Chapter 18

Humor Completed 22614

Bab 18

NIA tiba di studio tempat Heris bekerja. Dia menuju ke arah Heris yang sedang bercakap dengan Kelly Hung, salah seorang artis yang bekerjasama dengannya.

“Hai, Nia,” sapa Kelly yang perasan dengan kehadiran Nia.

“Hai, Kelly,” balas Nia.

Heris mendongak tatkala mendengar suara Nia. Dia tergamam sekejap apabila melihat wanita itu tiba-tiba muncul di studionya.

“What? Kenapa pandang aku macam tu? Aku tahulah kau rindukan aku tapi tak payahlah pandang macam tak pernah kenal dengan Nia Andrea Ferez,” ujar Nia lantas duduk di sebelah Kelly Hung.

“No, cuma terkejut sedikit,” balas Heris.

“Emm, Heris… I think better I pergi sekarang. Lagipun perbincangan kita dah selesai, bukan?” Kelly mencelah.

“Yup, sure… awak boleh pergi sekarang, Kelly.”

“Nia, saya pergi dulu.”

“Okey… Emm, Kelly… kalau you nak ambil baju just call me, okey.”

“Baju I dah siap ke? Awak ni hebatlah. Saya nak bulan depan tapi bulan ini awak dah siapkan,” puji Kelly yang nampak teruja mendengar pakaian yang ditempah telah disiapkan.

“Actually saya takut tak dapat siapkan bulan hadapan sebab komitmen kerja saya di Houston Milan sebab itulah saya siapkan awal. Nanti datang ke butik saya dan cuba baju tu, ya. Kalau perlu pengubahsuaian masih sempat lagi sebelum majlis tu.”

Kelly mengangguk sambil tersenyum girang.

“Okey… anyway sebelum saya terlupa… tahniah di atas perkahwinan awak, Heris. Nanti jangan lupa jemput saya di majlis resepsi, ya. Saya tunggu kad jemputan awak tau.”

“Awak orang penting yang mesti datang. Majlis saya tak bermakna tanpa kehadiran Kelly Hung. Mana boleh saya lupakan awak,” jawab Heris.

“Ada-ada saja nak menyakat orang. Kelly balik dululah… bye…”

Sebentar kemudian Kelly pergi dari situ. Hanya tinggal Heris dan Nia di bilik studio itu. Suasana agak sepi. Mood Nia tiba-tiba berubah. Wajah Heris direnungnya dengan tajam dan sinis. Heris meraup wajahnya. Terasa aura yang menakutkan mamanuhi ruang studio yang kecil itu. Heris menelan liur apabila melihat wajah Nia. Seakan-akan daya bunuh wanita itu sedang muncul dan cuba memusnahkan dirinya. Mati! Dia pasti sangat marah.

“Awal kau pulang. Bukankah tempoh hari kau kata kau ke Houston Milan selama sebulan?”

“Ada masalah teknikal dan kerja ditangguhkan. Jadi aku pulang awal,” jawab Nia dalam nada yang dikawal. Matanya tidak lepas-lepas memandang Heris dengan perasaan marah yang tidak terhingga.

“Yakah… ataupun model-model yang kau jumpa tidak kacak jadi kau pulang awal.”

Heris takut-takut. Dia cuba bergurau apa saja supaya Nia tidak jadi untuk menghentamnya.

“Tentulah mereka semua tidak kacak sebab mereka semua tu perempuan.”

“Sayangnya… aku patut ikut kau ke sana jika aku tahu.”

“Aku tak fikir kau akan ikut aku sebab kau lebih seronok berada di Kota Lisberg, bukan? Tahniah sebab berjaya melakukan sesuatu yang bodoh sebelum kepulangan aku.” Ayat makan dalam.

“Err… nak jus? Aku pergi ambilkan untuk kau.” Heris cuba melarikan diri.

“Mana kau nak lari?”

Nia mencengkam baju Heris. Heris tidak dapat bergerak. Dia duduk semula. Kepalanya tertunduk.

“Beritahu aku atau kita bukan kawan lagi mulai saat ini.”

Kerlingan mata Nia menakutkan Heris.

“Okey, aku minta maaf… sebenarnya memang aku dah kahwin ketika kau di Houston Milan tempohari.”

“What!” Nia terkejut bukan kepalang.

Nia berdiri. Dia memandang Heris dengan seribu macam perasaan.

“Ia bukan dalam rancangan aku. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Aku jatuh cinta dan lamar Sophia pada temujanji pertama kami. Dia setuju dan kami terus melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian,” jelas Heris secara ringkas dan jelas.

“Sophia? Jadi nama dia Sophia?”

Heris mengangguk bertalu-talu.

“Kau maafkan aku?” tanya Heris sambil sekali-sekala mengerling kepada Nia.

“Aku tak kisah dengan siapa kau kahwin tapi kenapa kau tak beritahu berita begini kepada aku yang kau anggap sahabat selama ini?”

“Aku cuba nak beritahu ta…”

“Sahabat konon. Sudah…tiada maknanya persahabatan kita selama ini.”

Nia melangkah mahu meninggalkan studio berkenaan. Heris cepat-cepat menutup pintu keluar.

“Nanti, Nia. Dengar dulu penjela…”

“Aah, jangan halang aku! Aku tak nak kawan dengan kau lagi.”

Nia menolak tubuh Heris yang menghalang laluannya.

“Tapi aku nak berkawan dengan kau. Please, aku tak ber…”

“Shut up!! Don’t you dare open your big mouth.”

“Tapi…”

“Ke tepi!”

Jeritan Nia membuatkan Heris ke tepi dan membuka pintu dengan serta-merta.

“Friend…”

“Aah… aku bukan kawan kau lagi mulai sekarang.”

Nia tidak menghiraukan rayuan Heris dan terus melangkah pergi.

“Babe… sorry…!” Seru Heris dari muka pintu.

“No way…I don’t want to see you again. I hate you!”

Langkah Nia tidak dapat dihalang lagi. Dia semakin jauh dan Heris tidak mungkin mendapat kemaafan walaupun cuba mengejar Nia ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience