BAB 41

Fantasy Completed 18480

SEKEMBALINYA aku di pulau itu aku terus menuju ke tempat utama. Aku ingat lagi kata-kata Aiz Hafizi tentang pulau yang satu itu. Aku meniti jambatan. Dari tempat aku berjalan, aku nampak sebuah rumah kecil dan aku yakin ada rahsia yang di simpan di dalam rumah kecil tersebut.

Perutku terasa senak tapi aku teruskan juga perjalanan aku ke sana. Terpegun aku melihat kawasan di pulau ini. Berbeza daripada pemandangan pulau yang ada di depan itu. Aku mengamati lama rumah kecil yang berwarna coklat gelap itu.

Rumah kayu kecil ini berbentuk segi empat dan luasnya hanyalah seluas ruang tamu di rumah teres aku itu. Walaupun kecil tetapi rumah ini nampak cantik dan comel. Di setiap sisi rumah ini diukir dengan ukiran bunga yang pelbagai jenis.

“Terkunci?” Seluruh tingkap rumah ini juga terkunci. Aku melepaskan keluhan kecil. Kerusi kayu yang dihiasi dengan tumbuhan menjalar itu menjadi tempat untuk aku melabuhkan punggung. Aku mengesat keringat yang membasahi wajah.

Sedang aku menyejukkan badan, mataku tertancap pada benda yang ada di celah-celah batu yang berada di tepi tangga itu. Kilauan yang terpancar dari situ telah berjaya menarik aku ke sana.

“Kuncilah!” Laju aku mengambil kunci tersebut dan kemudian membuka pintu rumah itu.

“Yes!” Senyuman menghiasi wajah. Laju aku menapak masuk ke dalam rumah itu.

Kosong. Langsung tiada hiasan. Yang ada hanyalah dua buah kerusi rotan yang di susun di tepi tingkap dan ada meja kecil di tengahnya. Sebuah katil berada di hujung sudut rumah ini dan di tepinya ada dua buah almari kecil. Lama aku memandang almari tersebut. Hati kecil mengatakan bahawa ada rahsia yang di simpan di dalam almari tersebut. Lantas aku membuka kedua-dua almari itu dan tergamam.

“Diari!” Seperti yang aku jangkakan. Akhirnya, aku berjaya juga menjumpai apa yang aku hendak. Tapi...

“Yang satu ini kepunyaan Seri Mawar dan... diari yang satu lagi ini kepunyaan Tengku Rayyan Rehan?” Aku ingatkan kedua-dua diari ini milik Seri Mawar tetapi rupanya diari yang satu ini adalah kepunyaan Tengku Rayyan Rehan. Aku jadi bingung

Tapi, misi aku lebih penting sekarang. Aku harus membaca kedua-dua diari ini. Memandangkan hanya aku seorang sahaja berada di sini, lagi mudahlah aku hendak habiskan bacaan aku untuk hari ini. Aku buka diari milik Seri Mawar dan membacanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience