BAB 51

Fantasy Completed 18480

SEPERTI yang dijanjikan. Hari ini aku dengan Aiz Hafizi akan berjumpa di tempat biasa. Tidak lupa juga makanan yang aku masak dan minuman untuknya. Aku tahu dia pasti rindu dengan masakan di dunia sana. Kali ini aku buatkan dia nasi lemak dan minuman teh madu. Abang Nadim dan Suri akan menemani aku hari ini. Mereka juga ada membawa makanan dan minuman bersama. Kata abang Nadim, lebih baik kami semua makan bersama-sama di sana nanti.

Kami bertiga disambut olehnya dengan senyuman manis yang terukir di wajahnya itu. Aku tahu dia tidak akan terkejut apabila aku datang bersama mereka berdua ini. Lagipun, dia itukan punya kelebihan untuk tengok masa depan dan masa lampau.

“Aiz, aku tahu kau belum makan lagikan?” Abang Nadim menebaknya. Aiz Hafizi garu belakang kepala.

“Ya. Aku tak sempat nak cari makan tadi.” Ujarnya.

“Abang Radin tidak usah risau. Kami bawakan makanan untuk abang Radin. Kita makan sama-sama, ya.” Kata Suri yang girang.


BERMACAM-MACAM jugalah topik yang dibualkan oleh kami berempat. Sekejap-kejap dia menghiburkan kami dengan silap mata yang dibuat olehnya. Surilah yang paling ceria di antara kami semua.

“Naura, kita ke sana sekejap.” Ajak Aiz. Aku angguk kepala dan meminta izin daripada abang Nadim.

“Jadi, kau dah buat keputusan?” Dia terus ke topik utama.

“Aku...” Aku mengerling ke arah mereka berdua yang sedang mengemaskan tempat makan kami tadi.

“Naura,”

“Huh,” aku memandangnya semula.

“Tengku Ryan Arjuna atau Tengku Rayyan Rehan?” Suaranya tegas.

“Kalau aku tak bagitahu pun kau memang dah tahu, kan? Lebih baik aku tak payah cakap.”

“Tak semua masa depan yang aku nampak itu betul. Niat dan rancangan yang kita buat ini, kan sentiasa berubah.”

“Ish, kau ni jangan putar belit bercakap boleh tak?” Marahku.

“Naura, kau kena ingat. Ini bukan dunia kita. Kau nak ke terperangkap selama-lamanya di dunia ini, huh?” Suaranya tegang.

“Siapa yang tak balik ke dunia asal. Tapi, ini soal hati dan perasaan. Kau juga yang suruh aku fikir siapa pilihan aku. Kalau aku sudah buat keputusan kau terima sajalah. Ada banyak lagi cara lain kalau nak ambil batu fatamorgana itu, kan?” Aku meninggikan suara.

“Dari cara kau cakap, kau memang pilih Tengku Ryan Arjuna, kan? Naura, kau merumitkan keadaan lagi kau tahu tak?!”

“Aku cinta dia, Aiz. Selama aku kenal Tengku Rayyan aku tak pernah pun anggap dia lebih daripada itu.”

“Kau tak anggap lebih daripada itu sebab kau bukan Seri Mawar!” Tengkingnya.

“Aiz, Naura! Mengapa kalian berdua bergaduh ini, huh?” Abang Nadim muncul.

“Nadim, aku rasa kau tak payah masuk campur dalam hal ni. Ini soal masa depan kami berdua.” Aiz Hafizi cuba memberi amaran.

“Masalah Naura masalah aku juga. Kau dah lupa ke yang Naura duduk dalam tubuh adik aku? Apa-apa pasal dia aku kena tahu.” Kali ini abang Nadim pula yang meninggikan suaranya.

“Baiklah. Kau boleh tahu tapi kau tak boleh halang keputusan yang aku buat nanti.”

“Keputusan apa?” Aku dengan Aiz Hafizi di pandang olehnya bersilih ganti. Kelihatan Suri masih lagi sibuk mengemaskan tempat makan kami tadi.

“Begini...”

“Aiz! Janganlah,” aku tidak mahu abang Nadim tahu.

“Kau diam. Kau kena ikut juga rancangan aku ini.” Dia menunding jari ke arah aku. Aku menggeram.

“Nadim, aku mahu dia kahwin dengan Tengku Rayyan Rehan.”

Abang Nadim terdiam.

“Lagipun, anak yang dia kandung itu adalah anak Tengku Rayyan.”

“Aku tahu, tapi...”

“Keluarga kau dan keluarga Tengku Ryan mahu mereka berdua bersatu, macam tu?”

“Ya...”

“Tak salahkan kalau aku setuju dengan permintaan meraka yang mahu jadikan aku menantu mereka? Aku dah jatuh cinta, Aiz. Aku cintakan Tengku Ryan!” Aku tidak kisah kalau abang Nadim mendengarnya. Aku tetap mahu Tengku Ryan Arjuna!

“Naura tak boleh kahwin dengan Tengku Ryan. Itu keputusan abang. Muktamad!”

Aku tercengang. Abang Nadim tidak menyebelahi aku pun.

“Abang Nadim. Bukankah abang dengan yang lain mahu Naura kahwin dengan dia? Kenapa abang ubah fikiran pula?” Aku undur setapak. Tidak percaya dengan apa yang aku dengar.

“Naura, cuba Naura fikir balik. Naura pentingkan diri tau tak?” Abang Nadim menyentuh bahuku. Aku mengetap bibir.

“Naura pentingkan diri? Huh?!” Aku tersenyum sinis.

“Bukankah abang dengan yang lain mahukan Naura dengan Tengku Ryan?” Aku beralih pula memandang Aiz Hafizi.

“Kau, Aiz. Kau juga yang suruh aku fikirkan semua ini. Kau mahu aku yakin dengan perasaan aku ini. Tapi, sekarang apa kau dah buat? Apa gunanya lagi perasaan yang aku simpan selama ini, huh?!”

“Naura, aku memang suruh kau fikir semua tu. Tapi, aku juga mahu kau fikir tentang Seri Mawar. Perasaan Seri Mawar. Kau dah lupa ke apa yang dia tulis di dalam diari dia tu, hah? Kau pun tahukan hal itu, Nadim?”

“Ya. Naura dah bagi aku baca diari tu dan dia juga beritahu aku tentang isi diari yang ada di dalam diari milik Tengku Rayyan Rehan.”

Aku terduduk. Sukar untuk aku membuat keputusan. Perutku mula terasa sakit. Mungkin sebab aku terlalu marah dan tertekan.

“Naura, bukan abang tak nak Naura kahwin dengan Tengku Ryan. Walaupun Naura bukan adik abang tapi abang sayangkan Naura. Naura tetap adik abang. Tapi, sekarang situasi berbeza. Naura bayangkan bagaimana perasaan Mawar bila kamu berdua sudah bertukar badan. Mesti dia terkejut yang suami dia bukan orang yang dia cintai, kan?”

Aku bodoh! Sudah kuberi amaran pada diri sendiri. Jangan jatuh cinta tapi sekarang apa sudah jadi?!

Aku mencengkam rumput dengan kasar, melepaskan marah pada tumbuhan hijau itu.

“Kalau kau kahwin dengan Tengku Rayyan Rehan, itu bermakna kau telah selesaikan semua masalah Seri Mawar.” Bicara Aiz Hafizi langsung tidak dapat memujuk aku.

Aku berdiri. Terasa lemah kakiku mahu mengorak langkah. Namun, aku gagahkan juga. Aku tidak mahu dengar apa-apa dari mulut mereka berdua itu.

“Naura,”

Aku tidak mempedulikannya. Aku terus meninggalkan mereka yang masih tercegat di situ.

“Kakak Naura!” Suri mengejar aku yang sudah jauh ke depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience