BAB 40

Fantasy Completed 18480

AKU tersedar daripada pengsan. Bau-bauan herba menusuk hingga ke rongga hidung aku. Perlahan-lahan aku membuka mata dan melihat kawasan sekeliling aku. Aku bukan berada di rumah Seri Mawar.

“Di manakah tempat ini?” Rumah ini nampak kecil sahaja. Di atas siling tergantung pelbagai jenis herba dan ada juga beberapa jenis haiwan yang telah di awet.

“Cucu sudah sedar, ya.” Tegur seorang nenek. Dia tersenyum kepada aku. Wajah tua itu masih lagi kelihatan cantik dan tubuhnya masih lagi bertenaga walaupun sudah dimamah usia. Hanya rambut hitam itu sahaja yang sudah bertukar putih. Rambutnya di sanggul cantik dan dihiasi bunga kemboja putih di tepinya.

“Maafkan saya nenek. Saya sekarang berada di mana?” Sopan aku bertanya.

“Cucu ada di rumah nenek. Nenek ini tabib di kampung Indera ini. Rumah ini untuk merawat orang yang sakit seperti cucu Seri ini.”

“Nenek tahu nama saya?” Aku sedikit berkerut. Dia menyimpul senyuman.

“Nenek tahu daripada bakal suami cucu Seri.”

“Huh?” Tengku Ryan Arjunakah? Dia yang bawa aku ke sinikah?

“Si... siapa pula bakal suami Seri ini?” Memori terakhir aku sebelum pengsan tadi itu adalah di kawasan tasik, tempat persinggahan Seri Mawar. Selepas itu, Mail dengan empat orang pengacau itu mahu memperkosakan aku. Kemudian Tengku Rayyan Rehan datang menyelamatkan aku.

Err... Hanya dia seorang sahaja yang datang selematkan aku ketika itu, kan? Bila aku fikir semula bakal suami aku itu Tengku Ryan Arjuna dan bukannya sepupunya. Dia datang selamatkan aku jugakah tadi?

“Orang yang bawa cucu Seri ke sini itu Tengku Rayyan Rehan. Dia sendiri cakap, dia adalah bakal suami cucu Seri dan bapa kepada anak yang cucu Seri kandungkan sekarang ini.”

“Hah?!” Mataku terbeliak. Bungkam. Terkejut besar mendengar berita tersebut. Aku mengandung?! Biar betul!

“Se... Seri benar-benar mengandungkah?” Aku meminta kepastian. Aku harap nenek ini sekadar bergurau dengan aku. Kalau mereka berlima sudah memperkosa aku, tidak mungkinlah aku mengandung secepat ini. Daripada mana pula datangnya anak dalam kandungan ini? Aku betul-betul tidak tahu akan hal ini pun.

Pertama kali aku berada di dunia ini aku memang tidak merasakan apa-apa kecuali rasa sakit pada kepala aku ini. Sepanjang keberadaan aku di sini aku memang menjaga diri. Aku sungguh tidak percaya.

“Ya, cucu Seri. Cucu Seri sudah mengandung tiga bulan lebih. Cucu Seri tidak tahukah?”

Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala. Aku menunduk. Tanganku menyentuh bahagian perut. Di dalam ini sudah ada benih rupanya.

“Rehatlah. Sekejap lagi Tengku Rayyan Rehan datang.” Beritahu nenek itu sebelum dia beredar untuk membuat kerja lain.

Aku masih terkaku di atas katil. Fikiran aku begitu serabut sekarang ini. Mahu gila aku dibuatnya. Ada sahaja masalah dan kejutan yang aku terima. Aku menarik nafas dan cuba untuk bertenang.

Tadi, nenek itu beritahu yang Tengku Rayyan Rehan itu adalah bakal suami aku. Mengapa nenek itu berkata demikian? Atau... Mungkin juga Tengku Rayyan itu berkata benar? Anak dalam kandungan ini adalah anaknya. Tapi...

Akibat berfikir banyak, sakit kepala menyerang aku semula. Tekak aku mula terasa loya. Aku mahu muntah.

“Cucu Seri tidak apa-apakah?” Dia bertanya apabila melihat aku menyentuh leherku. Aku cuba untuk menyimpul senyuman namun rasa untuk muntah itu terlalu kuat. Lantas aku turun dari katil dan berlari ke bilik air. Aku memuntahkan segala isi di dalam perut.

Selesai urusan di bilik air, aku kembali ke katil semula. Terkejut aku apabila Tengku Ryan Arjuna muncul di depan aku. Aku mula cuak. Dia tahukah yang aku ini sedang mengandung? Apa perlu aku lakukan sekarang ini?

Tengku Ryan Arjuna mendekati aku. Kedua-dua tangannya menyentuh bahu aku. Pandangannya begitu mendalam. Aku telan liur.

“Teng... Tengku Ryan...”

“Dinda, dinda tidak apa-apakah?” Dia meminta kataku.

“Seri baik-baik saja. Tidak usahlah Tengku Ryan risau dengan Seri.” Aku cuba bereaksi bersahaja.

“Bagaimana Tengku Ryan tahu Seri ada di sini?”

“Sepupu kanda yang beritahu dinda ada di sini. Kandungan dinda...” Terus dia menutup mulut. Dia menjarakkan kedudukan kami.

“Tengku Ryan Arjuna tahu yang Seri mengandung?”

Dia senyap.

“Tengku Ryan jawablah. Jawablah!” Aku menggesanya.

Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala. Aku terkesima. Dia tahu!

“Dinda, kita kahwin, ya. Kanda akan bertanggungjawab untuk segalanya. Kanda janji.” Dia menggenggam tanganku.

“Bertanggungjawab? Apa maksud Tengku Ryan, huh? Tengku Ryan tahukah siapa bapa anak dalam kandungan ini?” Sinis aku bertanya.

“Tengku Ryan jawablah soalan Seri.” Aku mendesaknya.

“Cucu Seri, anak dalam kandungan cucu Seri itu adalah anak kepada Tengku Rayyan Rehan. Dia sudah menceritakan hal yang sebenar kepada nenek tadi.” Tiba-tiba nenek itu mencelah dan memberitahu perkara sebenar. Aku menggeram. Aku tidak suka dengan keadaan begini.

“Tengku Rayyan Rehan mana? Dia di mana, hah?!” Nadaku naik satu oktaf. Nenek itu tertunduk takut melihat wajah aku yang sudah bertukar bengis.

“Baiklah. Kalau Tengku Ryan tidak mahu beritahu Seri, Seri akan cari sendiri!” Aku terus meninggalkan mereka. Aku perlu cari kebenarannya. Saat itu juga perbualan abang Nadim dengan Tengku Ryan Arjuna berlegar-legar di kepala aku ini. Diselang-selikan lagi dengan kata-kata Aiz Hafizi tentang pulau itu.

“Pulau?” Ya, dia pernah cakap hanya tunggu masa sahaja dan masa itu pasti akan datang. Aku rasa inilah masanya. Jawapan itu pasti ada di dalam pulau itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience