BAB 61

Fantasy Completed 18494

HATIKU tidak tenteram sejak bangun daripada tidur tadi. Selepas Tengku Rayyan Rehan selesai mengimamkan solat subuh aku terus meminta izin keluar rumah untuk menenangkan diri. Katanya, kami akan berangkat ke Kota Puspaloka selepas tengah hari nanti.

“Naura, kau tak apa-apakah?” Aiz Hafizi muncul dan menyapaku. Ketika itu aku berada di tepi sungai yang tidak jauh daripada rumahku.

“Aku tak okeylah, Aiz. Aku takut hendak keluar daripada kampung ni.” Luahku. Batu-batu kecil yang aku kumpul di tepi aku itu aku lontar satu persatu di dalam sungai.

“Tak payah takutlah. Bukankah aku dah cerita dekat kau serba sedikit tentang hal yang kau nak tahu sangat tu.”

“Ya, tapi info tu macam tak berguna pun untuk aku. Tetap juga aku rasa takut sekarang ni.” Aku mengeluh.

“Kau juga yang nak tahu, kan.” Dia mentertawakan aku.

“Eh, Naura. Kau ada benda yang boleh aku makan tak? Aku laparlah.” Dia mengupas perut.

“Maaflah. Aku tak bawa makanan. Tapi...” Aku mengeluarkan sesuatu daripada poket kurungku.

“Nah, gula-gula sakti. Suami aku beli gula-gula ni dekat tempat dia. Aku suka gula-gula ni. Tak manis sangat.” Aku memberikan lima biji gula-gula sakti kepadanya. Laju tangannya menyambut huluranku.

“Sedap.” Dia mengulum gula-gula dalam mulutnya.

“Kau tau tak, suami aku kata gula-gula ni buat kita jadi halimunan. Tapi aku tak rasa apa-apa pun.”

“Kau percaya juga dengan kata-kata dia?”

“Mulanya aku tak percaya. Tapi, kalau betul gula-gula tu boleh buat kita halimunan baguslah. Dapat juga aku lari dari orang-orang Agis tu.”

“Tak usahlah kau risau pasal tu. Orang-orang Agis tidak akan dapat cari kau selagi kau makan benda tu.”

Aku menoleh dan merenungnya dengan penuh tanda tanya.

“Maksud kau?”

“Malas aku nak jelaskan pasal ni. Nanti kau tahu juga.” Dia berdiri dan merapikan pakaiannya.

“Sudahlah. Kau baliklah. Sekejap lagi kau nak bertolakkan?"

Keningku terangkat sebelah.

“Ish, kau ni. Kau dah lupakah yang aku ini boleh nampak masa depan.”

Aku mencebik.

“Hati-hati dalam perjalanan. Nanti, aku jumpa kau dekat sana. Kau jauh dari aku pun tetap buat aku risau.”

“Betul ni? Janji. Kau datang sana, ya?”

“Ya. Aku sentiasa ada bila kau perlukan aku.” Dia menyimpul senyuman kecil. Gembira aku mendengar bicaranya.

KAMI berangkat menaiki kereta kuda menuju ke Kota Puspaloka. Sebak juga meninggalkan keluarga di kampung. Lagi memilukan hati aku apabila melihat Tengku Ryan Arjuna yang berdiri di sebalik pokok dekat dengan jalan masuk ke kampung ini. Wajahnya kusut dan dia langsung tidak melepaskan pandangannya kepadaku.

Maafkan aku Tengku Ryan Arjuna. Aku buat begini untuk kebaikan semua orang. Lagipun, anak dalam kandungan aku ini adalah kepunyaan Tengku Rayyan Rehan.

“Sedih?”

“Huh?”

“Kanda lihat dinda seperti tidak gembira saja.” Dia menyentuh dan mengusap tanganku.

Aku senyum hambar.

“Abang Rayyan pun tahukan Seri ini tidak pernah berpisah jauh dengan keluarga. Kalau pergi mana-mana Seri mesti ditemani oleh abang Nadim atau adik Seri itu.”

“Kanda tahu. Kanda janji kanda akan jaga adinda dengan baik. Begitu juga dengan anak kita ini. Kanda tidak akan biarkan orang-orang kesayangan kanda ini diapa-apakan oleh orang-orang jahat.”

“Orang-orang jahat?” Baru aku teringat sesuatu. Aku hampir terlupa tentang orang-orang Agis yang berkeliaran di seluruh Kota Indera ini. Laju aku meliarkan pandangan di luar tingkap.

“Dinda cari apa di luar itu?”

“Orang-orang jahatlah.”

“Dinda. Dinda...” Dia geleng ketawa seiring dengan senyuman senget.

“Dinda janganlah risau. Bukankah kanda sudah beri dinda gula-gula sakti itu. Dinda ada makan gula-gula itukah?”

“Seri sudah makan sebelum bertolak tadi. Ish, macam mana Seri boleh percaya cakap abang Rayyan ini. Padahal, cakap abang Rayyan itu tipu saja, bukan?”

“Siapa suruh dinda percaya juga.”

Aku pula yang kena balik. Aku menggeram.

“Dinda tidurlah dulu. Kalau sudah sampai nanti kanda kejutkan dinda.”

“Seri tidak mengantuk lagi.”

“Kalau dinda tidak mengantuk, kita hendak buat apa di dalam kereta kuda ini?” Dia memandang aku dengan pandangan yang aku tidak mengerti.

“Buat apa? Kita... Kita... Kita borak-boraklah. Abang Rayyan ceritalah tentang rumah abang Rayyan itu. Rupa rumah itu bagaimana? Dalam rumah ini seperti apa pula? Ceritalah, Seri hendak tahu.” Aku melepaskan lega. Nasib baiklah otak aku ini berfungsi. Kalau dibuatnya sesuatu yang tidak elok dalam kereta kuda ini habislah aku.

Dia ketawa. “Dinda ini penakut juga orangnya. Kanda tidak mungkin akan berbuat begitu tanpa keizinan dan kerelaan dinda. Kanda ini penyabar orangnya.”

Tahu-tahu sahaja dia apa yang aku sedang fikirkan.

“Bila masa pula Seri fikir pasal benda itu?” Aku buat muka.

“Kanda tahulah dinda ini bagaimana orangnya.”

Aku mencebik.

“Tapi, bagus juga kita berdua borak-borak pasal diri kita. Kalau setakat diari saja belum cukup lagi Seri kenal abang Rayyan. Sekarang ini kita ada banyak masa, jadi, abang cerita dan beritahu Seri tentang semua diri abang. Tiada rahsia-rahsia, ya.”

“Baiklah. Dinda pun sama. Dinda kena beritahu abang semua tentang diri adinda, bagaimana?”

Gulp.

Aku telan liur. Mana boleh aku beritahu dia tentang rahsia aku. Wajahku mula risau. Aku tidak perasan pula yang matanya masih melekat pada wajahku. Tergamam aku apabila dia menarik daguku menyuruh aku memandangnya.

“Tidak mengapalah adinda. Kanda beri masa untuk adinda. Adinda tidak perlulah beritahu rahsia adinda itu kepada kanda. Biar kanda saja yang bercerita tentang diri kanda ini.” Senyumannya itu sesuatu yang aku tidak mengerti.

Apa maksudnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience