Chapter 41

Humor Completed 22614

Bab 41

GEMERSIK suara ombak yang memukul pantai membenam suasana sunyi di pantai yang tidak dikunjungi orang itu. Adakala sang camar yang singgah berehat di batu-batu pantai menyanyi mengikut irama alam yang tercipta itu. Bagaikan ia tahu yang irama itu perlu bersatu dengan lagunya. Di bawah pohon rendang dekat pantai itu terdapat sebuah buaian yang sedang bergerak. Buaian itu begitu kukuh menampung dua orang insan yang sedang berkasih di situ. Sophia berbaring di lengan Heris sambil membelek gambar-gambar yang baru diambilnya dari kamera DCLRnya. Mata Heris pejam. Hanyut terterbuai dek mendengar Schubert – Serenade.

“Heris, saya sukakan tempat ni.” Sophia tersenyum sambil menatap panorama indah Paradise Shine yang disemadikannya di dalam kameranya. “Suatu hari nanti, kalau kita ditakdirkan terpisah, awak kena ingat tempat ini kalau nak cari saya.”

Heris tidak bereaksi dengan kata-kata Sophia. Sophia mengalihkan perhatiannya kepada Heris. Baru dia sedar yang Heris sudah terlena.

“Heris, awak tidur ke?” Sophia mengusap-ngusap lembut wajah suaminya. “Awak dengar tak apa yang saya cakap?”

Heris terpisat-pisat. Dia tersenyum memandang wajah di hadapannya. “Dengar,” jawabnya selamba. Mahu mengambil hati isterinya barangkali.

“Apa dia?” tanya Sophia cuba menguji.

“Kena cari awak kalau tempat ini hilang.”

Sophia geram. Dia mencubit perut Heris sekuat hati.

“Sakit!” Heris menggeliat cuba mengelak.

“Padan muka. Main-main lagi.”

“Janganlah marah. Apa yang adik cakap tadi?”

“Teruk betul awak ni.” Sophia merajuk lantas bangun dari buaian itu.

HERIS garu kepala. Alamak, dah merajuk pula. Heris mencapai I-podnya lantas menukar muzik klasik tadi dengan lagu yang lebih segar. Sebentar kemudian irama salsa berkumandang. Heris menguatkan volume lalu menarik tangan Sophia untuk menari bersamanya. Walaupun Sophia tidak tahu tapi langkahnya terpimpin dengan sendirinya disebabkan Heris. Dia terus melupakan rajuk kecilnya tadi. Heris cepat bertindak setiap kali rajuknya datang. Walaupun Heris lebih banyak bergurau daripada serius tetapi sifatnya yang satu ini sangat disenangi oleh Sophia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience