cuba hendak melepaskan cengkaman Vlad dari lengannya.

          "Ikut aje la aku!"desak Vlad lagi.

Star di belakang tanpa berlengah berjalan laju ke arah Vlad lantas merentap lengan Lissa dari cengkaman Vlad dan menolak gadis itu ke belakang badannya.

Disebabkan hal itu berlaku dalam sekelip mata, Vlad langsung tidak sempat hendak beri reaksi sehinggalah satu penumbuk melayah tepat di tepi rahangnya.

KEDEBUK!

Vlad jatuh ke belakang dan terduduk di atas lantai depan pintu kelas impak tumbukan Star.

Lissa menahan nafas. Dia lekas-lekas memegang lengan Star di belakang lelaki itu. Okay tak tu?Pandang Lissa ke Vlad di lantai pada masa yang sama.

          "The f***?"kerut Vlad saat pandang ke atasnya. Melihat Star berdiri melangit menghadapnya. Berani-berani Star tumbuk dia!?

          "Aku dah warning...kau yang mintak hal ni.."ketap Star semasa tunduk memandang Vlad di lantai. Jari jemarinya erat digenggam.

          Dengusan kasar dilepaskan oleh Vlad saat dia bangunkan diri dari situ. Dia kepal penumbuk dengan erat. Dah lebih dah ni! "Dasar keparat! Kau memang cari pasal kan!"lafaznya semasa tangan dia laju melayah tepat ke rimbuk Star.

Lissa menjerit dek terkejut. Kakinya secara sendiri terundur ke belakang. Matanya terbutang luas memandang Star sewaktu lelaki itu tunduk menahan kesakitan di depannya. Senak dada dia bila tengok Star disakiti!What the hell!

          "Hentikannya Vlad!"

          Vlad tidak berhenti. Dia malah mencengkam belakang kolar baju Star dan paksa Star berdiri tegak semula. "Aku dah beritahu kau!Aku tak main-main!Jadi berhenti buang masa aku dengan perangai syok bagus kau ni!"tangan dia naik mahu menumbuk rimbuk Star semula.

Namun Star menepisnya dengan menendang tepi kaki Vlad. Menyebabkan Vlad terlepas pegang kolar Star. Dan bila Star dapat peluang, dia keluarkan rod besi dari balik kot di belakang badannya lalu melibas objek itu ke depan muka Vlad.

BERDESUP!

Dengan pantas Vlad menggerakkan kepalanya ke belakang seinci sebelum hujung rod besi itu mengenai muka. Dia balas serangan Star menggunakan kepantasan vampirenya. Dan sekelip mata kaki Vlad naik menendang tepat ke dada Star.

BANG!

Star tercampak pada meja di situ hingga menyebabkan meja itu terbalik bersama-sama dengannya ke belakang.

Ohmygod!ohmygod!Terundur-undur Lissa ke belakang waktu itu kerana hendak elak diri dari mereka berdua. Dia begitu bingung sampaikan tidak tahu hendak bagaimana lagi. Nafasnya naik turun tidak menentu. Dah kenapa mereka berdua ni!?

         "Vlad!Cukup!"

Belum sempat Star hendak bangun, Vlad yang sememangnya terlatih dan lebih pantas overpowering skill Star. Dia terkam Star lalu mengangkat tangan kanan dia yang berkuku tajam seperti bilah pedang ke Udara sedia hendak mengelar Star!

Lissa yang lihat membutang mata penuh terror menyaksikan kejadian itu. Memang tak la!

         "Saya ikut awak Vlad. Saya IKUT!" tempik Lissa dengan cemas. Tangannya dah naik hendak mendapatkan Star tapi tak tercapai. "Tapi Star kena ikut sekali bersama saya."hampir hendak menangis dia taktala melihat Star dalam bahaya.

Star berkerut kening sewaktu memandang tangan Vlad yang berhenti separuh jalan di depan perutnya. Dia terkesan dengan suara cemas Lissa saat itu sampaikan lupa rasa sakit yang bertandang.

          "Tolong... berhenti."rayu Lissa lagi.

Heh!Hujung bibir Vlad terjungkit sinis semasa memandang muka Star. Dhampir terhebat konon!Tumbuk sikit dah melayang...memalukan betul.

          "Kau patut bagi kerjasama sementara aku mintak elok-elok tadi.."getus Vlad mencampak Star jatuh semula ke lantai. Dasar manusia biasa lembab!

Sambil memegang dadanya, Star cuba bangunkan dirinya dari lantai tu dengan sendiri. Bukannya dia lemah, tapi kehadiran Lissa buatkan dia berhati-hati kerana enggan buatkan Lissa takut dengan dirinya. Tidak sekali lagi. Tempoh hari saja Lissa di serang panik gara-gara dia selamatkan Lissa dari serangan Strigoi. Ikutkan hati sudah lama pancang perak dia tembus ke dada Vlad tadi!

Vlad sudah mendekati Lissa mahu mencapai pergelangan tangan tu namun belum sempat dia berbuat begitu, Lissa sudahpun melutut di atas lantai mendapatkan Star. Gadis itu pimpin Star bangun.

Terkebil-kebil mata Vlad waktu itu. Dia sempat menilik wajah Lissa semasa gadis itu memeluk belakang badan Star bersama mimik muka kerisauan. Keningnya berkerut tidak puas hati bila melihat Star si pembuli yang suka menyusahkan hidup Lissa, di bantu oleh gadis itu sendiri!

        "Kau okay Star?"

        Star hanya mengangguk.

        Berketik rahang dia masa pandang."Fine...kalau apa-apa berlaku pada mamat sengal ni!Aku tak bertanggungjawab." ujar Vlad dengan grumpy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience