BAB 30

Fantasy Completed 18480

HARI berganti hari. Minggu berganti minggu. Rupa-rupanya aku sudah sebulan lebih di dunia ini. Hubungan aku dengan Tengku Ryan Arjuna semakin baik. Apatah lagi hubungan aku dengan Tengku Rayyan Rehan. Mereka berdua melayan aku dengan baik sekali walaupun ada kalanya perangai Tengku Ryan Arjuna itu menjengkelkan hati. Ada saja peluangnya untuk mengusik aku.

Cuma... Aku rasa pelik. Apabila berdepan dengan Tengku Rayyan Rehan, sikap aku seperti Seri Mawar yang lemah lembut, berbudi bahasa, sopan dan sebagainya. Tapi, bila dengan Tengku Ryan Arjuna aku jadi diri aku sendiri pula.

Mail pula, sejak aku membuat keputusan untuk putus hubungan dengannya, dia terus berubah. Perangainya bengis setiap kali bertemu dengan aku. Dia tidak dapat menerima hakikatnya dan masih lagi tidak mahu berputus asa. Aku tidak akan buat begini kalau bukan kerana sikap jijiknya itu. Aku tahu mesti Seri Mawar akan berasa kecewa dengan semua ini, tapi, apa yang aku buat ini adalah untuk kebaikan dirinya.

Aku dengan Melati pula sudah jarang bertemu. Aku agak dia sudah tahu tentang hubungan aku dengan Mail. Aku tidak kisah sangat perasaan si Melati itu. Lagipun, salah dia sendiri yang tidak mahu berterus terang dengan aku. Kalau Seri Mawar itu lembut hati orangnya tapi tidak dengan aku. Sekali aku nampak kejahatan orang itu aku tidak akan berpaling lagi kepadanya. Biarlah dia dengan perasaannya.

Suri pula selalu memarahi aku dengan kecuaian sikap aku sendiri. Tapi, sampai bila aku hendak jadi Seri Mawar?! Sampai bila aku mahu ikut perangai Seri Mawar ini? Perasaan yang membebankan aku ini sudah aku luahkan kepadanya. Aku tahu Suri sukar untuk menerima aku yang semakin menjadi-jadi ini. Ada saja kejutan yang aku berikan kepada mereka di rumah. Segalanya-galanya yang aku lakukan adalah bertentangan dengan sikap Seri Mawar.

Sesekali Aiz Hafizi muncul dan bertanyakan khabarku. Setiap kali dia muncul pasti dia akan bercerita tentang Kota Agis dan juga batu ‘Fatamorgana Aurora’. Ya, benda itu adalah sejenis batu yang bercahaya yang mampu menunaikan hajat sesiapa pun. Tapi...

Batu itu tidak akan berfungsi tanpa bantuan lelaki yang bernama Maji itu. Ah... aku tidak boleh biarkan Aiz Hafizi berseorangan mencari batu itu. Walaupun, dia mempunyai kelebihan tetapi dia juga perlukan pertolongan. Wajah ceria tidak mampu menutup segalanya. Aku tahu perasaannya sama seperti aku yang merindukan keluarga di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience