BAB 39

Fantasy Completed 18494

PULANG saja di rumah semalam, abang Nadim terus buka cerita pasal Tengku Ryan Arjuna dan juga Tengku Rayyan Rehan. Mereka berdua hampir bergaduh kerana aku. Masing-masing tidak mahu mengalah untuk memperisterikan aku.

Haaih... Aku tidak tahulah apa reaksi mereka berdua kalau sekiranya mereka tahu siapa yang ada di dalam jasad Seri Mawar ini. Tiba-tiba tekak aku terasa lain. Aku rasa macam hendak muntah. Pantas aku berlari ke bilik air.

“Gastrik apa macam ni. Perut makin gemuk adalah.” Aku mengelap tepi bibir. Aku rasa aku kena gastrik. Aku menyentuh perutku. Aku memerhatikan diri di dalam cermin sambil tangan menepuk-nepuk lembut di bahagian perut itu.

Sedang aku perhatikan diri aku di dalam cermin, tiba-tiba imej dua buah pulau itu menjengah di mindaku. Kata-kata Aiz Hafizi itu juga turut bermain-main di fikiran aku ini. Aku menggaru kepala.

“Apa sebenarnya yang ada di pulau yang satu itu lagi?” Aku berfikir.

“Tak boleh jadi ni. Aku kena pergi siasat juga.” Aku merapikan pakaian sebelum keluar daripada bilik.

Kehulur-hilir aku mencari semua orang. Mereka semua langsung tiada di dalam rumah ini. Aku berfikir lagi sebelum mengukir senyuman.

Lebih baik aku pergi dulu sebelum mereka nampak aku. Aku ketawa mengekek seiring dengan kaki yang terjngkit-jingkit menuju ke pintu utama.


BERPELUH-PELUH aku berjalan menuju ke jambatan putih itu. Jantungku berdebar. Perasaan aku mula takut. Serasa ada orang mengikut aku sahaja. Berulang kali aku menoleh ke belakang, tepi kanan dan kiri. Tiada sesiapa pun di situ tetapi hati aku kuat mengatakan ada yang mengikut aku.

Kaki tidak sempat menjejak jambatan itu. Aku tiba-tiba ditarik dari arah belakang. Aku menjerit namun pegangan itu terlalu kuat. Dengan sekuat hati aku memijak kaki orang itu dan berpaling.

Aku tergamam. Dia bukan berseorangan. Dia bersama dengan empat orang lelaki yang aku kenal. Mereka berempat itulah pengacau di kedai makan Pak Ajis. Aku mengundur ke belakang.

“Mail, mengapa Mail ikut Seri, hah?!” Aku undur lagi setapak apabila langkahnya maju ke hadapan.

Dia ketawa dengan bengis. Hidungnya digosok kasar sebelum meludah ke tanah yang kering. Empat orang yang berdiri di belakangnya itu sudah menyimpul senyuman misteri. Aku cuak.

“Seri tak terima saya. Seri tahukah hati saya ini sakit. Saya masih tidak boleh menerima hakikatnya!” Dia meninggikan suaranya pada ayat yang terakhir itu. Terhinjut bahu aku.

Dia melangkah setapak lagi dan selangkah juga aku mengundur ke belakang. Pandangannya pada aku langsung tidak dilepaskan olehnya. Aku cuak. Sudahlah tiada sesiapa di sini.

“Mail, tolonglah. Apa yang Mail hendak buat pada Seri ini?” Sekejap-kejap mataku mengerling mereka berempat yang berdiri di belakang lelaki ini.

“Seri rasa apa yang saya dengan mereka berempat ini hendak buat dengan Seri, huh?” Setapak lagi dia melangkah dan langkahku mati. Aku tidak boleh berundur ke belakang lagi kerana di belakang aku ini adalah tasik. Kalau aku buka langkah ke belakang lagi aku akan terjatuh ke dalam tasik ini.

“Mail, apa kau tunggu lagi. Kita kerjakan saja dia ini.” Bicara Taji membuatkan mereka semua ketawa.

“Ya, aku sudah lama mahu ‘menjamah’ tubuh perempuan ini. Geram sungguh aku dengan tubuh langsingnya itu.” Kata Rimba pula. Lidahnya menjilat bibir sendiri. Aku semakin takut.

Aku cuba mencari sesuatu yang boleh menolong aku untuk menyelamatkan diri daripada mereka. Batang kayu yang sudah patah dari dahannya itu ada tidak jauh dari tempat aku. Tapi, bagaimana aku hendak ke sana sedangkan mereka sudah mengepung aku? Aduh! Habislah aku.

“Apa kau tunggu lagi Mail. Kami sudah tidak sabar ini.”

Aku mengetap gigi. Aku tidak suka mendengar ayat dari mulut si Taji itu.

“Tolong! Tolong!!” Akhirnya aku menjerit meminta tolong. Hanya itu sahaja yang boleh aku buat sekarang. Harap-harap ada orang yang akan mendengarnya.

“Tolong!!” Jerit aku lagi.

“Jerit. Jeritlah sesuka hati Seri. Tiada siapa yang akan dengar suara minta tolong Seri itu di sini. Lagipun, hanya kami berlima saja yang ada di sini sekarang.” Berdekah ketawa mereka berlima.

“Tolong! Tolong, Seri!!” Aku tidak peduli dengan bicara mereka. Aku terus dan terus menjerit meminta tolong.

“Dika. Usin. Tarik dia ini ke sana. Ikat dia di pokok itu.” Arah Mail sambil jarinya menunding ke arah salah satu pokok yang ada di depan mereka.

Aku panik. Saat dia mendekat aku terus menendang bahagian alat sulitnya dan melarikan diri. Namun, usaha aku sia-sia sahaja apabila Taji dan Dika berjaya menangkap aku. Aku ditarik dan di bawa ke arah pokok yang berdepan dengan jambatan putih ini.

“Seri, Seri. Berani sungguh Seri mahu melarikan diri dari saya ini.” Tangannya mahu mendarat ke wajah aku tapi aku menepisnya. Dia tersenyum sinis.

“Kalau Seri tidak mahu berkahwin dengan saya, terpaksalah saya gunakan cara ini.” Dia mengelus pipi aku. Aku meludah wajahnya.

“Jangan harap aku hendak kahwin dengan kau. Kau itu jijik di mata aku tahu!” Aku merengus. Sekali lagi aku meludah wajahnya. Kalau dia hendak berkasar dengan aku, aku juga akan berkasar dengannya.

Dia mencengkam pipiku erat. Dalam keadaan yang terikat begini aku hanya mampu meronta untuk diminta dilepaskan.

“Mail, kau tidak usahlah banyak mulut. Lekas kerjakan dia ini. Lepas kau selesai bagi kami pula yang merasanya.” Kata si Usin yang sudah tidak sabar mahu mengerjakan aku.

Bagaimana aku hendak melepaskan diri daripada mereka berlima ini? Kepala aku mula terasa berat. Ah, tidak boleh jadi ini!

“Tolong, tolonglah jangan apa-apakan Seri. Mail lepaskanlah Seri.” Aku berlembut semula. Aku tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku pada aku. Mereka langsung tidak pedulikan rayuan aku ini. Malah, siap mentertawakan aku lagi.

“Aku tidak akan sesekali melepaskan kau, Seri Mawar. Kau hanya milik aku seorang saja.”

“Lepaskan, Seri. Mail tolonglah jangan buat Seri macam ini. Mail sudah ada Melati. Mail pergilah kepada Melati itu. Dia lebih mencintai Mail berbanding dengan Seri ini.” Kata-kata aku langsung tidak diendahkan olehnya.

Tiba-tiba kain sebelah lengan kanan aku dikoyakkan oleh Rimba. Aku menjerit seiring dengan kepala aku yang berdenyut-denyut.

Bola matanya besar melihat lengan aku yang sudah terdedah itu. Tidak cukup dengan itu, kain sarung aku pula dikoyakkan oleh Dika dan juga Usin. Aku meronta sambil menangis meminta tolong. Mereka semua langsung tidak berperikemanusiaan. Tubuhku menggigil. Sungguh aku tidak mahu diperlakukan sebegini. Aku sudah tidak berdaya.

BUKK!!

“Kurang ajar!!” Satu tumbukkan mengena tepat pada wajah Mail.

“Tengku Rayyan!” Aku bersyukur sangat ada juga yang datang menyelamatkan aku.

“Seri jangan risau. Abang Rayyan ada untuk lindungi Seri.” Dia mengesat air mata aku sebelum berpaling ke arah mereka semula.

“Kamu semua!” Wajahnya penuh amarah. Dia sudah bersedia mahu melepaskan tumbukkannya.

Tangisan bercampur dengan rasa pening membuatkan aku semakin lemah. Bicara mereka tidak lagi aku dengar kerana pendengaran aku semakin tertutup. Perlahan-lahan mataku tertutup. Pandangan menjadi kelam dan akhirnya aku pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience