Chapter 26

Humor Completed 22614

Bab 26

ANDREW mendekati Nia yang sedang menari bersama Ivan. Dia mahu bertanya sesuatu setelah melihat Heris dan Sophia bergegas meninggalkan majlis begitu awal.

“Kemana Heris dan Sophia pergi?”

“Abang, Heris kirim salam. Dia terpaksa pulang awal sebab rasa tak sihat. Dia juga minta maaf pada abang sebab tak sempat beritahu abang.”

‘Penipu… tapi mungkin lebih baik begini…’ Ivan cuma bersuara dalam hati.

“Eh, tadi okey saja.” Andrew musykil.

“Itu tadi… orang yang baru berkahwin ni sakitnya boleh datang dengan tiba-tiba sahaja. Abang mana tahu. Abang belum kahwin,” balas Nia sekaligus mematikan kata-kata Andrew.

Perhatian Andrew beralih pula kepada Ivan yang sedang menari dengan Nia pula.

“Ivan, awak kenal dengan Nia?”

Ivan tidak menjawab, sekadar tersenyum tipis. Andrew sedang merenung Nia yang nampak gembira menari dengan teman barunya. Sejak tadi Nia tidak memandangnya ketika bercakap dan hanya tertumpu pada Ivan seorang. Dia berasa curiga melihat tingkah Nia yang sangat mesra berpelukan dengan pekerjanya. Dia tidak suka.

Tanpa banyak bicara Andrew menarik Nia pergi dari situ. Ivan tidak menghalang dan hanya melihat Nia dibawa pergi oleh abangnya.

“Eh, kenapa dengan abang ni?”

“Nia, sejak bila kau berkenalan dengan Ivan? Kenapa tiba-tiba kamu berdua begitu mesra?”

Nia tersenyum sahaja mendengar soalan curiga dari abangnya.

“Hei, jangan tersengih-sengih macam kerang busuk. Jawab soalan abang.”

“Baru sekejap tadi Nia berkenalan dengan dia. Kenapa abang sibuk sangat?”

“Kau tiada apa-apa perasaan terhadap dia bukan?” soalan tersebut mahu menutup kecurigaannya terhadap Nia.

Nia tertawa melihat reaksi abangnya yang menggelabah.

“Apa yang abang mengarut ni? Nia cuma berkawan sahajalah.”

“Baguslah. Jangan nak cari pasal pergi mengurat dia sudahlah.” Kanyataan Andrew yang bernada mengejek itu membuatkan Nia rasa geram. Namun di sebalik sindirannya itu Andrew sebenarnya mahu melindungi satu-satunya adiknya.

“Gilalah abang ni… perempuan macam Nia ni boleh dapat yang lebih bagus daripada Ivan tu. Lagipun selama ini pernahkah Nia jadi perigi yang mencari timba?”

Andrew diam dan mula terfikir semula. Betul. Selama ini adiknya itu yang menjadi perhatian ramai lelaki. Namun disebabkan hal itu juga membuatkan dia bertambah risau. Selagi Nia tidak bertemu teman hidupnya selagi itulah Andrew akan terus mengawal sekaligus menjadi penjaganya. Lelaki itu lebih memikirkan hidup adiknya berbanding dirinya sendiri yang juga masih belum punya teman istimewa sehingga kini.

“Abang ni menyibuk tau. Pergilah cari partner sendiri daripada sibuk fikirkan hal Nia. Hergh~” gerutu Nia sebelum meninggalkan Andrew untuk kembali mendapatkan Ivan semula.

********

DI ruang lobi hotel Pearl Intrusa…

“Kenapa dengan awak malam ini?” Heris menahan langkah Sophia dan bertanya kepada Sophia.

“Kenapa dengan awak malam ini?” Sophia mengulang soalan yang sama kepada Heris.

“Kenapa dengan saya?”

“Yang awak sibuk sangat nak balik awal, kenapa? Langsung tak sempat nak cakap apa-apa dengan En. Ferez. Sekurang-kurangnya kita beritahu dia dulu sebelum pulang. Awak cakap family awak dengan mereka tu sangat rapat tapi macam inikah cara awak layan mereka?” Sophia meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Andrew dan Nia tu memahami saya. It’s not a problem.”

“So, what is your problem now?”

“That’s guy lah. Cara dia pandang dan pegang awak buat saya marah.” Api cemburu jelas terserlah pada wajah lelaki itu.

“Siapa? Ivan?”

Heris diam sahaja. Mukanya yang merah menahan marah dipalingkan ke tempat lain. Sophia mengesan wajah cemburu yang cuba disembunyikan oleh suaminya. Tawanya meletus apabila Heris benar-benar cemburu apabila dia menari dengan lelaki lain. Heris menoleh semula kepada Sophia tatkala terdengar tawa wanita itu. Dia berasa jengkel melihat reaksi Sophia.

“Eh, ini bukan lawak jenaka tau. Tak kelakar langsunglah!” marah Heris.

Sophia cuba berhenti dari ketawa apabila mendengar suara Heris yang serius. Dia memandang wajah suaminya. Sebentar kemudian dia mencubit kedua belah pipi Heris.

“Awak memang comel bila tengah cemburu.”

Chup!!

Sophia menghadiahkan satu kucupan di bibir Heris. Heris tergamam dengan tindakan mendadak Sophia. Dia terpinga-pinga.

“Jangan risau sebab saya cuma cintakan awak seorang sahaja.”

Wajah si isteri yang penuh berbunga senyuman itu menyejukkan hati Heris. Heris merenung wajah Sophia yang tersenyum manis… semanis krim yang melekat di bibirnya.

“Eh, ada krim di mulut awak.”

Cepat-cepat Sophia membersihkan krim yang melekat di bibir Heris. Heris cuma senyum kerana wanita itu masih tidak sedar yang krim tersebut datang dari bibirnya sendiri. Sebentar kemudian barulah Sophia sedar akan maksud senyuman Heris. Dia segera meraba mulutnya. Belum sempat Sophia membersihkan mulutnya, Heris lebih dulu menangkap tangannya.

“Biar saya tolong bersihkan mulut awak.” Ada cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membersihkan sisa makanan di mulut Sophia. Bibir mereka kembali bertaut mesra. Ruang lobi yang sunyi itu memudahkan Heris untuk membuat tindakan yang sepatutnya kepada isterinya.

*********

TANGAN Nia melingkar di leher Ivan. Wajah lelaki itu direnung sejak tadi. Ivan tidak mengendahkan tingkah laku Nia. Dia tahu memang begitu perangai Nia sejak dari mula lagi.

“Awak tidak rasa bosan terus merenung saya begitu sejak tadi?” Ivan bersuara setelah lama mereka membisu.

“Saya dah tahu sesuatu tentang awak.” Senyuman Nia meleret penuh makna.

“Jangan cuba nak jadi tukang tilik, Cik Ferez.”

“Panggil saya ‘Nia’ lah!” Adik pemilik empayar perniagaan terkenal itu benci dengan sikap Ivan yang tidak mahu mengikut kehendaknya.

“Saya rasa patut hormat awak selaku adik kepada pengerusi Ferez Global.” Ivan tetap dengan pendiriannya untuk menghormati Nia dengan cara sebegitu. Itu juga adalah caranya untuk meletakkan benteng dalam perhubungan mereka berdua.

“Awak nak saya beritahu abang tentang awak bermalam di Ocean Hill bersama saya?” Nia cuba mengugut Ivan.

“Saya tak takut dengan ugutan sebegitu.” Ivan senyum selamba.

Nia rasa tercabar dengan sikap endah tidak endah pemuda itu. Memang tidak mudah menjinakkan lelaki seperti Ivan Mayer.

“Sudahlah… awak memang anggap saya perempuan tak baik sejak dari mula lagi kan.” Nia melepaskan Ivan dan berundur pergi dari situ. Sengaja mahu memancing reaksi Ivan dengan harapan lelaki itu akan mengalah terhadapnya.

Ivan hanya senyum pendek sambil memerhatikan Nia dari belakang. Dia yakin yang gadis tersebut akan berpatah balik kepadanya. Jangkaan Ivan tepat. Nia telah kembali kepadanya semula.

“Saya tahu siapa yang awak ceritakan tempoh hari. Saya tahu siapa orang yang telah lukakan hati awak tu.” Dengan penuh yakin kali ini Nia betul-betul mahukan perhatian Ivan.

Ivan tersenyum sambil menggelengkan kepala. Dia masih memandang rendah sikap Nia.

“Sophia… dia yang awak maksudkan sebelum ini bukan?” suara Nia separuh berbisik agar Ivan sedar yang dia tidak bodoh dalam menilai situasi diantara mereka.

Air muka Ivan berubah secara mendadak. ‘Perempuan ini menakutkan. Dia lebih hebat daripada Naliz. Aku tak boleh sembunyikan sebarang rahsia dari pengetahuannya.’

“Awak memang seorang pemerhati yang hebat. Awak boleh baca isi hati saya?”

Tap…! “Petik jari saja.” Nia memetik jarinya di hadapan wajah Ivan dengan riak.

“Awak ni macam perempuan sihir yang dapat membaca seseorang hanya dengan renungan.”

“Salah… saya renung awak hanya untuk menguji. Nampaknya awak bukan seorang yang mudah tergoda. Awak tentu seorang yang setia… maybe…” Nia mencebik. Namun cebikannya tidak begitu jelas kerana dilitupi senyuman sarkastiknya.

“Tiada apa yang perlu saya takutkan biarpun awak tahu tentang perkara tersebut.” Ivan tetap berlagak tenang sambil otaknya ligat meneliti apa tindakan yang cuba diambil oleh gadis seperti Nia Andrea.

“Ironinya saya tidak akan lepaskan awak untuk kali kedua. Malam ini saya nak awak temankan saya.” Nia cuba mengambil kesempatan di atas situasi tersebut.

“Baik, saya nak tengok samada awak ni syaitan ataupun manusia normal. Saya memang tak tahu apa yang sedang awak fikirkan sebenarnya, Nia.”

“Awak nak tahu? saya nak lenyapkan Sophia dari minda awak. Saya tidak akan benarkan awak rampas dia daripada Heris.” …sebab saya nak awak letak nama saya pula di ruang hati awak selepas ini, Ivan. Nia menyambung kata-kata itu di dalam hati sahaja.

“Sayangnya… saya tiada niat langsung untuk lakukan perkara tersebut. Merampas bukan cara yang saya gunakan untuk dapatkan seseorang.”

“Siapa tahu. Kalau dalam hati masih ada cinta, semuanya bukan mustahil.”

Nia menggenggam pinggang Ivan dan mereka menari semula walaupun para tetamu sudah berkurangan di ruang tersebut. Rangkulan Nia membuatkan Ivan merasakan yang dia bakal diikat oleh gadis tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience