BAB 54

Fantasy Completed 18480

NAFAS ditarik dan dihembus berkali-kali. Aku sungguh gementar. Hari ini adalah hari penentuan hidup aku. Aku sudah berjanji dengan abang Nadim dengan Aiz yang aku akan buat seperti yang dirancangkan.

Kedua-dua keluarga Tengku Ryan Arjuna dengan Tengku Rayyan Rehan datang ke rumah hari ini. Aku yang meminta abang Nadim untuk berbuat begitu. Aku tidak ada masalah dengan keluarga Tengku Ryan Arjuna kerana mereka kenal aku. Cuma aku tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan keluarga Tengku Rayyan Rehan. Aku tidak pernah berjumpa dengan mereka kecuali Seri Mawar.

“Kakak Mawar, semua orang sudah menunggu di ruang tamu.” Suri datang memberitahu aku.

“Kakak takutlah.”

“Kakak tidak payahlah takut dengan mereka. Lagipun, mereka semua kenal kakak.” Ujarnya lalu menarik aku keluar daripada bilik.

SEMUA mata memandang ke arah aku. Aku telan liur. Langsung tiada senyuman yang terbit di wajah kedua orang tua Tengku Rayyan Rehan. Tengku Adika dengan Tengku Ratna masing-masing memberi reaksi tegang kepadaku. Manakala orang tua Tengku Ryan Arjuna pula tenang dan ceria sahaja.

“Sekarang ini kami semua mahu dengar dari mulut Seri sendiri. Keputusan Seri tentang perkahwinan yang bakal tiba nanti ini bagaimana? Seri memilih siapa di antara mereka berdua ini untuk jadi pasangan hidup Seri?” Tegas suara walid Adi menyoal aku.

“Bonda tidak kisah dengan pilihan Seri. Bonda terima.” Kata Tengku Ayusha.

Senyumanku kelat. Sebenarnya, sukar untuk aku membuat keputusan ini. Tengku Ryan Arjuna dengan Tengku Rayyan Rehan masing-masing berdiri di tepi tingkap sambil merenung tajam ke arah aku. Kedua-duanya mengharapkan aku memilih mereka. Tapi, untuk pasangan hidup aku cuma boleh pilih seorang sahaja.

“Umi, walid dan semua yang ada di sini...” Aku gementar.

“Tentang perkahwinan itu... Seri sudah membuat keputusan Seri.” Aku mengetap bibir. Telapak tangan aku sudah berpeluh-peluh. Gemuruh.

“Seri mahu majlis perkahwinan nanti dipercepatkan kerana takut kalau hati Seri berubah nanti.”

“Baiklah. Kalau itu mahu Seri, ayahanda akan ikutkan saja.”

Terkejut aku. Tengku Adika membahaskan dirinya sebagai ayahanda dengan aku. Air mukanya tidaklah setegang yang tadi.

Aku beralih pandang.

“Bonda,” wajah tua Tengku Ayusha itu aku pandang dengan riak yang serba salah.

“maafkan Seri, bonda. Seri tidak dapat memilih Tengku Ryan Arjuna untuk jadi pasangan hidup Seri. Seri sudah fikir masak-masak sebelum ini dan Seri tekad untuk memilih Tengku Rayyan Rehan menjadi suami Seri. Seri cintakan dia.” Pedih hati ini, terpaksa mengungkapkan kata-kata seperti itu.

Jelas terpancar wajah ceria di muka Tengku Rayyan Rehan. Lagi buat aku terkejut apabila Tengku Ratna tiba-tiba bangun dan memelukku erat.

Tergamam aku dengan tindakan Tengku Ratna. Tadi bukan main lagi air mukanya tegang. Sekarang senyum sampai ke telinga.

“Gembira hati bonda, Seri memilih Rayyan.” Dia mengusap pipiku. Tengku Bahaman dan Tengku Ayusha juga turut tersenyum melihat kami.

“Dinda!”

Aku mahupun orang-orang yang ada di rumah ini terkejut dek suara tinggi Tengku Ryan Arjuna itu. Matanya tajam mencerlung ke arah anak mata aku.

“Bukankah dinda cintakan kanda!” Tengku Ryan Arjuna tidak dapat menerima hakikatnya. Baru sahaja dia mahu mendekati aku tetapi di halang oleh Tengku Bahaman.

“Ryan, mengucap.” Tengku Bahaman menahannya.

“Ayahanda, Seri tipu ayahanda. Ryan tahu dia tidak mencintai Rayyan! Seri cintakan Ryan. Hanya Ryan saja di hatinya.”

“Tengku Ryan! Cukuplah tengku.” Aku bersuara. Dia terdiam.

“Sejak bila Seri cakap yang Seri cintakan Tengku Ryan, hah?” Soalan yang tidak sepatutnya aku tanyakan kepadanya itu akhirnya kuajukan juga.

Dia tercengang. “Seri, tindakan Seri itu bukankah...”

“Cukup Tengku Ryan Arjuna! Seri tidak mahu dengar apa-apa lagi yang keluar dari mulut Tengku Ryan. Hati Seri hanya untuk Tengku Rayyan. Dia saja yang layak bertakhta di hati Seri ini.” Aku tidak menunggu balasannya. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik, mengunci diri di sana.

TERESAK-ESAK aku menangis di dalam bilik. Segala perihal tentang perkahwinan aku serahkan kepada abang Nadim. Aku sudah memberitahunya sekirannya berlaku apa-apa malam ini aku meminta dia menolong aku.

Hati siapa yang tidak luka dan sakit bila terpaksa membuat keputusan yang melibatkan hati dan perasaan. Aku buat semua ini demi batu Fatamorgana Aurora itu. Kalau batu Fatamorgana Aurora itu tidak wujud di dunia ini mungkin aku sudah pilih Tengku Ryan Arjuna.

“Ish! Lupakan saja lelaki tu, Naura. Sekarang ini misi kau untuk dapatkan batu Fatamorgana Aurora tu.” Dalam tangisan aku sempat lagi mengetuk kepala sendiri.

“Kau memang tak boleh kahwin dengan Tengku Ryan. Sekiranya rancangan ni berjaya dan kami bertukar jiwa semula mesti Seri Mawar akan terkejut tengok suami dia. Nanti, dibuatnya hajat yang bukan-bukan lagi baru padan dengan muka kau. Mesti kau tak nak terperangkap lagi di dalam dunia ini, kan?” Aku mengingatkan diri aku sendiri. Aku menyeka air mata dan berfikir lagi. Mataku semakin berat dan perlahan-lahan menutup mata. Akhirnya aku tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience