BAB 25

Fantasy Completed 18494

KEPALA aku terasa pening sebaik sahaja bangun daripada tidur. Apa tidaknya, selepas subuh tadi baru aku boleh terlelap mata. Inilah akibatnya kalau banyak berfikir. Entah apa lagi masalah yang akan timbul selepas ini.

“Hai, Seri!”

Buntang mataku melihat Melati di depan mata. Buat apa dia datang ke sini?

“Mengapa Seri seperti terkejut saja melihat saya?”

Setelah apa yang dia lakukan di belakang Seri Mawar, dia masih lagi boleh tersenyum manis seperti itu. Huh, dasar perempuan jahat! Hipokrit!

Aku menjelingnya. “Buat apa Melati datang ke sini?” Aku cuba menahan nada geramku. Pintu bilik ku tutup rapat.

“Saja hendak menjenguk Seri. Lagipun, sekarang ini kita berdua sudah jarang berjumpa. Saya rindu dengan teman baik saya ini.” Dia buat muka comel.

“Kita boleh saja berjumpa di luarkan? Mengapa sampai ke rumah Seri pula?” Intonasi aku sedikit berubah. Aku melangkah ke bahagian dapur. Dia membuntuti aku dari belakang.

“Err... Tidak bolehkah? Selalunya, Seri suka saja dengan kedatangan saya ini.”

“Kakak Mawar,” Suri muncul.

“Ya,”

“Kakak Mawar marilah kita keluar. Hari ini ada pesta Indera. Rugilah kalau kita tidak pergi ke sana.”

Pesta Indera? Pesta apakah itu? Aku memandang mereka berdua bersilih ganti sambil memikirkan jawapannya.

“Mengapa kamu bertiga tercegat di pintu dapur ini?” Abang Nadim muncul menegur kami bertiga. Masing-masing tersengih.

“Abang Nadim, hari ini ada pesta Indera. Jadi, Suri mahu mengajak kakak Mawar dengan kakak Melati pergi sana. Abang Nadim ikutlah sekali.” Kali ini Suri memujuk, mengajak abang Nadim pula.

“Abang ikutkan saja.” Dia tersenyum kemudian berlalu ke meja makan. Kelihatan umi Intan sedang menyiapkan sarapan.

“Suri, kita pergi sarapan dulu. Nanti saja kakak berikan jawapannya, ya.” Aku beralih pandang.

“Melati, marilah sarapan sekali.” Ajak aku dengan senyuman yang dibuat-buat. Sungguh, aku memang sakit hati dan jijik melihat perempuan ini. Kasihan Seri Mawar...

Mengapa Melati sanggup buat begini di belakang temannya sendiri? Aku tidak ada jawapannya. Aku tidak tahu sama ada Seri Mawar tahu atau tidak tentang hubungan dan perangai buruk teman baik dan kekasih hatinya ini.

Aku duduk bertentangan dengan Melati. Suri duduk di sebelahnya. Walid Adi terus duduk di kepala meja sebaik sahaja dia muncul di dapur.

“Mawar, mengapa adik abang ini diam saja? Mawar baik-baik sajakah?” Tegur abang Nadim. Aku hanya membalas dengan senyuman nipis dan meneruskan suapan.

Melati sibuk bercerita dengan Suri sementara aku pula sibuk membantu umi Intan membersihkan meja makan. Aku perasan yang abang Nadim sedang memerhatikan tingkah laku aku tapi aku buat tidak tahu.

“Intan, abang mahu keluar sekejap. Abang hendak pergi ke kebun buah.”

“Kebun buah?!” Laju aku berpaling apabila nama ‘buah’ itu di sebut. Dalam fikiran aku sekarang ini aku teringin hendak makan buah rambutan. Tapi, adakah buah itu di dunia seperti ini?

“Mengapa Seri seperti teruja saja bila walid hendak pergi ke sana?” Berkerut wajah orang tua itu.

“Err... walid, bolehkah Seri ikut walid pergi ke kebun buah? Seri sudah lama tidak ke sana. Seri teringin pula hendak pergi hari ini.” Pintaku.

Aku terkejut apabila umi Intan dan walid Adi mendekati aku. Bola mata kedua orang tua ini sekejap besar dan sekejap kecil.

“Seri salah cakapkah?” Aku menjauh sedikit.

“Seri ini sihatkah atau sakit?” Tanya umi Intan.

“Se... Seri mestilah sihat. Mengapa pula umi tanya soalan pelik seperti itu?”

“Iyalah. Manalah tahu kalau Seri masih sakit lagi. Selama ini Seri tidak pernah ke kebun buah walid itu. Selalunya, abang Seri itu saja yang ikut walid ke sana.”

“Err...” Kesilapan lagi. Mahu saja aku ketuk kepala aku ini. Ini bukan dunia kaulah, Naura Athifa. Kalau aku di sana, aku selalu tolong atuk aku di kebun buah dia.

“Tidak apalah walid. Walid bawa saja Seri ke kebun buah itu. Saya pun akan ikut sekali dengan walid.” Abang Nadim mencelah.

“Hmmm... Baiklah.”

“Tapi... Bagaimana pula dengan pesta itu?” Suri pula yang tidak berpuas hati. Melati ada di belakangnya.

“Tidak mengapa. Suri dengan Melati pergi dulu. Abang dengan Mawar akan menyusul nanti.” Kata abang Nadim memberi kata putus. Suri angguk lemah.


TERUJA sungguh aku melihat kebun buah walid Adi ini. Tapi... Aku juga geram kerana Tengku Ryan Arjuna ada bersama. Ish! Dia ini selalu sahaja mengacau hidup aku. Bila aku hendak seronok sikit mesti lelaki ini datang mengacau aku. Aku menayang wajah tidak puas hati.

“Sudah-sudahlah dengan muka ketat itu.” Tegurnya. Sejak dari tadi lagi dia ini tidak mahu berenggang dengan aku. Asyik nak melekat saja.

“Macam mana Seri hendak tunjuk muka gembira kalau Tengku Ryan...”

“Tengku Ryan?” Dia memandang aku dengan senyuman sengetnya.

Jantungku berdebar. “Seri salah cakapkah?” Aku undur setapak ke belakang.

Dia ketawa. Mujurlah kami jauh daripada walid Adi dan juga abang Nadim yang sedang memerhatikan pokok-pokok buahan tersebut.

“Saya beri amaran kepada Seri.” Senyumannya membuatkan aku cuak.

“A... amaran apakah?”

“Nama saya.”

Aku sedikit berkerut. “Mengapa dengan nama Tengku Ryan Arjuna itu? Ada masalahkah? Tengku tidak suka dengan nama tengku itu?” Soalan-soalan aku itu membuatkan dia menggeram dengan aku.

“Seri ingat saya tidak tahukah yang Seri panggil sepupu saya itu dengan panggilan abang.”

Aku telan liur. Aku rasa aku boleh agak apa yang dia hendak bicarakan kepada aku.

“Jadi...” Mulutku terkatup rapat. Berat pula mulutku untuk meneruskan bicara. Leretan senyumannya itu membuatkan aku sedikit seram.

“Kanda Arjuna.”

“Huh?!” Terbeliak aku mendengar perkataan itu. Geli pun ada. Aku tidak suka!

“Panggil saya dengan panggilan itu.”

“Seri tidak mahu!” Lantas aku menjauhkan diri darinya.

Dia berpeluk tubuh. “Tidak mahu, ya?” Dia menghampiri aku semula.

“Kalau Seri tidak mahu baiklah. Saya akan suruh orang-orang saya musnahkan kebun buah ini.”

Aku menggeram.

“Kalau itu yang Tengku Ryan mahu lakukan, silakan. Seri akan beritahu walid yang Tengku Ryan ini jahat.” Kalau dia mahu lawan, aku pun mahu lawan juga. Dia ingat aku ini perempuan yang senang tunduk dengan lelaki ke? Huh! Aku senyum sinis.

Dia renggah ketawa menyebabkan walid Adi dan abang Nadim datang ke arah kami. Aku tidak takut. Aku akan beritahu mereka yang dia ini berniat jahat.

“Mengapa kau ketawa seperti orang gila ini Ryan?” Tanya abang Nadim.

“Abang Nadim, sebenarnya Tengku Ryan Arjuna ini jahat orangnya. Dia berniat mahu memusnahkan kebun buah walid.” Beritahu aku.

Walid Adi geleng kepala. Dia kemudian berlalu pergi meneruskan kerjanya semula. Aku tercengang. Walid Adi boleh pergi macam itu saja?!

“Seri... Seri,” Abang Nadim turut sama mentertawakan aku.

Aku pelik tambah geram. “Mengapa abang Nadim ketawa?” Aku meninggikan sedikit suara.

“Seri, Tengku Ryan ini memang begini. Dia suka mengugut orang dengan cara begitu. Dia ini bercanda sajalah.” Abang Nadim mengosok-gosok kepalaku sebelum beredar ke tempat walid Adi.

Aku mendengus. Aku mengerlingnya dengan tajam.

“Cepat. Saya hendak dengar Seri panggil saya dengan panggilan itu. Apapun yang Seri lakukan tidak mungkin dapat mengalahkan saya tahu.” Dia tersenyum menang.

Aku diam. Aku tetap tidak mahu. Geli aku hendak memanggilnya dengan panggilan kanda. Wekk!!

“Lekaslah,” gesanya.

Aku menjulingkan mata ke atas. “Dalam mimpi sajalah.” Aku menjelirkan lidah. Laju aku melangkah ke arah walid Adi dan abang Nadim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience