BAB 50

Fantasy Completed 18494

KAMU telah membuatku,
Tersenyum dan memandangmu,
Kau hadir menemani disampingku...

Argh! Lagu Terasa Ada nyanyian Sufian Suhaimi itu benar-benar membuatkan perasaan aku galau. Boleh pula lagu ini muncul dalam minda aku ini. Aku ketawa terkekek di dalam bilik. Pintu bilik sudah kututup rapat dan kukunci. Aku tidak mahu sesiapa pun menganggu aku malam ini.

Haih...

Aku memandang bulan dengan senyuman yang terukir di wajahku. Bangku kutarik. Aku duduk sambil menongkat dagu memandang langit malam yang tenang dan indah itu. Memori tadi kembali berputar, bermain di mindaku.

Aku masih tersenyum lebar, mengelamun jauh mengingatkannya.

Dia begitu sabar melayan karenah aku tadi. Macam-macam yang aku minta sepanjang dia membawa aku bersiar-siar di luar kota Indera Aurora dan semua permintaanku ditunaikan olehnya. Lagi buat aku terharu apabila dia prihatin dengan keadaan aku yang sedang mengandung ini.

Setiap langkahku diperhatikan olehnya. Dia tidak mahu ada apa-apa kecederaan di tubuhku. Kejadian itu masih melekat di kotak fikiran ini. Kami melewati satu taman dan disitu budak-budak berkeliaran bermain berkejaran sesama sendiri. Entah dimana silapnya seorang budak lelaki tersadung kakinya dan terjatuh mengena tepat pada belakang tubuhku. Aku hampir jatuh namun tubuhku sempat disambut oleh Tengku Ryan Arjuna. Sempat dia menegur budak lelaki itu dan budak lelaki itu meminta maaf kepadaku.

Bukan itu sahaja sikapnya yang buat aku terharu. Semasa aku sedang merajuk dengannya kerana dia asyik melarang aku itu dan ini. Aku teringin hendak makan buah nanas tetapi tangannya cepat mengambil buah itu dari tangan aku. Katanya tidak baik untuk bayi dalam kandungan ini.

Aku tidak menafikannya yang dia pandai memujuk aku. Dia balas dengan menghadiahkan aku tiga jambak bunga mawar merah dan juga bunga lili putih. Mawar merah kerana dia itu adalah bunga kesukaan aku. Manakala, bunga lili putih pula adalah bunga kegemarannya.

Walaupun dia tidak bercakap apa-apa tentang bunga itu tetapi aku tahu maksud disebalik warna bunga tersebut. Tiga kuntum bunga sudah tentu menjelaskan tiga perkataan ‘Kanda cinta dinda’. Warna merah melambangkan cinta dan dia memang cintakan aku manalaka bunga lili yang berwarna putih melambangkan kesetiaan. Maksudnya, dia setia dan...

“sanggup menunggu akukah?” Aku menyentuh dada yang sudah mula membuat iramanya sendiri, kemudian tanganku jatuh menyentuh bahagian perut yang berisi. Aku berdiri dan beralih ke arah katil.

Pertama kali aku jumpa lelaki itu, dia sudah mengisi kekosangan di hati ini. Cuma, aku tidak pasti dan masih ragu-ragu. Bicaranya yang kasar buatkan aku rasa sakit hati. Apabila aku hendak bermesra dengannya pasti dia akan buat hal. Tapi, lama-kelamaan dia berlembut hati dengan aku. Bila dia baik aku pula yang rasa lain. Rasa lain itulah yang telah berubah menjadi perasaan yang manis. Ya, aku memang suka dengan Tengku Ryan Arjuna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience