Chapter 17

Humor Completed 22614

Bab 17

HERIS mendukung wanita yang baru bergelar isterinya itu menuju ke katil dalam pangsapuri kediaman Heris. Kediaman sementara sebelum mereka mendapatkan rumah yang lebih sesuai dengan status mereka sekarang sebagai pasangan suami isteri. Dalam gaun pengantin serba putih itu Sophia memeluk erat leher Heris, lelaki yang dicintainya kini.

“Kita dah sampai. Tak nak turun?”

Sophia terus memeluk Heris dengan lebih erat.

“Babe… saya dah tak larat nak dukung awak.”

Sophia berdiam diri. Dia menyorokkan wajahnya dalam dada Heris. Heris tersenyum nakal. Dia mencari akal untuk mengenakan Sophia.

“Aah… sakit! Aduh, kaki saya…!” tiba-tiba Heris berteriak.

“Kenapa, Heris? Kenapa dengan kaki awak?” Sophia cemas. Rangkulannya sudah kendur sedikit.

Heris mengambil kesempatan itu untuk mencampak tubuh Sophia di atas katil.

“Aaa…!” Sophia terkejut dicampak begitu oleh Heris.

“Heris…” Matanya melirik hebat ke arah Heris.

Heris bercekak pinggang. Dia melonggarkan sedikit tali lehernya. Kot tebal yang melekat pada tubuhnya ditanggal dan dicampak jauh. Dia memandang tubuh Sophia dengan nakal. Sophia telan liur. Dia gementar. Apa akan berlaku selepas ini? Apa yang Heris akan lakukan kepada aku?

“Saya tidak akan lepaskan awak malam ini, sayang.”

Heris melompat ke arah Sophia. Tubuh wanita itu ditindih oleh tubuh sasa lelaki itu.

“Aaa!!” Sophia menjerit.

Heris memeluk wanita itu. Selimut ditarik dan diselubungkan ke tubuh mereka berdua. Sebentar kemudian hanya gelak tawa yang kedengaran. Mereka bergurau senda di sebalik kain tebal berwarna merah hati itu.

“Heris, please… Jangan geletek. Saya geli. Aaa… jahat!”

“Adoi…! Tak aci, gigit telinga… nak kena ni.”

Bergegar katil yang mereka diami itu. Hanya beberapa minit selepas itu barulah keadaan kembali tenang. Heris dan Sophia terlentang di atas katil yang sama. Diam kerana kepenatan. Dada mereka turun naik. Nafas mereka berbunyi kuat. Mereka mengambil masa untuk bertenang semula. Masing-masing menoleh ke sisi. Merenung antara satu sama lain dan sama-sama ketawa lagi.

Heris bangun dan duduk. Tawanya masih bersisa. Sophia memerhatikannya. Wanita itu turut bangun dan duduk bertentangan dengan suaminya. Dia merenung lelaki itu. Heris membalas renungan Sophia. Dia membuka kancing lengan bajunya. Kemudian tali leher yang masih tergantung di lehernya. Seterusnya satu-persatu butang baju kemejanya ditanggalkan.

Sophia menyentuh tangan Heris. Dia mengalihkan tangan pemuda tersebut ke tepi lantas membukakan satu-persatu butang yang masih terkancing itu. Heris hanya memerhati perbuatan isterinya itu.

“Lepas ini saya akan lakukannya untuk awak. saya akan layan awak… lakukan apa yang awak suruh. Saya akan jadi isteri terbaik di sisi awak.”

Heris membelai rambut panjang Sophia. Kemudian dia memegang lengan kanan wanita itu. jari-jemari Sophia yang halus itu disentuh. Dikucupnya dengan penuh rasa kasih.

“Saya pula akan belai dan jaga awak selagi saya masih bergelar suami awak. Saya berjanji akan melindungi awak selagi hayat dikandung badan.” Tangan Heris berpindah melingkar pada belakang Sophia.

Sophia terasa sesuatu sedang merayap di belakangnya. Bajunya longgar. Sesuatu yang hangat menyentuh tubuh belakangnya yang telah terdedah sedikit. Perlahan-lahan bajunya ditanggalkan oleh Heris. Malam itu menyaksikan hari dimana bermulanya sebuah penghidupan baru buat pasangan tersebut. Pematrian dua hati anak adam dan hawa. Permulaan lembaran baru dalam diari kehidupan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience