Chapter 49

Humor Completed 22614

Bab 49

PARSI MELLON PARK…

CHRIS HEARTNETT berselindung di sebalik pintu dan mengintai cucu perempuannya yang sedang duduk di atas pokok di hadapan rumah mereka sejak tadi. Dia mencurigai perangai Sophia sejak cucunya itu pulang dari Kota Lisberg. Sophia berlagak ceria apabila di hadapan mereka tetapi asyik termenung apabila bersendirian. Dia seperti memikirkan susuatu yang berat. Chris tidak gembira dengan kepulangan Sophia kali ini. Dia merasakan sesuatu telah berlaku dan Sophia sedang cuba menyembunyikan perkara tersebut.

“Ayah mengendap Sophia lagi.” Trisya muncul secara tiba-tiba.

Chris terkejut dan hampir menjerit tetapi cepat-cepat dia menutup mulutnya. “Cara kau muncul mengejutkan ayah. Ayah akan mati terkejut jika kau lakukannya sekali lagi, Trisya.”

“Apa yang menariknya mengendap cucu sendiri? Dia bukannya Cik Imai yang ayah tergila-gilakan tu.” Anak mata Trisya yang turut menyorot tingkah laku Sophia turut mengerling bapa mentuanya di sebelah.

“Kau tidak sedarkah? Wajahnya sudah tidak secomel dulu selepas dia berkahwin. Budak itu menderita. Si Manggis Kelat sudah merampas hidup budak comel kesayangan aku.” Chris menggigit bawah bibirnya seakan-akan sedang menahan geram.

“Aouch!” Chris memegang kepalanya yang sakit akibat diluku oleh seseorang. Dia menoleh ke belakang. Begitu juga dengan Trisya.

“Ayah mula mengarut lagi. Sophia bukan seorang budak tetapi adalah seorang wanita.” Josh berdiri di belakang mereka berdua.

“Josh, aku ayah kau. Jangan layan aku seperti seorang anak!” Chris berdiri bertentangan dengan anak lelakinya. Mata mereka berdua bertembung dan saling menikam antara satu sama lain dengan sangat rapat.

“Sudahlah tu. Jangan nak mulakannya lagi. Pertengkaran di antara anak dan ayah bukan sesuatu yang bagus di hadapan seorang menantu.” Trisya berdiri di antara mereka untuk meleraikan kedua beranak itu.

Chris dan Josh merenung tajam kepada Trisya pula. Trisya tidak menghiraukan cara renungan mereka berdua. Dia menjeling sekali kepada Chris dan Josh sebelum kembali mengintai Sophia yang duduk di atas pokok di luar rumah sebentar tadi. Dahi trisya berkerut tatkala kelibat Sophia hilang dari pandangannya.

“Sophia dah hilang?” matanya meliar menjejaki anak perempuannya.

“Apa? Dimana cucu ayah?” Chris keluar dari pintu mencari kelibat Sophia.

“Apa yang kamu semua buat?”

Sophia berdiri di sebelah pintu. Rupanya dia sedar yang dirinya sedang diintip oleh ahli keluarganya. Si datuk tiba-tiba diam kaku seperti patung.

“Sebenarnya ibu nak ke galeri. Kebetulan sahaja berada di sini.” Si ibu memberi alasan lantas cepat-cepat keluar meninggalkan rumah.

Sophia mengerutkan dahi. Jari telunjuknya menggaru-garu dagunya. Dia menoleh ke dalam rumah untuk melihat ayahnya pula. Rupanya si ayah sedang berpura-pura sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Cuma tinggal datuknya yang sudah terkantoi dengannya tadi. Dia mendapatkan datuknya pula. “Eh, atuk pun dah hilang juga?” akhirnya Sophia sendiri garu kepala di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience