Chapter 2

Humor Completed 22614

Bab 2

NIA ANDREA tersengih melihat kerut di raut wajah Heris yang sedang memandu di sebelahnya. Dia menekup mulutnya menahan tawa yang hampir tersembur.

“Nia, tolonglah berhenti ketawa macam tu.”

“Janganlah marah,” ujar Nia dalam nada manja mengusik Heris.

Pemuda yang khusyuk memandang jalan raya itu diperhatikan lagi.

“Bukan marah tapi geram. Kau selalu anggap aku main-main kan? Kanapa kau tak pernah percayakan aku?” ada nada kecewa dalam suara lelaki itu.

“Percaya?” Nia senyum lagi. “Macam tu ke caranya kau luahkan perasaan yang kau cintakan aku? Aku rasa janggallah.” Nia terus tersenyum menampakkan siongnya yang menjadi penyeri wajah. Bagi gadis itu, Heris adalah sahabat, keluarga dan sesekali sebagai musuh. Perkataan cinta langsung tidak sesuai dalam perhubungan mereka.

“Kau nak aku buat macamana lagi? Bila aku romantik kau kata aku buang tabiat… bila aku cakap berbunga-bunga kau kata aku ni mamat jiwang… bila aku straight for word kau anggap aku main-main pula. Habis tu kau nak aku buat macam mana supaya kau percaya aku ni, Nia Andrea Ferez?”

“Tapi bagi aku cinta tu bukan sekadar untuk dilafazkan. Cinta itu suci walaupun ia buta. Aku tak boleh cintakan kau. Kita dah berkawan sejak kecil. Aku tak mampu wujudkan perasaan cinta diantara kita berdua. Tak boleh… tak boleh, Heris,” ujar Nia sambil terus ketawa. Baginya lafaz cinta yang baru disuarakan oleh Heris tadi adalah jenaka paling lawak yang pernah didengarinya selama ini.

“Atau sebenarnya kau dah ada lelaki lain.” Kata-kata Heris berbaur cemburu.

“Haa~?” Mengikik tawa Nia. Ditekan perutnya menahan tawa yang semakin tidak bisa dikawal lagi.

Heris semakin meluat dengan tingkah laku Nia lantas bertindak menekan pedal break. Kereta yang meluncur di jalan raya itu tiba-tiba berhenti mengejut. Nia tersentak. Badannya hampir tersungkur ke hadapan akibat berlakunya inersia.

“Heris!” Tawa Nia mati diganti dengan marah dengan tindakan Heris.

Kenderaan-kenderaan di belakang kereta mereka membunyikan hon masing-masing kerana marah dengan tindakan Heris yang berhenti secara mengejut itu. Ada diantara mereka menyumpah seranah kerana Heris telah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Heris pula tidak lebih sekadar mengangkat tangan memohon maaf atas kesalahan yang memang disengajakannya itu.

Dia kembali fokus terhadap Nia.

“I’m serious... I’m really love you, Nia.”

“Kita di tengah jalan sekarang, Heris. Jangan buat orang lain marahkan kita sebab tindakan kau.”

“Aku tak peduli. Aku nak jawapan kau sekarang juga!” desak Heris. Wajahnya merapati tubuh Nia. Bulat matanya menakutkan Nia.

“Kita jalan dulu… please.” Nia cuba bertenang dengan sikap melulu Heris. Tubuhnya menjauh sehingga menghimpit pintu kereta apabila Heris semakin rapat kepadanya.

“No, jawab soalan aku dulu.”

“Heris…” Nia merendahkan suaranya untuk memujuk Heris.

“Jawab, Nia.” Suaranya rendah tapi tegas.

Nia diam sejenak. Mati akal melayan kerenah tidak matang sahabatnya itu.

“I love you… aku sayangkan kau...” Nia akui, dia memang menyayangi Heris. Sejak kecil Herislah lelaki yang paling rapat dengannya. Namun adakah hubungan mereka layak dianggap sebagai cinta hanya kerana keakraban itu?

Heris terdiam mendengar kata-kata itu. Sejenak dia merenung tepat wajah manis gadis tersebut. Bibirnya mengukir senyuman sebelum kembali meneruskan perjalanan mereka.

*************

KERETA Crush Mermaid milik Heris berhenti di tempat parkir kereta. Sebentar kemudian dua susuk tubuh keluar dari perut kereta tersebut. Heris menutup pintu kereta. Dia menopang dagu di bahagian bumbung kereta. Nia direnungnya. Senyumannya meleret panjang.

“Oi, pandang-pandang. Macam orang angau. Jalanlah…” Nia naik menyampah dengan perangai luar alam Heris. Dia berjalan mendahului lelaki itu. Heris terkocoh-kocoh mengekorinya.

“Betul kau cintakan aku?” tanya Heris. Lagaknya memang tidak padan dengan umurnya yang sudah menjangkau lebih suku abad.

“Aku? Cintakan kau?” Nia mengulang soalan sebelum menggelengkan kepala. “Kan aku dah cakap cinta bukan boleh dibuktikan dengan hanya melafazkannya. Aku tak cintakan kaulah, Heris,” jelas Nia sebelum masuk ke kedai serbaneka Boney-Pop.

Heris kecewa lagi. Nia benar-benar tiada perasaan terhadapnya. Dia menunggu Nia di luar kedai serbaneka tersebut. Setelah Nia keluar, dia menghulurkan sebatang aiskrim kepada Heris. Heris menerimanya.

“Heris, kau tahukah apa itu cinta?” soal Nia sambil membuka pembalut aiskrim.

“Yalah…kenapa tidak?” Heris menjawab sebelum menggigit kepingan coklat yang menyaluti aiskrim vanillanya.

Mereka berbual sambil berjalan.

“I don’t think so…rasanya kau bukan cintakan aku tapi cuma kau tak bergaul rapat dengan perempuan yang ada di sekeliling kau.” Secara terang Nia menyangkal dakwaan Heris.

“Kau fikir begitu?”

“Emm..” Nia mengangguk. “Biar aku ajar kau apa itu cinta.”

Berlagak macam Doctor Love. Ceh~… Heris menjeling sambil tersengeh. “Okey, apa yang kau tahu tentang cinta?” tanya Heris sebelum mencari tempat duduk untuk lebih memudahkan mereka berbicara.

“Cinta itu suatu perasaan…” Nia berhenti untuk gigitan aiskrim yang seterusnya. “…perasaan yang pelik. Ia sangat indah tapi dalam waktu yang sama ia sangat sakit. Kemanisan dalam kepahitan. Pelik kan?”

Heris mengangguk. Mereka berdua duduk di tepi padang permainan. Heris menghadap gelanggang bola keranjang. Dalam kumpulan remaja itu matanya terfokus ke arah seorang gadis yang sedang memegang kamera. Sambil bermain bola sambil menangkap aksi-aksi remaja itu. Gayanya begitu bersahaja.

“Bila kau nampak sahaja wajahnya, automatically dada kau berdebar-debar. Dunia bagaikan terhenti.”

Mata Heris terus tertancap pada gadis yang telah menambat hatinya itu. Ada sesuatu yang menarik pada gadis itu tapi dia tidak tahu apa. Dia tidak memikirkan apa-apa dan terus memerhati tingkah laku gadis tersebut. Hanya pada gadis tersebut.

**********

SOPHIA HARTNETT merampas bola daripada remaja belasan tahun itu. Dilantun-lantun hingga sampai ke hujung gelanggang. Dia melompat dengan gayanya yang tersendiri dan memasukkan bola oren itu ke dalam jaringnya. Apabila berjaya dia bersorak gembira. Dilagakan tapak tangannya dengan ahli-ahli kumpulannya. Tidak cukup dengan itu dia sempat menari di situ. Mereka semua nampak gembira bersama Sophia. Begitu juga dengan Nuryl. Gadis itu sudah lupa perasaan malunya seperti mula-mula tadi. Lincah sungguh dia bila bola berada ditangannya. Remaja-remaja yang hampir sebaya dengannya di situ tidak melepaskan peluang merapatkan diri dengan gadis comel lagi manja itu. Sophia puas hati bila dapat merakamkan aksi-aksi spontan Nuryl.

HERIS terus leka memerhatikan gadis manis di tengah gelanggang itu. Namun begitu telinganya masih menangkap butir bicara Nia.

“Bila kau nampak senyumannya, kau terus gila bayang. Walaupun dia dalam katagori biasa tapi bagi kau dia umpama bidadari yang paling cantik di dunia.” Nia terus merakamkan istilah cinta bagi dirinya.

“Betul ke Nia?” Heris sedang membayangkan kata-kata Nia.

“Betul…lagi satu, bila kau nampak setiap aksi-aksinya, kau rasa itulah penawar dikala sepi. Kau akan selalu merinduinya.” Nia, dengan gayanya tersendiri menggambarkan perasaan tersebut kepada Heris.

Heris terus leka. Senyumannya tidak putus-putus. Diperhatikan lagi gadis yang berambut berombak dengan potongan layer itu. Rambutnya diikat separuh.

Satu lagi jaringan di sumbat oleh Sophia. Nuryl melompat gembira dan bertepuk tangan. Sophia menarik seorang remaja lelaki di situ menghadapnya. Dipegang kedua belah tangan budak itu dan ditarik ke kanan dan ke kiri mengikut rentak tari kakinya. Kemudian dia memegang hidungnya lalu melembutkan tubuhnya bergoyang seperti jelly laut.

Heris ketawa melihat aksi gadis itu. Dia terhibur. Nia yang sudah habis bercerita memandang Heris pelik. Ditoleh kepalanya ke belakang untuk meninjau apa yang menyebabkan pemuda itu senyum lebar. Dia nampak sekumpulan remaja bermain bola keranjang. Seorang gadis seperti sedang mengarahkan sesuatu kepada seorang remaja lelaki di situ. Si gadis itu pula berperanan sebagai jurugambar yang menangkap gambar aksi-aksi remaja perempuan.

Apa yang menariknya? Nia pelik lantas kembali memandang Heris dihadapannya.

“Heris…Heris…!!Heris James Kruger!!” Jerit Nia kepada sang sahabat yang berkhayal di siang hari.

“Ish…tak payahlah nak jerit panggil nama aku…aku dengarlah,” jawab Heris.

“Yelah tu…naik sakit tekak aku panggil nama kau.”

“Nia, I think I’m in love now.”

“Haa… in love? Kau ni merapu apa?” Tercengang dibuatnya Nia dengan pengakuan Heris. Sebentar kemudian tawanya berderai. Sepet mata gadis itu kerana ketawa besar. Dia gelihati melihat gelagat Heris. Tadi bukan main meluahkan cinta kepadanya kini sekelip mata sahaja cinta lelaki itu berubah kepada orang lain.

“Aku tak main-main. Kata-kata kau mungkin betul.”

Sekelip mata Heris lesap. Dia berlari menuju sekumpulan remaja yang sedang bermain di tengah gelanggang tadi. Nia tidak sempat berkata-kata. Dia melihat Heris berlalu pergi. Kemana dia nak pergi tu? Tinggalkan aku untuk main bola keranjang? Nia garu kepala kemudian menongkat dagu di atas meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience