BAB 7

Fantasy Completed 18494

SERBA sedikit aku sudah tahu mengenai penduduk di Kota Indera Aurora ini. Ya, seperti yang Suri katakan bahawa setiap dandanan rambut perempuan-perempuan di sini agak berbeza.

Kata Suri, Kalau perempuan yang sudah berkahwin mereka akan menyanggulkan rambut mereka tidak kiralah sama ada mereka itu masih muda ataupun tua. Manakala, bagi perempuan yang sudah berkahwin tetapi sudah tidak ada suami, dandanan rambut mereka lagi cantik dan mempunyai hiasan bunga kecil dan besar di sekeliling sanggul mereka. Berbanding dengan perempuan yang sudah berkahwin, sanggul mereka hanya ada satu saja hiasan bunga yang sederhana besar.

Bagi anak dara yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun, rambut mereka akan di tocang dua dan dihias dengan bunga-bungaan kecil. Orang dewasa yang masih belum berkahwin pula akan menocang rambut mereka dan kemudiannya di sanggul cantik. Hiasan bunga kecil dan besar diletakkan di sekeliling sanggul tersebut. Kalau budak-budak perempuan yang umurnya masih di bawah 17 tahun, mereka hanya mengikat rambut dengan getah rambut yang berbunga atau tocang satu dan ada bunga kecil seperti rambut Suri itu.

“Haihh... Pelik-pelik juga orang-orang dekat sini ni. Ada-ada saja peraturannya. Kalau di dunia aku tu bukan pakai pun semua ni. Masing-masing mahu jadi cantik dengan cara tersendiri,” aku membetulkan kedudukan bantal tidurku. Selimut aku tarik hingga ke paras dada. Kakiku pula bermain-main di bawah selimut ini. Aku saja melaga-lagakan kaki kanan dan kaki kiriku supaya terasa panas. Lagipun, angin malam ini sangat sejuk.

“Dekat sini, lelaki-lelakinya segak bergaya sama macam abang Nadim. Lelaki yang dah berkahwin ataupun yang tidak mempunyai isteri sudah, mereka hanya berpenampilan sederhana sahaja.” Aku mengeluh panjang. Siling kayu itu aku pandang kosong, kemudian aku mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap. Sunyi tanpa suara-suara manusia di luar sana mahupun di dalam rumah ini. Hanya bunyi cengkerik dan katak yang saling bersahut-sahutan itu sahaja kedengaran. Lagi sekali aku mengeluh. Memandang langit malam yang cerah disinari bulan purnama dari atas katil ini menerbitkan rasa rindu aku pada mereka.

“Aku mahu pulang..” Air mata yang tidak dapat aku bendung itu mengalir perlahan membasahi wajahku. Sungguh aku merindukan keluarga aku di sana. Aku bangun daripada pembaringan.

“Ya, aku harus pulang. Aku mesti cari jalan untuk pulang ke sana.” Aku mengesat kasar air mataku daripada terus mengalir. Aku perlu berbuat sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience