BAB 60

Fantasy Completed 18480

KATANYA balik tiga hari kemudian. Tetapi, sekarang sudah lebih seminggu Tengku Rayyan Rehan tidak pulang ke sini. Aku mula sangsi dengan perkahwinan ini. Dia kahwin dengan aku atas dasar cintakah atau hanya tanggungjawabnya ke atas bayi yang aku kandung ini?

“Kakak Mawar, mari makan. Umi ajak makan malam. Lagipun, kami semua risau dengan kakak Mawar kerana kakak masih belum menjamah apa-apa lagi sejak pagi tadi.”

“Suri pergilah dulu. Kakak tidak ada selera hendak makan sekarang ini.” Aku masih merenung bintang di langit malam itu. Berfikir panjang tentang bapa kepada bayi ini.

TIDURKU terganggu apabila merasakan ada sentuhan pada bahagian perutku. Aku tidak pula menolaknya, sebaliknya merelakan sahaja perlakuannya. Tidurku semakin selesa dan tanpa aku sedari aku membalas pelukannya.

Alangkah terkejutnya aku sebaik sahaja aku membuka mata. Wajahnya begitu dekat dengan wajahku. Dari jarak dekat sebegini aku dapat mendengar dengkuran halusnya. Nafas yang dihembus menggetarkan dinding imanku. Aku telan liur.

Ini salah, Naura! Kau tak suka dia. Kau bukan Seri Mawar yang sebenar, aku mengingatkan diriku. Lantasku bangun daripada pembaringan.

“Dinda sudah bangun,”

Aku diam. Terpesona seketika dengan wajah mamainya itu. Tengku Rayyan Rehan memang kacak.

CUPP!!

Wajahku membahang. Dia mencium dahiku.

“Suka kanda melihat wajah dinda yang merah ini.” Dia senyum dan mencubit lembut pipiku.

“Sudahlah, abang Rayyan. Nanti Seri masuk dalam almari sebab abang Rayyan buat Seri macam ini.”

Dia ketawa. “Pergilah. Kalau dinda masuk dalam almari itu, kanda pun ikut sama.”

“Abang Rayyan! Ish!!”

Makin galak dia mentertawakan aku. Tapi...

Kenapa kelakuannya ini membuatkan aku rasa senang?

“Kenapa dinda?”

Aku membalas dengan senyuman. Aku bangkit dan menuju ke meja solek. Aku membetulkan rambutku yang kusut masai ini. Dari cermin aku dapat lihat wajah redup Tengku Rayyan Rehan.

“Abang Rayyan tidak apa-apakah? Mengapa termenung jauh?” Aku menghampirinya.

“Dinda...” Dia menarik aku duduk di ribanya. Aku malu tapi dia pula buat tidak tahu sahaja.

“Err... abang Rayyan...” Aku cuba memberi signal agar dia melepaskan aku tapi gagal. Malah, dia memperkemaskan lagi kedudukan aku itu.

“Dinda janganlah bergerak.” Suara lembut itu membuatkan jantung aku berdebar. Terus aku diam. Dia tersenyum.

“Dinda, kanda mahu kita berangkat esok pagi, bolehkan?”

Laju aku menolehnya. “Esok? Tapi...”

“Dinda pun tahukan yang kanda tidak mahu berjauhan dengan dinda.”

“Err...” Aku gigit jari sambil berfikir.

“Tidak mengapalah. Kanda bagi dinda berfikir seharian ini. Malam nanti kanda minta jawapannya, ya?”

Aku angguk lemah.

FIKIRAN melayang memikirkan permintaan Tengku Rayyan Rehan itu. Mana mungkin aku mahu ikut dia berpindah ke Kota Puspaloka. Aku menghela nafas berat. Angin di waktu tengah hari ini membuatkan aku lagi bertambah rimas. Yalah, siapalah yang mahu duduk berpanas dekat bawah pokok ini dengan cuaca begini.

Aku geleng kepala seiring dengan tawa kecil. Perutku yang sedikit bulat ini aku usap perlahan. Mujurlah umi Intan dengan walid Adi tidak mengetahuinya. Hanya keluarga Tengku Rayyan Rehan dan juga Tengku Ryan Arjuna sahaja yang tahu tentang hal ini.

Masih segar dalam ingatan ini tentang apa yang diceritakan oleh Aiz Hanafi malam itu. Aku tahu aku akan bersetuju dan mengikut Tengku Rayyan Rehan berpindah ke kotanya. Tapi, cara dan bagaimana itu berlaku tidak pula diberitahu oleh Aiz Hanafi.

“Kalau aku tolak... tidak mustahil dia akan pujuk aku balik.” Aku mengigit bawah bibir. Aku perlu sediakan beberapa soalan untuk ditanyakan kepadanya. Jika jawapan yang diberikan itu memuaskan hati aku, aku akan ikut.

“ABANG RAYYAN,”

Dia yang sedang berbaring membelakangi aku itu terus memusingkan tubuhnya menghadap aku yang duduk di birai katil.

“Mengapa dinda?”

“Tentang hal pagi tadi...” Malam ini aku menyoalnya. Separuh hati merelakan untuk berpindah ke sana dan separuh hati lagi masih di sini. Aku tidak mahu jauh dari orang-orang yang aku sayang.

“Dinda sudah berfikir masak-masakkah?” Dia bangun daripada pembaringan.

“Hmmm... Seri mahu bertanya, boleh?”

“Mestilah boleh. Mengapa pula tidak boleh.” Dia mencubit hidungku.

“Dinda tanyalah. Kanda pasti akan jawab.”

Aku tersenyum kelat.

“Err... di sana nanti... kita... tempat tinggal... balik...” Aku garu kepala. Ish, tadi bukan main elok lagi aku berlatih tanya soalan itu, ini. Sekarang kenapa berbelit-belit, kaku pula. Aku menampar mulutku.

“Ish, dinda ini. Tidak usahlah bertanya. Biar kanda sahaja yang bagi jawapannya terus. Kanda tahu apa yang dinda fikirkan itu.”

Aku tunduk kepala. Malu.

“Di sana nanti, dinda dengan kanda akan tinggal di rumah kanda. Dinda jangan risaulah. Kita tidak akan tinggal di rumah keluarga kanda.”

“Abang Rayyan ada rumah sendirikah?” Laju aku menyoal.

“Ya. Cuma, rumah itu tidak pernah diduduki lagi. Rumah itu kanda buat untuk kehidupan baru kanda yang sekarang ini. Kanda mahu kita berdua bina bahagia di sana.”

Bicaranya yang lembut menggoda itu membuatkan hatiku tidak keruan. Aku tahu aku tidak punya perasaan terhadapnya tetapi aku ini perempuan. Siapa pun lelaki yang berbicara seperti dia ini pasti akan cair mendengarnya.

“Tapi...” Aku tetap takut. Bagaimana sekiranya aku di tangkap dan di bunuh oleh orang-orang Agis itu?

“Dinda ke tepi sekejap. Kanda ada bawakan hadiah untuk dinda.”

“Hadiah?”

“Ya,”

Aku duduk di birai katil melihat dia mengambil sesuatu di dalam kantung kecil yang terletak di atas meja solek.

“Nah,”

Teragak-agak aku membuka mulut.

“Cepatlah. Kanda suapkan dinda gula-gula ini. Rasanya tidaklah terlalu manis.” Beritahunya. Perlahan-lahan aku membuka mulut.

“Macam mana?”

Aku senyum. Rasa gula-gula itu tidaklah terlalu manis.

“Rasanya sedang-sedang saja. Abang Rayyan beli di mana gula-gula ini?”

“Dekat tempat abang. Orang-orang sana panggil gula-gula ini gula-gula sakti.”

“Gula-gula sakti?”

“Ya. Kalau dinda makan gula-gula ini dinda boleh jadi halimunan.”

“Yakah? Seri tidak halimunan pun. Abang Rayyan ini suka benar mengusik Seri.” Aku memuncungkan mulut.

Dia ketawa.

“Yalah. Kanda hendak bergurau dengan isteri kanda pun tidak boleh.”

“Mestilah tidak boleh. Abang Rayyan kalau bergurau tidak ingat dunia.” Aku mencebik.

“Sudahlah. Dinda kemaslah barang-barang dinda. Esok kita hendak berangkat sudah.”

“Tapi...”

“Dinda jangan ingkar arahan kanda. Syurga dinda ada di bawah telapak kaki kanda ini.” Dia mengingatkanku.

Aduh, bagaimana aku hendak melarikan diri lagi agar tidak keluar daripada kampung ini? Orang-orang Agis pasti akan bunuh aku nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience