Chapter 7

Humor Completed 22614

Bab 7

SOPHIA melangkah meninggalkan Velvet Espradanya yang rosak d kawasan yang selamat. Dia berjalan di bahu jalan sambil membuat panggilan telefon, menghubungi Willy. Willy seorang mekanik yang juga bekas rakan sekelasnya ketika menuntut di sekolah menengah dulu.

“Hello… Willy, Sophia ni… urmm, beb, boleh tolong aku tak, kereta aku ada masalahlah. Tiba-tiba saja meragam…” Sophia memandang sekeliling mencari petanda lokasi dimana dia berada sekarang. “Aku dekat sekitar Jalan Orkid. Tak jauh dari Plaza De’Castle…”

Tiba-tiba telefon bimbit Sophia terlepas dari genggaman tangannya akibat berlanggar dengan sebuah motosikal. Seorang remaja nakal yang membonceng motosikal jenis Crustic Ghost itu sengaja menampar lengan Sophia. Sophia yang tidak menjangkakan situasi itu berlaku, tidak dapat menyelamatkan telefonnya yang sudah terhempas di jalanraya.

“Woi, budak!!” Sophia sempat bertempik memanggil remaja yang masih dalam seragam sekolah itu.

Dua orang remaja nakal itu menyeringai kepada Sophia. Namun mereka tidak behenti. Sophia bertambah marah apabila salah seorang daripada remaja berkenaan melayangkan flying kiss kepadanya.

“Erghhh… geramnya aku!” gigi Sophia berlaga sesama sendiri akibat menahan rasa marahnya.

Dia berjalan ke tengah jalan raya untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya. Namun malang tidak berbau apabila sebuah kereta kebetulan melintas di hadapannya dan menghancurkan telefon tersebut.

“No!”

Sophia pantas mendapatkan telefon bimbitnya yang tidak dapat dikenal pasti lagi bentuk asalnya. Kereta tadi sudah lesap tanpa sempat dicam oleh Sophia. Sophia cuba mencantumkan semula serpihan telefonnya. Di atas jalan raya tersebut juga air matanya meleleh hiba sambil dia berusaha melengkapkan telefon bimbit yang bagaikan ceraian puzzle itu.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti mengejut di belakangnya. Derap langkah kaki seseorang mendekatinya setelah menutup pintu kereta. Si dia berdiri tepat di hadapan Sophia.

“Cik, saya pasti dah terlanggar awak jika saya ni baru pegang lesen memandu. Apa yang awak buat di tengah jalan raya ni? Kalau nak bunuh diri pun janganlah nak menyusahkan orang lain pula,” ujar lelaki yang kemas bersut pekerja pejabat itu.

“Kenapa nasib aku malang sangat hari ni...” balas Sophia disusuli dengan keluhan panjang. Sebentar tadi keretanya mengalami masalah dan sudah tersadai di tepi jalan. Kini telefon bimbit pulat.

Dia masih tunduk merenung telefon bimbitnya yang telah hancur. Hatinya turut sama hancur. Telefon bimbit tersebut ada nilai sentimentalnya yang tersendiri. Itulah yang menyebabkannya hatinya terguris melihat kemusnahan telefon tersebut di hadapan mata.

“Do I know who are you?” Pemuda itu bertinggung untuk melihat wajah Sophia kerana dia seperti mengenali suara gadis itu.

Sophia mendongak. Wajah redup pemuda di hadapannya direnung. Dia tergamam sebentar. Pemuda berkemeja pendek berwarna hitam itu terus dipandangnya. Tali leher bercorak Bugs Bunny nya dilonggarkan sedikit dan dimasukkan ke dalam poket kemejanya. Kaca mata hitam disangkut di atas kepalanya.

“Sophia!!”

“Heris!!”

Serentak mereka memanggil.

“Apa awak buat…” sekali lagi mereka berdua bersuara serentak.

Mereka diam. Masing-masing mempamer rasa malu. Heris menyematkan semula kaca mata gelapnya ke muka. Menutup gelora jiwa berhadapan dengan gadis yang disukainya.

“Awak cakapla du…” memang ditakdirkan untuk seiringan. Sekali lagi mereka bersuara serentak.

Sophia menekup mulutnya. Tawanya kedengaran lirih menutup rasa malunya. Heris pula menggaru belakang telinganya. Dia memberi isyarat kepada Sophia untuk bercakap dahulu.

“Kita jumpa lagi hari ni. Macam dirancang-rancang pula,” ujar Sophia tersipu malu.

“Saya lebih terkejut. Adakah hubungan kita sememangnya sudah ditakdirkan?” Heris mengulum senyuman. Menahan debar yang tiba-tiba muncul saat itu. “Aura apa yang ada pada gadis ini sehingga membuatkan aku jadi tidak tentu arah…” bisiknya di dalam hati.

“Belum sempat saya nak mencari, awak lebih dulu datang bertamu. 24 jam pun masih tak genap. Nampaknya takdir yang tak sabar nak temukan kita semula.” Sempat si gadis bermadah bicara.

“Bukan takdir yang tak sabar mempertemukan kita tapi tuhan yang telah mengatur segalanya untuk kita.” Si teruna berbalas kata.

Mereka meneruskan perbualan di dalam kereta yang bergerak menuju ke tempat parkir kereta Sophia. Sophia meminjam telefon bimbit Heris untuk menghubungi Willy. Setelah menghubungi mekaniknya, Sophia menyerahkan semula telefon bimbit Heris.

“Thank’s… disebabkan awak, separuh daripada masalah saya dapat diselesaikan.”

“Tak menjadi masalah. Kebetulan saya di sini.”

“Dua kali awak tolong saya tapi saya masih tak buat apa-apa untuk awak. Apa kata saya belanja awak minum petang hari ini,” cadang Sophia.

“Nak belanja saya? Ish, tak mengapalah. Saya ikhlas menolong awak.” Heris menolak pelawaan gadis itu dengan lembut. Sebenarnya hanya berkias. Padahal hatinya girang apabila menerima pelawaan gadis tersebut.

“Please... Anggap saja sebagai membalas budi.” Sophia begitu berharap Heris menerima pelawaannya.

“Tapi awak kan baru dibuang kerja.”

Sophia terdiam apabila Heris menyentuh bab tersebut.

“Erm… maksud saya, saya tak minta awak balas budi yang saya hulurkan. Saya faham situasi yang sedang awak alami sekarang.” Heris tidak berniat untuk menyinggung Sophia jadi dia menjelaskan maksud kata-katanya. “Apa kata, biar saya saja yang belanja awak,” usulnya.

“Tak nak lah macam tu.” Sophia menolak. Nadanya sedikit kecewa kerana Heris menolak pelawaannya.

“Tak nak ke…rugilah awak sebab saya ni susah nak belanja orang tau.”

Sophia mengerling Heris dengan ekor matanyanya. Sempat hatinya bersuara… Eleh, yelah tu…cakap saja... tapi aku memang tengah kekeringan kalau nak belanja dia. Tadi tu cuma berlagak je macam aku ni berduit sangat. Alahai…

Mulut Sophia mencebik dalam diam. Sempat jejaka di sebelahnya itu dikerling lagi. Heris yang sedang memandu itu memusing stereng keretanya untuk keluar dari simpang yang sepatutnya memasuki deretan restoran di situ.

“Err, kalau tak jadi belanja pun tak nak minum-minum dulu ke?” Sophia terlepas kata secara spontan.

Eh, apa aku cakap ni? Malunya… kau ni buat spoil lah, Sophia. Janganlah tunjuk sangat yang kau tu nak berkawan dengan dia! Hati Sophia memekik memaki dirinya sendiri.

Heris mengulum senyum. Ekor matanya melirik memerhatikan Sophia di sisi. Sengaja dia mahu memancing gadis tersebut. Kelihatan Sophia sedang melarikan wajahnya dari pandangan Heris. Malu dengan keterlanjuran sikapnya tadi barangkali.

“Awak…err, betul-betul ke nak belanja saya?” tanya Sophia teragak-agak.

“Betullah… saya belanja awak bayar,” Heris berseloroh.

Sophia mencebik. Geram dipermainkan.

Dah agak dah. Dia cuma bergurau. Takkanlah nak belanja aku yang dah banyak menyusahkan dia… tapi teruklah dia ni. Langsung tak kesiankan aku. Sophia bermonolog lagi.

“Kita makan di restoran ni boleh?” usul Heris seraya memberhentikan keretanya ditempat parkir.

“Di sini?”

Standard kelas atasan. Ngaa~~ aku tak mampu… Sophia gigit jari sambil memandang pintu hadapan restoran ekslusif itu.

“Saya nak cadangkan sesuatu boleh tak?” Sophia bertindak untuk mengelakkan diri daripada terpaksa makan di restoran tersebut. Memandangkan paras ekonominya kini agak kritikal dia perlu berjimat.

“Okey, awak tahu tempat yang lagi class ke?”

Bukan itulah maksud aku. Bengap mentega sungguh. Dahlah tak nak belanja aku, bawa aku ke tempat yang mahal pula. Haish~~ rasa geram terhadap Heris hanya terjeruk di dalam hatinya.

“Selang dua kedai ni ada port yang lagi best. Kita makan di sana boleh?” Sebelum mendapat kata putus daripada Heris, Sophia segera bergerak meninggalkan restoran mewah tadi.

“I have no problem, miss,” Heris tiada bantahan. Segera mengekori langkah Sophia.

Mereka masuk ke dalam restoran yang dimaksudkan oleh Sophia. Selain menunaikan kehendak perut yang sudah berkeroncong mahu diisi, tujuan mereka adalah untuk menanti Willy tiba untuk membaiki kereta Sophia.

“Emm, Sophia…” lembut dia memanggil nama gadis tersebut sebaik mereka mengambil tempat duduk.

“Ya, Heris…” manja si gadis itu menjawab panggilan.

Aahh! Jangan panggil nama aku begitu. Aku akan gila bayang mendengar suara manjanya… Heris tidak keruan.

“Aaa…eee…I want to be your boy friend.”

“What?” Bulat mata Sophia bila mendengar kata-kata Heris.

“No… actually I want to be your friend. Your best friend… is a boy.” Cepat-cepat Heris membetulkan semula kata-katanya. Tersasul lah pula~

“Emm, ya… I’m your girl friend, now.” Lirih sahaja jawapan itu tapi dapat ditangkap oleh Heris.

“Hah?” Heris bagai nak jatuh rahang mendengar jawapan Sophia.

“Ops… your best friend…is a girl, right.” Sophia segera membetulkan jawapannya agar tidak disalah ertikan oleh Heris.

Masing-masing mengawal perasaan sendiri yang sedang bergelora. Tidak lama kemudian seorang pelayan datang mengambil pesanan mereka berdua.

“So, orang yang cadangkan makan di sini… sila beri cadangan makanan terbaik yang ada di sini.” Heris menyelak buku menu.

“Do you like mee?” Seperti Heris, Sophia juga sedang membelek menu.

“Haa… yes, I like you.” Serta-merta Heris menjawab.

Sophia menunjukkan reaksi pelik. Tidak mengerti maksud Heris.

“Heris, I mean ‘mee’…M.E.E. not ‘me’…saya” Sophia tergelak dengan reaksi Heris yang mencuit hatinya.

Heris menutup malu dengan tawanya. Gelojohlah aku ni. Kan dah tersalah sangka. Heris mengutuk diri sendiri.

“Sorry, Sophia…awak orderlah apa yang awak suka untuk saya juga,” pinta Heris.

“Kalau selera kita berbeza?”

“Takpe, saya makan apa saja yang awak fikir sedap.”

“Kalau saya order Otak Lembu Goreng Berlada dan Durian With Petai Milk Shake… awak sanggup makan?”

“Baik… saya makan,” jawab Heris dengan berani.

Sophia ketawa melihat kebodohan Heris yang sanggup makan makanan yang disebutnya tadi. Nasib baik menu tersebut tiada di sini.

“Awak ni lurus sangatlah. Saya main-main saja, okey. Saya takkan berkawan dengan awak kalau awak makan benda-benda tu.”

Fuh… nasib baik. kalau aku masuk rancangan Fear Factor akulah orang pertama akan tarik diri sebab aku benci makan benda pelik. Terima kasih, Sophia.

Makan tengahari mereka berjalan lancar selancar hubungan mereka yang semakin serasi. Ketika Sophia hendak mengeluarkan duit untuk membayar, Heris terlebih dulu membayar kepada pelayan yang datang mengira bil makan mereka.

“Kata tak nak belanja saya?” tanya Sophia.

“Bila saya cakap? Ada ke?”

“Ala, tadi tu ada awak cakap masa saya tanya.”

“Oh, ye ke…kalau macam tu bayarlah pada saya sekarang.” Heris menghulur tangan pada Sophia meminta duit yang sepatutnya perlu dibayar.

Eee… teruklah dia ni. Boleh pula buat muka selamba macam tu. Geramnya aku! Sambil merungut-rungut Sophia mengira wang yang perlu dibayar semula kepada Heris. Sementara itu Heris tersengih sendirian melihat gelagat Sophia.

“Saya tak nak awak bayar dengan duit.”

Sophia kepelikan. “Habis tu?”

“Esok awak free? Apa kata awak temankan saya ke suatu tempat.”

“Temankan awak? Kemana?” rasa curiga mula menyelinap.

Heris diam beberapa ketika. Sedang berfikir.

“Saya belum fikirkannya.”

“Belum fikir… sebenarnya awak nak ajak saya pergi mana?”

“Temujanji,” ringkas jawapan pemuda itu.

“Esok hari rabu. Awak tak kerja?”

“Masa kerja saya, saya yang tetapkan sendiri. Janji kerja saya siap pada tarikh yang ditetapkan.”

“Tapi kenapa awak pilih esok. Dunia ni dah nak kiamat ke sampai tak sempat nak tunggu hari lain yang lebih sesuai untuk kita bertemu janji.”

“Saya tak suka sesuatu yang dirancang sebab selalunya apa yang dirancang tak seindah apa yang kita harapkan.”

Sophia tertarik dengan sikap Heris yang pantas bertindak dalam perhubungan mereka.

“Okey, kalau macam tu kita jumpa di Valicities World esok.” Memikirkan yang dia sudah menjadi penganggur dan tidak terikat dengan apa-apa tugasan lagi maka keputusan dibuat dengan serta merta.

“Baik, waktu yang sama seperti hari ini. Deal.” Heris senyum gembira.

“Deal.” Sophia membalas senyuman Heris seadanya.

Inilah permulaan baru dalam hidup Sophia Heartnett yang telah kehilangan pekerjaan. Perhubungan ini jika bukan kerana cinta mungkin atas dasar perkenalan biasa sebagai teman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience