Chapter 37

Humor Completed 22614

Bab 37

SOPHIA menghantar Heris ke muka pintu. Dia memerhati Heris yang sedang mengikat tali kasut. Sebentar kemudian Heris bangun dan meninggalkan Sophia. Dahi Sophia berkerut apabila Heris pergi begitu sahaja. Namun begitu tidak pula dia mahu memanggil Heris kembali semula kepadanya. Dia hanya memerhatikan suaminya yang masuk ke dalam perut kereta. Sophia hampa. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Baru selangkah dia melangkah tiba-tiba dia terdengar derap kaki seseorang. Dia kembali menoleh dan membuka pintu semula. Sophia tersenyum. Heris sedang bercekak pinggang dan memandangnya.

“Tertinggal barang?”

“Ya, saya terlupa bawa sesuatu yang penting.”

“Cuainya… selalu tegur orang jangan cuai tapi hari ini dia pun cuai.”

Heris datang rapat kepada Sophia. Jarak mereka berdua terlalu rapat sehingga Sophia terundur ke belakang. Sophia berasa yang Heris cuba mahu melakukan sesuatu. Langkahnya terundur sehingga dinding telah jadi penghalang langkah kakinya. Heris sedang menguasainya. Dengus nafas lelaki itu semakin jelas kedengaran di pendengarannya. Heris melagakan hidungnya dengan hidung Sophia.

“Saya lupa bawa kucupan cinta awak. Boleh saya ambil sekarang?”

Sophia tidak menjawab. Dia cuma tersenyum malu. ‘Kenapa awak lupakan perkara yang penting, sayang? Tentulah saya akan beri kalau awak perlu bawanya bersama ke tempat kerja.’ Bibir merah itu cuba untuk bersatu dengan bibirnya.

“Selamat pagi, Kak Jasmine!”

Sasaran Heris tersasar tatkala terdengar suara yang baru muncul itu. Dia cepat-cepat menjarakkan tubuhnya daripada Sophia. Dia menoleh ke arah pintu yang tidak bertutup tadi. ‘Jerry… tak guna betul budak ni. Datang pada masa yang salah!’

“Apa yang abang dengan kakak sedang buat?” tanya Jerry yang ternampak mereka berdua yang sedang berdiri di ruang tersebut.

“Kau sangat lapang di awal pagi. Apa yang kau nak, Jerry?” tanya Heris kasar.

Sophia mencubit belakang Heris. Heris mengaduh geram. Dia tahu itu amaran daripada Sophia agar jangan berkasar dengan adiknya, Jerry.

“Hari ini kan cuti sekolah. Apa salahnya kalau Jerry datang nak temankan saya.”

Heris menoleh kepada isterinya sambil melontarkan senyuman manis yang dibuat-buat.

“Baiklah, sayang… saya nak pergi sekarang.”

Heris seakan sudah merajuk dengan sikap Sophia yang asyik menyebelahi adiknya setiap kali Jerry berkunjung ke rumah mereka. Dia keluar meninggalkan rumahnya. Sophia yang mengesan sesuatu melalui wajah suaminya segera menyuruh Jerry masuk ke dalam dahulu. Sementara dia segera menjejaki Heris yang baru hendak masuk ke dalam Crush Mermaid, keretanya semula. Sophia menarik Heris keluar dari kereta. Dengan pantas dia mengucup bibir Heris. Lama. Heris tergamam sekejap sebelum turut membalas kucupan tersebut.

“Sekarang barulah awak boleh pergi.”

“Ya, sabab saya dah bawa barang saya yang tertinggal tadi.” Wajahnya tersenyum bangga.

Sebentar kemudian Heris berangkat pergi. Sophia melihatnya sehingga kereta Heris lesap dari pandangan matanya. Setelah Heris hilang dari pandangan matanya barulah dia masuk semula ke rumah untuk mendapatkan adik ipar yang sedang menunggunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience