BAB 6

Fantasy Completed 18480

AKU kembali ke tempat yang aku mula-mula sedar kelmarin. Suri kebingungan melihat aku yang ke hulu dan ke hilir. Dia masih statik berdiri di bawah pokok besar yang rendang itu.

“Kakak Mawar cari apa sebenarnya ini?” Tanya Suri setelah lama mendiamkan diri. Aku sudah memesan kepadanya jika kami berada di luar rumah atau di luar bilik Suri harus memanggil aku dengan panggilan kakak Mawar. Aku tidak mahu orang lain tahu identiti aku yang sebenar.

“Kakak cari sesuatu.”

“Cari apa?” Tanyanya lagi.

“Err... akak cari sesuatulah. Nanti akak bagitahu dengan Suri kalau akak dah jumpa benda tu.” Beritahu aku lalu meneruskan kembali pencarianku.

“Kakak Mawar kena ingat yang sekarang ini kita berada di luar rumah. Kakak Mawar janganlah guna bahasa aneh kakak Mawar itu.” Tegur Suri.

Aku tersengih. Aku sudah lupa dengan pesanannya itu.

Matahari makin tinggi dan aku masih belum menjumpai benda itu lagi. Hampir semua kawasan yang aku jejak kelmarin aku cari tetapi benda itu langsung tidak ada. Hilang ke manalah agaknya benda itu? Tidak mungkinlah Seri Mawar tidak memakainya. Lagipun, adik dia sudah memberitahu yang Seri Mawar sentiasa berhias cantik. Aku mengeluh panjang dan akhirnya berputus asa. Aku mengajak Suri untuk pulang ke rumah.

“Penting sungguhkah benda yang kakak Mawar cari itu?” Tanya Suri.

“Tak penting pun. Cuma, kakak mahu kepastian saja.” Ujarku. Perlahan-lahan kami melangkah keluar daripada kawasam hutan ini. Mata aku masih meliar ke sana dan ke sini, mengharapkan benda itu ada di depan mata.

“Kakak Mawar,”

Langkah aku mati apabila Suri memanggil aku. Aku merapatinya. Suri berada di depan aku.

“Kenapa Suri?” Tanyaku.

“Ini...” Suri menunjukkan dua sepit rambut bunga kepada aku.

“Kakak Naura, ini sepit rambut kepunyaan kakak Mawar. Bagaimana pula sepit rambut ini ada di sini?” Berkerut wajah Suri meneliti sepit rambut kepunyaan Seri Mawar itu.

“Suri pasti ke sepit rambut ini kepunyaan Seri Mawar?” Aku meminta kepastian dan Suri laju mengangguk. Aku mengambil sepit rambut itu dari tangan Suri dan menelitinya.

“Suri yakin ini kepunyaan kakak Mawar. Lagipun, hanya kakak Mawar saja yang ada sepit rambut seperti ini.”

“Maksudnya?” Dahiku berkerut.

“Kalau sepit rambut seperti ini hanya kakak Mawar saja yang membuatnya. Kakak Mawar lebih suka membuat sendiri perhiasan rambutnya itu daripada membeli sepit rambut di luar sana.” Beritahu Suri.

Kalau sepit rambut ini kepunyaan Seri Mawar, kenapa dia tanggalkan benda ini dari rambutnya dan apa pula dia buat dekat kawasan hutan ini? Betulkah dia ke sini dengan rajuknya itu? Soalan itu hanya aku tanya di dalam hati saja. Aku masih bingung lagi dengan apa yang sedang terjadi kepada aku dengan dia.

“Suri, Seri Mawar pernah keluar rumah tanpa hiasan apa-apa di rambut diakah?”

“Bukankah sebelum ini Suri sudah memberitahu kakak tentang hal ini.” Keningnya terangkat sebelah. Aku tersengih. Aku cuma mahukan kepastian saja.

“Saja kakak bertanya. Sudahlah, mari kita pulang.” Ajak aku. Eh, sejak bila pula aku ini pandai cakap bahasa baku ni? Aku ketawa.

“Mengapa kakak Mawar ketawa tiba-tiba?” Suri berpaling dengan wajah peliknya. Aku tersenyum.

“Tidak ada apa-apa. Kakak saja hendak ketawa. Salahkah?”

Dia tersenyum seiring dengan gelengan kepala. Kami meneruskan langkah.

“Hmmm... Suri.” Panggil aku.

“Ya,” Jawabnya tanpa memandang aku yang berjalan di belakangnya. Kami berdua masih lagi menyusuri semak samun di hutan ini. Tidak jauh sudah untuk keluar daripada tempat ini.

“Tak ada apa-apalah. Kakak sudah lupa apa yang kakak mahu bilang dengan Suri.” Tersengih aku.

“Ada-ada sajalah kakak Mawar ini. Sudahlah. Kita pulang dulu. Lepas itu, Suri mahu bawa kakak Mawar pergi jalan-jalan sekitar Kota Indera Aurora ini.”

“Yakah?! Baiklah.” Gembira sungguh aku apabila Suri mahu membawa aku jalan-jalan melihat Kota Indera Aurora ini. Kalau aku jalan seorang diri alamatnya tersesatlah aku nanti. Nasib baiklah adik si Seri Mawar ini baik hati mahu jadi pemandu pelancong aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience