BAB 27

Fantasy Completed 18480

BERKALI-KALI aku menarik dan menghembuskan nafas. Macam mana pula lelaki itu boleh terfikir nama Naura, huh? Aku ke hulur dan ke hilir menenangkan fikiran yang serabut dengan nama sendiri.

“Ish! Dia ingat aku nak sangat kahwin dengan dia tu ke?” Aku mendengus, geram. Ranting kayu ku ambil dan menghumbannya ke dalam air sungai dengan kasar.

“Argh! Aku nak balik! Aku nak balik!” Aku melepaskan tekanan.

“Naura!”

Laju aku menyembunyikan diri apabila mendengar namaku disebut. Aku mula cuak. Tidak mungkinlah si Tengku Ryan Arjuna itu ikut aku sampai ke sini?

“Naura Athifa! Aku ni, Aiz.” Dengan sekelip mata dia muncul di depan aku.

“Aiz Hafizi! Kau ni buat aku terkejut tau tak!” Marah aku. Kepalanya menjadi sasaran pukulan aku.

“Sakitlah.” Dia mengadu sambil menggosok tempat yang sakit.

“Sorrylah. Aku tak sengaja.” Dia tersengih. Aku mencebik.

“Kau cari aku ke?” Aku melabuhkan punggung di tepi sungai.

“Ya. Aku tak boleh balik ke Kota Agis itu buat masa sekarang ini.” Beritahunya. Dia juga turut sama melabuhkan punggung di sebelah aku.

“Kenapa pula?”

“Maji kata orang-orang yang bunuh keluarga si Radin itu sedang berkeliaran di seluruh Kota Agis. Maji takut aku di tangkap oleh mereka.”

Aku telan liur. Aku tidak sangka akan dengar cerita seperti ini dari mulut teman aku sendiri.

“Kau ingat cerita aku ini berlaku dekat dalam rancangan televisyen itu saja ke?” Dia mengerling aku dengan ketawa kecilnya. Batu kecil yang ada di dalam genggamannya itu di humban ke dalam sungai.

Lebih baik aku tidak payah guna mulut kalau kau boleh baca fikiran aku ini. Jelingan tajam aku hadiahkan kepadanya.

“Okey. Okey. Aku tak akan baca fikiran kau lagi.” Dia memaniskan mukanya, cuba untuk memujuk aku.

Ah, penipu! Aku memandangnya tajam. Tajam biar tercucuk jantungnya itu. Sudahlah, aku tengah geram dengan si Tengku Ryan Arjuna itu, dia ini pula nak bermain-main dengan aku.

“Aku tak tipulah.”

“Yalah tu.” Aku mencebik. Tidak lama selepas itu aku dengan dia ketawa dan kami meneruskan lagi perbualan. Macam-macam yang kami berdua bualkan malam itu. Hal di dunia ini langsung kami tidak sentuh. Semuanya berkisarkan tentang kisah-kisah kami yang lepas semasa belajar di universiti.

“Seri!”

Aku dengan Aiz berpandangan sebelum memandang ke belakang. Aku melopong.

“Err... Mail?!” Pantas aku mengangkat punggung dan aku baru sedar yang Aiz sudah tidak ada di situ. Aik, ke mana pula orang itu menghilangkan diri?

“Seri buat apa dekat sini? Tadi, saya dengar Seri bercakap dengan seseorang. Seri berbual dengan siapa?” Walaupun cahaya dalam keadaan yang samar-samar tapi aku tahu matanya sedang meliar mencari orang yang berbual dengan aku tadi.

“Seri... Seri cakap sendiri. Seri cakap dengan pokok itu.” Aku cuba menutup rasa gugup. Nasib baiklah si Aiz itu sudah pergi.

Aku menuju ke arahnya.

“Marilah kita pergi dari sini.” Aku terus keluar daripada tempat itu.

“Seri!”

“Ya, Mail. Mengapa?”

Aku tergamam. Dia menggenggam tanganku.

“Mail lepaskanlah tangan Seri ini.” Aku tidak selesa.

“Kita jalan bersama, ya?” Dia menarik aku mengikut langkahnya.

“Kalau ya pun, Mail lepaskanlah tangan Seri ini. Seri tahulah jalan sendiri.” Dengusan kecil ku lepaskan.

“Saya tidak mahu. Bukankah kita selalu bersama begini setiap kali menjelangnya pesta Indera ini?”

“Itu dulu. Tidak sekarang. Seri tidak suka! Jijik tahu!” Dengan kasar aku menarik tangan aku daripada genggamannya. Jelas sekali dia terkejut dengan perkataan terakhir yang keluar daripada mulut aku ini.

“Ji... Jijik?! Seri, apa ini Seri? Mengapa Seri berkata seperti itu kepada saya, hah?” Dia mengetap bibir. Bahuku di cengkam kuat olehnya. Berkerut-kerut aku menahan rasa sakit itu.

“Mail, Seri tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan Mail. Lepaskanlah Seri. Seri sudah jadi milik orang lain. Tolonglah, Mail. Tolonglah faham,” aku menarik nafas sebelum meneruskan bicara seterusnya.

“Apa yang Seri katakan sebelum ini, Mail anggap sajalah itu gurauan. Maafkan Seri sekiranya Seri ada berjanji dengan Mail. Seri tidak mungkin akan dapat menunaikannya.” Dengan tenaga yang ada aku menolak lelaki itu ke hadapan. Kata-kata yang aku ungkap sendiri ini betul-betul menyakitkan hati. Aku terasa hendak menangis. Aku mahu lari tapi Mail berjaya menangkap aku kembali.

“Seri, saya tidak dapat menerimanya. Seri sendiri kata yang Seri cintakan saya dan hanya saya sahaja yang Seri mahukan di dalam hidup Seri.”

Huh?! Seri Mawar cakap macam itukah dengan dia ini?

“Itu dulu, Mail. Sekarang Seri sudah buat pilihan Seri sendiri. Seri tidak mahu mengecewakan ahli keluarga Seri.”

“Tidak... Tidak! Itu semua tidak benar. Seri bohongkan? Seri tahukan yang saya sayangkan Seri. Saya cintakan Seri.”

Aku mengepal tangan. Geram betul aku dengan lelaki yang tidak faham bahasa. Kalau aku hilang sabar, sudah lama aku cakap apa yang aku nampak tempoh hari. Dalam keadaan begini pun dia masih lagi hendak kata yang dia sayangkan dan cintakan aku? Huh!!

“Mail, lepaskan Seri Mawar.”

Kami tersentak.

“Abang Rayyan.” Aku tergamam. Dari mana pula Tengku Rayyan Rehan ini muncul? Aku memandang sekeliling aku. Manalah tahu kalau ada yang lain mengikutnya ke sini.

“Seri. Seri tidak apa-apakah?” Dia menghampiri aku tetapi Mail cepat menarik aku menjauhi Tengku Rayyan Rehan.

“Mail, sakitlah!” Aku mengadu.

“Mail, aku kata lepaskan Seri.” Tegang nada Tengku Rayyan Rehan.

“Aku tidak akan lepaskan kekasih aku. Kau siapa yang hendak masuk campur dalam hal kami berdua, hah?!” Tengking Mail. Aku tidak dapat berbuat apa-apa saat itu kerana kedua-dua tangan aku sudah di kunci olehnya.

PUKK!

“Sakitlah!” Mail menggosok kepalanya.

“Hoi, sakitlah! Siapa yang humban batu dekat aku, hah?!” Matanya meliar.

Aku dengan Tengku Rayyan Rehan pelik. Entah dengan siapa pula si Mail ini sedang marah. Aku tidak nampak pun ada orang lain selain kami bertiga di situ. Kami agak jauh dari orang ramai yang sedang lalu lalang di pesta Indera ini.

Tidak lama kemudian Mail melepaskan aku dan melarikan diri. Aku hampir terjatuh dek tolakan si Mail itu tapi mujurlah Tengku Rayyan Rehan sempat menahan tubuhku. Wajahku merona merah. Aku segera membetulkan posisi.

“Terima kasih, abang Rayyan.” Ucapku malu. Dia tersenyum.

“Sama-sama. Sudahlah, mari kita ke sana.” Ajaknya. Aku sekadar menurut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience