Chapter 24

Humor Completed 22614

Bab 24

PINTU dibuka sebaik loceng dibunyikan. Seorang gadis berdiri di hadapan Alex dengan senyuman menyambut kehadiran lelaki itu. Sebelum Alex melangkah masuk ke dalam rumah, gadis itu sempat mengucup bibirnya. Tangannya melingkar di pinggang Alex dan mereka berdua sama-sama masuk ke dalam kediaman gadis itu. Alex duduk di atas sofa di ruang tamu sambil gadis tadi masih berkepit dengannya.

“Awak nampak murung dan tiba-tiba datang mencari saya. Apa yang berlaku, Dr. Alex.” Tapak tangan gadis itu lembut membelai wajah Alex walaupun tidak mendapat reaksi daripada lelaki itu sejak tadi. Hanya wajah yang kusut tergambar di roman wajah lelaki itu.

“Kita akan mulakan misi kita.” Alex bersuara.

“Misi kita? Apa maksud, doktor?” Gadis berbibir mungil itu melepaskan sentuhannya terhadap Alex. Wajah dingin Alex ditatapnya.

“Heris dah berkahwin. Saya akan semakin kehilangan hak dalam keluarga. Buktinya, ayah baru sahaja hadiahkan sebuah rumah untuk Heris. Sangat jelas yang orang tua tu lebih menyayangi anak kandungnya berbanding saya. Walaupun dia sering merungut dan kecewa dengan sikap Heris ternyata dia tetap lebih sayangkan Heris berbanding saya.”

“Awak pun anaknya juga. Apa bezanya dengan Heris.”

“Saya cuma anak angkat. Walau sebagus mana pun saya, dia tetap lebih sayangkan anak kandungnya. Saya perlu lakukan sesuatu agar kedudukan saya terjamin. Saya takkan biarkan budak hingusan tu dapat kesenangan dengan mudah hanya kerana dia waris sah keluarga Kruger… Kita akan mulakan misi kita.” Hatinya penuh dendam. Dia tidak ubah seperti manusia yang kehilangan kasih sayang dan cuba mendapatkan semula haknya yang telah dinafikan.

“Terpulanglah…” Mayu mengangkat punggung dan bangkit dari sofa. “Itu misi awak seorang. Saya cuma pengikut yang akan mengikut arahan awak sahaja. Jangan bercakap seperti kita sedang bekerjasama.”

Mayu mengatur langkah meninggalkan Alex. Dia sebenarnya kurang bersetuju dengan tindakan doktor muda itu.

Alex menahan langkah Mayu. “Kau tak suka?” Tangan Mayu dipaut erat. “Katakanlah jika kau tidak rela.”

Mayu menoleh semula kepada pemuda itu. Dia tersenyum sinis. “Saya dah katakannya sebelum ini, saya tidak suka terlibat dengan rancangan kotor awak, doktor. Saya lakukannya hanya kerana saya cintakan awak.”

“Ha…ha…ha…” Alex melepaskan tangan Mayu. Dia sedang ketawa berdekah-dekah. Dahi Mayu berkerut. Dia berasa kecewa melihat tawa Alex yang seakan memperlekeh kata-katanya.

“Jadi kau akan lakukan apa saja kerana cinta kau itu?” Tawa Alex masih bersisa.

Mayu tidak menjawab soalan tersebut. Dia sangat sedih lantas beredar menuju ke kamarnya. Alex segera membuntutinya dengan pantas dan merangkul Mayu dari belakang. Dia mengucup bertalu-talu leher gadis itu. Mayu berasa lemas dengan perbuatan Alex. Dia menolak kasar tubuh Alex.

“Jangan anggap saya perempuan yang tidak bermaruah.”

“Kau memang dah hilang maruah sejak kau mencintai aku bukan?”

“Dr. Alex, kenapa awak layan saya begini?” getar suara Mayu menahan sebak dadanya dengan layanan Alex terhadapnya. Mata Mayu sudah berkaca-kaca. Dia menghampiri Alex dan merenung anak mata lelaki tersebut. “Dimana tempat saya di hati awak sebenarnya?”

“Apa kata kita berfikir sebagai seorang dewasa dan lupakan sebentar tentang perasaan cinta.” Alex lari dari renungan Mayu. Dia membaling tubuhnya di atas katil beradu Mayu.

“Apa maksud awak? Apa yang awak nak?” ekor mata Mayu mengerling Alex.

Alex menoleh kepada Mayu. Tangannya melambai memanggil Mayu. Mayu teragak-agak melangkah untuk duduk di sebelah Alex. Alex menarik tubuh Mayu baring di sisinya. Tubuh wanita itu sudah dikuasai Alex. Jari kelingkingnya dilalu-lalukan di wajah wanita tersebut. Mayu diam sahaja tidak membantah.

“Temankan saya dalam misi ini dan saya akan temankan awak sebagai seorang lelaki.”

“Saya memang akan lakukannya walaupun saya tahu apa yang awak buat ini salah.” Dalam terpaksa dia rela melakukan apa saja demi insan yang dicintainya itu. Cinta itu buta.

“Awak tak layak beri pendapat samada apa yang saya lakukan betul atau salah.”

Mayu tersenyum sinis. “Memang saya tak layak sebab tidak kira ia betul atau salah, saya tetap akan lakukannya demi awak.”

Mayu menarik Alex ke dalam dakapannya. Dia memusingkan tubuhnya dan sebentar kemudian Alex pula yang dikuasai oleh Mayu. Wanita itu telah membutakan matanya demi cintanya terhadap Alex. Dia sanggup lakukan apa saja demi mencapai matlamat Alex di Hospital Mercient. Apa sahaja demi cinta buta itu. Jika terpaksa mengambil nyawa sendiri pun barangkali dia sanggup asalkan dapat memenuhi impian lelaki itu untuk menguasai Hospital Mercient.

*********

ENJIN yang sudah mengaum itu dibiarkan dulu untuk menjawab panggilan. Heris memandang skrin telefonnya sebelum menoleh memandang Sophia yang sedang merenungnya. Heris teragak-agak untuk menjawab panggilan tetapi akhirnya dia menjawab juga setelah diarahkan oleh Sophia.

“He…Hello…”

“Hmm…”

“Nia…”

“Friend forever?”

“Ha?”

Heris tidak faham samada ia soalan atau apa tapi kemudian dia dapat meneka. Dia tersenyum. Sophia hanya memandang.

“Yup, friend forever… kau maafkan aku?”

“Untuk kali ini sahaja.”

“Terima kasih. Esok aku belanja makan dan kenalkan isteri aku pada kau.”

Sophia tersenyum melihat wajah gembira yang terpamer di riak muka suaminya.

“Aku tiada masa esok tapi mungkin kau boleh bawa Sophia ke Majlis Ulang Tahun Ferez Global di Hotel Pearl Intrusa. Aku tunggu kau di sana nanti. Jangan lupa kenalkan isteri baru kau tu.”

Sebentar kemudian talian diputuskan. Heris tersenyum memandang isterinya yang masih tersenyum kepadanya seperti sudah mengagak berita gembira tersebut.

Crush Mermaid meninggalkan kediaman Kruger dan meluncur deras di jalan raya. Hati Heris berbunga gembira malam itu walaupun geram dengan ayahnya ketika di rumah itu tadi tapi dia sudah lupa sakit hatinya itu. Dia asyik tersenyum dan bertambah gembira apabila Sophia turut serta dalam kegembiraannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience