Chapter 28

Humor Completed 22614

Bab 28

“BIRU.”

“Hijau.”

“Birulah.”

“Hijaulah.”

“Kenapa degil sangat.”

“Awaklah yang degil. Janji nak saya yang buat keputusan tapi sekarang awak yang asyik nak warna biru.”

“Saya tak suka hijau. Birulah, sayang. Biru kan warna alam.”

“Hijau pun sama. Saya tak peduli, saya nak warna hijau juga.”

“Biru, hijau… hijau, biru… daripada bertekak nak cat rumah dengan warna apa, lebih baik biar Jerry yang tolong buat keputusan.” Tiba-tiba Jerry muncul di antara mereka berdua dan cuba menyelesaikan masalah Heris dan Sophia. Heris dan Sophia saling merenung Jerry yang baru hadir di dalam perbualan mereka.

“Budak kecil nak selesaikan masalah orang dewasa?” Heris seperti memperkecilkan tindakan adiknya, Jerry.

“Tak apa. Kita dengar dulu pendapat Jerry,” usul Sophia.

Heris menurut sahaja.

“Putih,” jawab Jerry ringkas.

Heris dan Sophia saling berbalas pandangan kemudian menatap Jerry semula.

“Tak nak!” serentak mereka berdua memutuskan jawapan.

“Kalau tak nak, jadi nak warna apa?” tanya Jerry semula.

“Biru.”

“Hijau.”

Heris dan Sophia tetap dengan warna pilihan masing-masing.

“Asyik berlagak sebagai orang dewasa tapi tetap bertekak hanya kerana perkara kecil,” gumam Jerry sendiri mengutuk kedua kakak dan abangnya.

Heris dan Sophia terdengar lantas menarik kedua belah telinga Jerry.

“Berani kutuk kami!” marah Sophia.

“Pergi berambus kalau tak boleh tolong kami,” sambung Heris sambil tangannya ringan memulas telinga Jerry.

“Sakitlah… mama, tolong Jerry!” jeritan Jerry bergema apabila Heris mengasarinya.

“Kau ni dungu ke? Mama mana boleh tolong kau di sini.” Heris menolak kepala adiknya dengan kasar.

“Heris!” Sophia menepis tubuh Heris yang cuba mengasari adiknya. “Apasal buat Jerry macam tu?” marah Sophia. Dia menarik Jerry ke sisinya. Lengan Heris dicubit sekuat hati kerana geram dengan sikap kasar lelaki itu terhadap adiknya.

“Sakitlah…” Heris memandang Sophia dengan perasaan marahnya. Dia menjeling Jerry yang berselindung di sebelah Sophia. Jerry sedang senyum seperti sedang mengejeknya. ‘Geramnya aku! Budak ni asyik selamat apabila berada di sisi Sophia. Jaga kau nanti, Jerry.’

“So, sekarang macam mana? Kita nak cat dengan warna apa?” Heris mengubah topik, kembali pada tajuk sebenar agar perbalahan mereka tidak berlanjutan disebabkan Jerry.

“Dengarlah cakap Jerry. Warna putih paling sesuai.” Jerry masih berani bersuara namun hanya bertindak berani di belakang Sophia.

“Tapi…” kedua-dua orang dewasa itu masih lagi cuba membantah cadangan itu.

“Tapi apa lagi? Tak kan nak cat rumah dengan warna biru campur hijau? Gilakah. Langsung tiada citarasa. Percayalah… putih warna yang paling sesuai untuk rumah ini.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience