BAB 68

Fantasy Completed 18480

AWAL PAGI lagi aku sudah di hantar oleh abang Nadim ke rumah Tengku Rayyan Rehan. Sebaik sahaja aku menapak di kawasan rumah itu, Tengku Rayyan Rehan laju berlari ke arah aku. Dia memeluk aku dengan erat sekali. Dahi aku menjadi mangsa bibirnya.

“Dinda tahukah yang kanda khuatirkan diri adinda!” Dia meninggikan suara.

“Habis Imah itu kanda marah. Dia langsung tidak tahu ke mana adinda pergi kelmarin.” Dia menggeram pula.

“Maafkan adinda, kanda. Semalam adinda terus ke rumah bonda tanpa menunggu Imah. Lagipun, tempat yang Imah suruh tunggu kelmarin tiba-tiba sahaja dipenuhi oleh orang.” Tipuku. Nasib baiklah dunia ini tidak ada telefon. Kalau wujud telefon itu habislah aku dimarahi olehnya.

“Tidak payahlah kau risau sangat.”

“Macam mana aku tidak risau Nadim. Ini isteri aku!” Marahnya.

“Kanda janganlah marah dengan abang adinda.” Aku memarahinya.

“Sudah. Mari kita masuk.” Tengku Rayyan Rehan menarik aku kasar masuk ke dalam rumah. Ditinggalkan sahaja abang Nadim di luar itu.

SEJAK aku pulang dia langsung tidak mahu bercakap dengan aku. Puas aku cuba buat dia bercakap dengan aku namun semuanya tidak berhasil. Dia hanya bersuara dengan orang gaji di rumah ini sahaja.

“Mengapa dengan kakanda ini, huh?” Aku mendekatinya yang duduk di ruang tamu.

Dia tidak menjawab sebaliknya berdiri dan menuju ke ruang bilik. Dia melangkah ke bilik hujung. Laju aku membuntutinya. Sebaik sahaja dia membuka pintu dia terus menghalang aku.

“Mengapa adinda tidak boleh masuk ke dalam pula?” Tanya aku.

“Kanda kata jangan. Janganlah!” Dia mengherdikku. Terhinjut bahuku dek suaranya.

“Kanda ini mengapa meninggikan suara pada isteri sendiri? Kanda memang tidak sayangkan adindakah? Dinda tahulah dinda sudah buat kanda susah hati kerana adinda. Semalam tidak pulang ke rumah. Tapi, adinda sudah minta maaf, bukan?” Aku menyentuh pipinya dengan lembut. Mengharapkan kemarahannya pudar. Tetapi dia mendengus.

“Adinda pergi ke sana. Rehat. Jangan kacau kanda mahu buat kerja di dalam ini.” Dia terus menutup daun pintu membiarkan aku berdiri termangu di situ.

AKU mundar-mandir di ruang tamu dengan perut yang memboyot. Memikirkan apa yang Tengku Rayyan Rehan buat di dalam bilik tersebut. Aku pasti batu Fatamorgana Aurora itu masih di simpan di dalam sana. Aku mesti dapatkan batu itu!

Sebelum ke sini, Tengku Ryan Arjuna dengan yang lain sudah berbincang tentang hal ini. Kalau boleh, dalam masa empat hari ini aku kena dapatkan batu tersebut. Mereka akan menunggu aku di jalan utama masuk ke Kota Puspaloka ini. Suri akan tunggu aku di pintu depan rumah ini pada malam tersebut.

Gemuruh pula aku rasakan ketika ini. Aku takut saja tidak dapat melarikan diri dari tempat ini. Lagipun, orang-orang Agis semakin ramai berkeliaran di sini. Mujurlah Aiz Hafizi memberi aku gula-gula sakti dan mereka juga menyuruh aku menyamar sepanjang perjalanan pulang kelmarin.

“Apa yang perlu aku buat ni?” Gumamku sendirian.

“Cik puan,”

Aku tersentak. Imah di depanku.

“Ya, Imah. Ada apa?”

“Cik puan berehatlah. Dari tadi saya lihat cik puan ke sana ke sini.”

Aku menyimpul senyuman kecil. Prihatin sungguh orang gaji aku ini.

“Imah, saya minta maaf pasal hal kelmarin.” Aku menarik dan mengusap lembut tangan kasarnya itu.

“Cik puan tidak salah. Yang salahnya saya, sebab tinggalkan cik puan di situ. Saya tidak sangka pula kedai makan itu ramai pelanggan.”

“Jadi, Imah terus ke rumah Tengku Adikakah?” Aku ingin tahu.

Dia senyum dan geleng kepala. “Saya tidak ke sana. Otak saya terus teringatkan suami cik puan. Sebelum ini pun Tengku Rayyan Rehan mengingatkan saya, sekiranya ada apa-apa berlaku pada cik puan saya kena beritahu dia terlebih dulu.”

Aku melepaskan lega. Nasib baik.

“Terima kasih, Imah dan saya minta maaf sekali lagi.”

“Eh, tidak usahlah cik puan.”

Kami sama-sama tergelak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience