BAB 4

Fantasy Completed 18480

SEGALA-GALANYA aku ceritakan kepada remaja perempuan yang berumur 16 tahun itu. Reaksinya tenang dan hanya mendengar sahaja cerita aku sehingga habis. Selesai aku menceritakan kisah aku, giliran dia pula memberitahu aku serba sedikit tentang ahli keluarganya dan juga siapa Seri Mawar.

Umi Intan dan juga walid Adi merupakan ibu bapa mereka. Abang Nadim anak yang paling tua yang berumur 27 tahun. Seri Mawar pula anak yang tengah berumur 22 tahun. Umur aku dengan Seri Mawar beza dua tahun. Aku lagi tua daripada dia. Aku kira perbezaan umur mereka bertiga ini lima hingga enam tahun. Mungkin juga ibu bapa mereka ini kahwin awal.

Suri juga memberitahu aku serba sedikit tentang kawan Seri Mawar dan juga beberapa orang yang berhubung kait dengan Seri Mawar. Melati itu seumur dengan Seri Mawar dan merupakan kawan baik kepada Seri Mawar. Tapi, aku tidak tahu sejauh mana kebaikan Melati itu pada Seri Mawar. Kata Suri, Melati itu talam dua muka. Dia selalu saja melihat kelakuan buruk Melati apabila Seri Mawar tidak ada bersama dengan perempuan itu. Depan Seri Mawar dia berkelakuan baik tetapi bila di belakang hanya Tuhan sahaja yang tahu. Melati itu dekat dengan Seri Mawar sebab dia juga mahukan perhatian daripada kaum lelaki.

Aku ada bertanyakan juga dengan Suri tentang sebab dia tidak mahu memberitahu kakaknya pasal kelakuan Melati. Tapi, Suri menjawab yang dia tidak mahu merosakkan persahabatan mereka berdua. Seri Mawar sayangkan Melati dan dia tidak sanggup melihat kakaknya itu terluka dengan perangai buruk temannya itu. Disebabkan itu jugalah dia sanggup mengikut kakaknya ke mana saja supaya kakaknya ini tidak diperdayakan oleh temannya itu.

Mail pula kekasih hati Seri Mawar. Mereka berdua sudah bercinta setahun lebih. Lelaki itu muda setahun daripada abang Nadim. Suri selalu ikut bersama jika kakaknya mahu berjumpa dengan Mail. Tidak lupa juga Suri memberitahu aku tentang hubungan Mail dengan Melati. Mereka berdua itu kawan baik sejak dari kecil lagi dan sejak dari dulu lagi keluarga mereka itu duduk berjiran.

Ingatan aku kembali pada nama Tengku Ryan Arjuna. Aku mahu tahu siapa lelaki itu. Kenapa Seri Mawar menolak permintaan keluarga Tengku yang mahu menjadikan dia sebagai menantu mereka?

Aku memandang Suri. Aku harap dia boleh beritahu aku serba sedikit tentang lelaki bangsawan itu. Dia tersenyum dan meneruskan ceritanya.

Suri memberitahu aku, hati Seri Mawar sudah terkunci buat lelaki yang bernama Esmail atau senang dikenali dengan nama Mail. Datanglah lelaki-lelaki dari keturunan apa pun, hati Seri Mawar tetap dengan Mail. Mail bercadang hendak memberitahu niatnya untuk menjadikan Seri Mawar sebagai isterinya tiga hari yang lepas tetapi niatnya terbantut kerana keluarga Tengku terlebih dulu datang bertandang ke rumah ini. Mereka menyuarakan hasrat hati mereka untuk bermenantukan Seri Mawar.

Pada hari keluaga Tengku Ryan Arjuna itu datang ke rumah, Seri Mawar tidak ada di sini. Dia keluar bersama dengan Melati. Seri Mawar juga sudah sedia maklum dengan niat Mail yang mahu datang ke rumah ini dengan niatnya untuk mendapatkan restu daripada keluarga Seri Mawar. Tapi, baru sahaja Mail hendak menjejakkan kaki ke anak tangga dia terdengar perbualan di antara keluarga Tengku dan juga keluarga Seri Mawar. Semua yang berlaku itu telah disaksikan oleh Suri sendiri yang sedang bersembunyi di sebalik tingkap biliknya yang berdepan dengan anak tangga beranda rumah.

Mail langsung tidak memberitahu apa-apa kepada Seri Mawar sehinggalah Seri Mawar sendiri yang mendapat tahu berita itu hari kelmarin. Dia marah dan terus melarikan diri keluar daripada rumah. Keluarganya langsung tidak mahu mendengar katanya. Kehilangan dia membuatkan satu kampung ini kecoh.

Tapi, apa yang terjadi selepas itu? Apa yang jadi pada Seri Mawar ketika dia berada di dalam kawasan hutan itu? Seingat aku lagi, ketika aku sedar aku sudah berada di dalam tubuh Seri Mawar. Pada masa itu, aku terasa tubuhku lemah seperti baru sahaja lepas dipukul oleh sesuatu. Aku juga perasan dengan benjolan yang ada di bahagian tepi kepala aku ini.

“Macam mana benjolan dekat kepala ni boleh muncul pula?” Tanya aku sendirian. Suri sudah pun keluar daripada bilik ini. Hanya aku seorang lagi yang duduk termangu di tepi tingkap memikirkan hal yang telah terjadi dan juga hal masa depan aku. Tidak mungkin aku akan tinggal di sini untuk selamanya? Aku harus cari jalan keluar. Aku tidak mahu tinggal lama di tempat asing ini. Tempat Ini bukanlah tempat aku. Ya, ALLAH bantulah hambaMu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience