Chapter 73

Humor Completed 22614

Bab 73

PINTU gudang dibuka separuh dari luar. Cahaya di luar sangat menyilaukan Sophia yang bergelap di situ sejak tadi. Mike dan kuncu-kuncunya yang sedang galak mengusik Sophia diam setelah mendapati ada orang yang masuk ke dalam gudang lama itu.

Mike berjalan beberapa langkah ke hadapan diikuti anak-anak buahnya di belakang. Ivan berdiri beberapa meter di hadapan Mike. Suasana terasa tegang seketika. Senyap sunyi. Mike yang asyik merenung Ivan telah mendapati sesuatu.

“Kau bukan orang yang aku mahu.” Dia tahu itu bukan Heris. Dia dapat mengecamnya walau dalam cahaya mentol kuning yang samar-samar di situ.

“Lepaskan Sophia.”

Mike ketawa keras. “Lelaki ini lebih bodoh daripada orang yang aku mahukan. Dia fikir aku akan lepaskan Sophia begitu sahaja dengan mudah.”

“Aku tak bergurau. Lepaskan dia sekarang.” Ivan mengulangi kata-katanya semula.

“Nampaknya aku tetap boleh mulakan permainan walaupun bukan dengan orang yang sepatutnya.”

Mike berpusing ke belakang. Orang-orang suruhannya memberi laluan dan Mike mendekati Sophia yang di ikat di kerusi.

“Wahai permaisuriku yang cantik jelita… permainan akan bermula sebentar lagi. Saksikanlah kematian pertama di hadapan mata kau hari ini.”

“Syaitan durjana! Apa yang kau nak buat lagi?” jerit Sophia. Pandangan matanya sangat tajam menikam wajah Mike.

Pang!!

Mike sangat marah lantas dengan ringan tangannya hinggap ke pipi Sophia. Meleleh air mata Sophia menahan sakit. Kesakitan tadi masih belum sembuh tapi sudah ditambah dengan sakit yang baru.

Ivan hilang sabar apabila Mike menampar Sophia di hadapan matanya. Tangannya dikepal kemas dan kakinya melangkah laju mahu mendapatkan Mike. Namun belum sempat Ivan sampai pada Mike, lelaki-lelaki yang berbaju kemas warna hitam tadi sudah menghalangnya. Tubuhnya dipegang kemas dan dia tidak dapat bergerak lagi. Mike menghampirinya dengan senyuman jahat yang tersungging di wajahnya.

“Jangan marah ya. Aku cuma beri sedikit pengajaran kepada perempuan sombong ini. Lagipun kau lihat sendiri dirinya… ada aku lukakannya? Sedikitpun tiada bukan? Bukankah aku telah menepati janji.” Mike ketawa lagi selepas itu. Semakin benci Ivan melihatnya.

“Mulakan persembahan!”

Mike duduk di kerusi yang telah disediakan di sebelah Sophia. Lelaki-lelaki yang bersut hitam tadi menolak Ivan ke tengah dan mengepungnya. Sophia yang melihatnya berasa cemas.

“Hentikan! Dia tak bersalah. Lepaskan dia, Mike. Tolonglah…” rayu Sophia kepada Mike.

Mike tidak menghiraukan Sophia dan terus menyaksikan Ivan yang sedang bertumbuk dengan lima orang pengikutnya. Pertarungan itu seperti tiada tanda-tanda untuk tamat. Mereka berlima masih bertenaga sedangkan Ivan sudah tidak berdaya memandangkan dia seorang berlawan dengan lima orang. Dia tersungkur di penjuru kotak yang bersusun di satu ruang. Kali ini dia sudah tidak mampu untuk bangkit dan berlawan lagi. Dia dengar suara Sophia tapi dia tidak berdaya dan terasa yang ianya akan tamat pada bila-bila masa. ‘Heris… kenapa kau lambat sangat… aku dah tak larat, bodoh! Mereka sangat kuat dan aku hanya seorang. Mana mampu nak melawan mereka semua…’

Melihat Ivan yang sudah tidak mampu bangun, Mike mendekatinya. Dia bertinggung dan menatap Ivan dengan perasaan yang hebat. Hebat kerana akan buat lelaki itu merayu kepadanya selepas ini.

“Menarik. Terima kasih kerana tunjukkan persembahan yang menarik untuk aku dan Sophia. Kau ni kuat juga ya.”

Mike menepuk-nepuk pipi Ivan. Ivan sedang merenungnya dengan tajam. Orang-orang bawahan Mike sedang berdiri di belakang Mike menunggu untuk arahan yang seterusnya daripada ketua mereka. Mike menghulurkan tangannya. Sebentar kemudian salah seorang lelaki tadi menyerahkan senjata kepada Mike. Mike menyeluk kotnya dan mengeluarkan sepucuk pistol. Sekarang ada dua senjata di tangannya.

“Kau tentu dah penat selepas buat persembahan. Jadi aku bercadang nak bawa kau berehat. Berehat untuk selama-lamanya... ha, ha, ha…” Tawa Mike meletus lagi. Dia gembira melihat wajah tawanannya yang telah kalah.

“Sekarang aku ada dua senjata di tangan aku. Kau pilihlah mana satu yang kau suka. Kalau kau nak mati dengan kejam, aku boleh lakukannya dengan pisau ni. Dan kalau kau rasa kau tak tak cukup kuat, kau boleh mati sebagai seorang yang pengecut. Aku ada sepucuk pistol untuk merealisasikan impian kau tu.”

Lelaki ini memang gila. Dia betul-betul nak bunuh aku? aku yakin kalau aku tak pilih mana-mana senjata pun dia tetap akan bunuh aku dan Sophia.

“Kenapa diam? Kau tak tahu nak buat keputusan? Ha, ha, ha…” Lebih panjang ketawa Mike kali ini. Ivan semakin muak mendengar tawa Mike sejak tadi. Dalam hatinya sudah mencarut-carut memarahi Heris yang lambat sangat sampai.

Dush!!

“Argh!!” Mike terkejut kerana di serang dengan tiba-tiba oleh seseorang.

Heris berdiri betul selepas mem ‘flying kick’ Mike. Mike sudah tersungkur di lantai dengan punggungnya yang tertonggek. Agak lucu keadaan Mike ketika itu. Sophia yang melihat kemunculan Heris tersenyum gembira. Ivan turut lega dan melihat Heris yang masih berdiri di hadapannya. Heris mendekati Mike tapi sebelum itu dia sempat berkata sesuatu kepada Ivan.

“Maaf, aku terlambat.”

Heris pergi mendapatkan Mike dan membelasah lelaki itu semula. Lelaki-lelaki yang bersut hitam tadi cuba menyelamatkan ketua mereka tetapi Heris bertindak cepat dengan mengacukan pistol Mike ke kepala lelaki itu. Mereka berundur semula. Heris sedang menyeluk semua poket pakaian Mike mencari sesuatu. Mereka semua memandang perbuatan Heris. Setelah menjumpai benda yang dicarinya Heris mengeluarkannya dari poket Mike.

“Dapat pun!”

Heris mengambil telefon bimbit milik Mike. Dia mahu membuat panggilan tapi sebelum itu dia sempat membelasah lagi Mike yang sudah tidak bermaya itu. Sebentar kemudian Heris menekan-nekan punat telefon dan menghubungi seseorang. Semua orang memandang Heris dengan pelik termasuklah Sophia dan Ivan. Mereka tidak faham apa yang sedang cuba dilakukan oleh Heris. Apa lelaki tak guna ni cuba buat? getus mereka semua.

“Hello, boleh tolong hantarkan ambulans?”

“Apa? Dia masih sempat risaukan rakannya yang telah dibelasah teruk dan melupakan kita yang masih di sini?” Salah seorang daripada pengikut Mike terkejut dengan tindakan bodoh Heris.

“Ini maknanya dia nak cari nahas dengan kita.” Sambung seorang lagi daripada mereka.

Heris tidak menghiraukan omongan mereka semua dan terus menyambung perbualannya.

“Kami berada di gudang lama di Max Hill. Tolong hantar… 1, 2, 3, 4, 5…” Heris sedang mengira jumlah mereka semua yang berbaju hitam tadi.

Mereka semua bertambah pelik dengan tindakan Heris.

“Tolong hantar 5 buah ambulans.”

“Haa! Apa yang kau fikirkan, tak guna!” Penyangak-penyangak itu berasa bengang setelah tahu apa yang sedang cuba dilakukan Heris.

“Sebelum kau bawa kami dengan ambulans, kami akan hantar kau ke tanah perkuburan!” Mereka meluru mahu menyerang Heris.

Heris segera menyampak telefon tadi kepada Ivan sebelum pergi menentang mereka berlima. Ivan sempat menyambut telefon tersebut.

“Ivan, bawa Sophia ke tempat yang selamat. Biar aku selesaikan mereka semua.” Kata Heris sambil mengelak dan membalas serangan-serangan lelaki tersebut.

Ivan tidak terus pergi. Dia melihat Heris yang sedang menyerang dan mengelak serangan pengikut-pengikut Mike tadi. ‘Dasyatnya lelaki ini. Kalau dia datang lebih awal tadi tentu aku tak teruk sampai macam ni. Betul-betul menyusahkan.’ Walaupun Ivan gembira dengan kehadiran Heris tapi hatinya tetap geram kerana Heris tiba terlalu lambat.

“Hoi, cepatlah pergi selamatkan Sophia!” jerit Heris apabila melihat Ivan masih duduk tergamam di tempat tadi.

‘Tak guna. Berani betul dia menjerit pada aku yang datang nak selamatkan isteri dia. Tak apa. Aku simpan bengang aku pada kau dulu.’ Ivan mengambil keputusan untuk pergi membawa Sophia keluar dari situ dulu. Dia berasa tenaganya sudah pulih sedikit. Mungkin dia masih mampu menewaskan seorang lagi lelaki yang sedang mengawal Sophia itu. Tapi macam mana?

“Heris!” Sophia menjerit nama Heris apabila lelaki itu jatuh tersungkur ketika diserang dari belakang.

Heris berasa lemah seketika tetapi kerana terdengar suara Sophia yang menyeru namanya tadi dia jadi bersemangat semula. Dia mendapat semula kuasanya dan menyerang mereka semua lagi.

Ivan mengambil kesempatan apabila Sophia dan pengawal tadi sedang tertumpu pada Heris yang sedang membelasah (Ke dibelasah?)lima orang lelaki tadi. Dia mengambil kayu yang dijumpainya ketika berjalan perlahan-lahan mendekati tempat Sophia tadi. Dia memukul lelaki bertubuh gempal tadi dengan sekuat hati dari belakang. Lelaki itu diam tidak bereaksi. Dia menoleh kepada Ivan yang masih memegang kayu sambil mengaru-garu kepalanya. ‘Mustahil… tak kan dia tak apa-apa lepas kena pukul dengan kayu yang keras ni?’ Ivan berasa sangsi dengan kekuatan lelaki tersebut.

“Rupanya kau tak tahu kenapa aku tidak berlawan seperti mereka semua? Biar aku beritahu kenapa…”

Lelaki itu bergerak perlahan-lahan mendekati Ivan. Tanpa sedar Ivan pula terundur-undur ke belakang.

“Sebab aku sangat kuat. Kau boleh mati dengan terkena sekali tumbukan berbisa aku ni saja.”

Lelaki itu bercakap dengan tenang. Kali ini Ivan pula yang sudah hilang ketenangan. Dia buntu. Apa yang patut dilakukannya sekarang? Dia tidak dapat berundur lagi. kakinya sudah sampai ke garisan penamat. Dia sedang berdiri rapat di dinding gudang.

Sophia berasa patut melakukan sesuatu. Dia berfikir dengan pantas. Lelaki ini lurus bendul. Mungkin aku boleh perdayakan dia. Fikirnya.

“Hei…”

Lelaki itu menoleh sekejap kepada Sophia. Dia melihat Sophia sedang senyum kepadanya.

“Zip seluar awak terbuka.”

“Ahh…!”

Dengan segera lelaki itu melihat ke bawah untuk membetulkan zip seluarnya. Sophia tersengih. Bodoh betul pengawal Mike. Ivan segera sedar muslihat Sophia dan bertindak cepat. Dia mengangkat belakang baju lelaki itu dan disarungkannya ke kepala lelaki itu. kemudian dia menolak lelaki gempal itu sehingga merempuh dinding gudang. Ivan dan Sophia ketawa. Tali yang mengikat tangan Sophia segera dibuka Ivan. Mak, ai… ketatnya tali ni. Getus Ivan yang sedang berusaha melepaskan Sophia. Sedang dia dan Sophia sibuk menanggalkan tali, mereka tidak sedar yang pengawal Mike tadi sedang bangun dan mendekati mereka.

“Ivan…!”

Sophia yang sedar dulu dengan pantas menolak Ivan ke tepi. Dia yang jatuh di tubuh Ivan segera bangun bersama Ivan untuk menyelamatkan diri tapi tidak sempat kerana lelaki itu berjaya menarik Sophia. Ivan menyesal kerana sibuk menanggalkan tali di tangan Sophia. Sepatutnya dia mengambil peluang itu untuk lari menyelamatkan diri dulu.

“Berani kau perdayakan aku.”

Lelaki itu sangat marah lalu memukul Sophia sehingga wanita itu tersungkur melanggar tiang. Sophia diam dan tidak sedarkan diri lagi. Lelaki itu tersenyum puas. Tanpa disedarinya Ivan sedang menuju ke arahnya untuk membuat serangan balas. Namun pukulan Ivan langsung tidak berkesan terhadap lelaki itu malah Ivan pula yang ditumbuk perutnya. Lelaki itu mencengkam baju Ivan dan mengangkatnya. ‘Kuatnya… dia angkat aku dengan sebelah tangan sahaja.’ Getus hati Ivan. Lelaki itu sedang berkira-kira mahu menumbuk muka Ivan pula tapi belum sempat dia menyerang Ivan tiba-tiba dia melepaskan Ivan. Dia melompat-lompat memegang bahagian sulitnya sambil mengaduh kesakitan.

“Ha, ha, ha…” Heris sedang ketawa di belakangnya.

Ivan menoleh kepada Heris yang telah menyelamatkannya.

“Memanglah dia kuat. Jadi kau perlu serang bahagian kelemahannya. Jangan buang masa lagi. pergi bawa Sophia keluar cepat,” ujar Heris seraya berlalu untuk menyelesaikan lima orang lelaki tadi semula.

Dengan kudrat yang masih ada Ivan bangun dan mendukung Sophia untuk pergi dari situ secepat mungkin. Dia meninggalkan Heris dan berharap lelaki itu dapat menyelesaikan orang-orang Mike. Heris… jangan kalah.

“Hoi, kau nak bawa perempuan tu pergi mana?” Jerit salah seorang daripada mereka sambil menuju kepada Ivan yang sedang membawa Sophia pergi.

“Urusan kau ialah dengan aku.” Heris menarik rambut lelaki itu kembali kepadanya.

Ivan dan Sophia sudah selamat pergi. Heris terus bertarung dengan mereka semua. Tenaga masing-masing semakin lemah. Begitu juga dengan Heris. Mike sudah sedar. Dia sangat marah apabila melihat lelaki yang didendaminya itu lantas diam-diam mengambil pisaunya diatas lantai. Dia mahu menikam Heris yang sedang sibuk membelasah orang-orangnya. Dia mengambil kesempatan ketika Heris tidak sedar. Heris menoleh hanya ketika Mike sudah dekat.

“Aahhh!!” kedua-dua mereka menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience