BAB 28

Fantasy Completed 18494

SELEPAS Mail melarikan diri, aku dengan Tengku Rayyan Rehan berjalan-jalan di sekitar pesta Indera itu semalam. Teruja dan gembira itulah perasaan aku apabila bersama dengannya. Macam-macam benda yang Tengku Rayyan Rehan belikan untuk aku. Aku rasa selesa pula apabila bersama dengannya. Abang Nadim dengan yang lain sudah tidak aku peduli lagi semalam.

Aku selesai mengemas bilik tidur. Aku keluar dari bilik dan menuju ke bahagian dapur. Teringin pula aku hendak makan cucur udang. Aku terus mencari bahan-bahan untuk membuat cucur udang. Hari ini aku adalah orang yang paling awal bangun dan apa salahnya aku sediakan sekali sarapan untuk mereka.

“Seri nampak gembira saja hari ini.”

Terkejut aku dengan kehadiran abang Nadim yang sudah berdiri di sebelah aku ini. Aku mengukir senyuman.

“Mestilah Seri gembira. Takkanlah Seri hendak bersedih pula.” Aku meneruskan lagi kerja aku itu.

“Cantik rantai Seri. Seri belikah atau ada orang lain yang belikan untuk Seri?”

Aku tersentak. Aku pun baru perasan rantai bunga yang aku pakai ini. Boleh pula aku lupa dengan hadiah pemberian Tengku Ryan Arjuna ini. Aku tersengih.

“Rantai ini orang lain yang belikan untuk Seri.” Jawab aku jujur. Tapi, aku tidak mahulah abang Nadim tahu siapa orang itu. Abang Nadim hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja. Selepas itu kami berdua senyap.

Kadang-kadang aku rasakan yang abang Nadim ini ada menyimpan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Aku mahu bertanya tapi mulut ini berat untuk mengerluarkan soalan-soalan tersebut.

SARAPAN telah aku sediakan. Semua sudah berkumpul di ruang makan ini. Masing-masing mengambil hidangan. Aku yang dari tadi kecur liur melihat cucur udang itu terus melahapnya.

“Se... Seri,”

Terhenti suapanku. Aku memandang umi Intan. “Ya, umi.”

“Seri sukakah dengan cucur udang itu?” Tanya umi Intan. Aku laju mengangguk.

“Tapi... Bukankah kakak Mawar tidak sukakan kuih itu?” Sampuk Suri pula.

“Err... Seri ada cakapkah yang Seri ini tidak suka dengan kuih ini?”

Riak risau mula kelihatan di wajah Suri itu. Mulutnya digerak-gerakkan. Matanya masih fokus dengan aku. Aku rasa dia seperti hendak beritahu aku sesuatu.

“Mengapa Suri pandang kakak Suri macam itu? Macam hendak makan orang saja.” Walid Adi perasan dengan tingkah laku anak bongsunya ini.

“Mana ada Suri pandang kakak Mawar macam itu. Walid ini salah faham saja.” Dia tersengih.

“Saya sudah kenyang.” Kami serentak memandang abang Nadim.

“Kamu semua makanlah dulu. Saya mahu keluar.” Dia terus berlalu pergi. Aku perasan wajahnya itu kurang ceria. Abang Nadim betul-betul ada masalahkah?

Hilang kelibat abang Nadim, muncul pula Tengku Rayyan Rehan dari pintu dapur. Semua terkejut.

“Abang Rayyan! Apa hajat abang tiba-tiba datang ke sini?” Tanya Suri. Aku hanya menyimpul senyuman apabila matanya memandang ke arah aku.

“Err... Abang datang sini hendak berjumpa dengan Seri.” Dia tersenyum ke arah aku. Aku tersipu malu.

“Oh, kalau begitu duduk dulu. Kita sarapan sama-sama, ya.” Ajak walid Adi. Umi Intan juga menyokong kata walid Adi.

Tengku Rayyan Rehan mengambil bekas tempat duduk abang Nadim tadi. Suri dari tadi tersenyum-senyum melihat Tengku Rayyan Rehan. Tengok dari wajah budak remaja ini mesti dia ada hati dengan Tengku Rayyan Rehan ini.

“Hah, Seri. Hulurkan piring berisi cucur udang itu kepada Tengku Rayyan Rehan.” Arah umi Intan. Aku menurut kata.

“Eh, tidak mengapalah mak cik. Seri tidak usahlah beri saya cucur udang itu.” Tolak Tengku Rayyan Rehan lembut.

“Abang Rayyan tidak sukakah dengan kuih itu?” Tanya Suri.

“Bukan tidak suka, Suri. Kuih ini memang kegemaran abang. Cuma, sekarang ini tekak abang tidak rasa hendak makan kuih ini.” Beritahunya.

Tiba-tiba walid Adi ketawa.

“Mengapa abang Adi ketawa?” Tanya umi Intan, pelik.

“Abang rasa lucu dengan mereka berdua ini, Intan. Yang satu itu tidak suka dengan kuih ini tapi, hari ini dia makan dengan gelojoh pula. Yang satu pula kata sukakan kuih ini tapi tidak ada selera pula.” Walid Adi geleng kepala. Aku dengan Tengku Rayyan Rehan hanya tersengih.

Selesai bersarapan dan mengemas meja, aku dengan Tengku Rayyan Rehan meminta diri untuk keluar sekejap. Tengku Rayyan Rehan sebenarnya hendak membawa aku ke satu tempat. Aku ikutkan sahaja kehendaknya itu.

“Seri Mawar!” Seseorang melaung namaku dari jauh.

“Kakak Orked!” Aku tersenyum.

“Mengapa kakak Orked?”

“Bolehkah Seri tolong kakak dengan yang lain? Pak Ajis keluar kota sekejap. Katanya ada urusan.” Beritahu kakak Orked.

Aku memandang Tengku Rayyan Rehan, meminta pendapatnya.

“Tidak lama. Sekejap saja. Tolonglah, ya?” Kakak Orked membuat muka comel memujuk aku.

“Baiklah.” Bukan aku tapi sebaliknya Tengku Rayyan Rehan yang memberikan keputusan.

“Terima kasih, Tengku Rayyan Rehan!” Ucap kakak Orked. Bukan main gembira lagi dia. Aku jungkit bahu. Tangan aku terus di tarik olehnya menuju ke kedai makan Pak Ajis. Tengku Rayyan Rehan juga ikut serta dengan kami.

Sebaik sahaja menapak masuk ke kedai makan tersebut, kelibat empat orang yang sering menjadi pengacau di kedai makan Pak Ajis ini terus melarikan diri. Seperti lipas kudung mereka apabila melihat Tengku Rayyan Rehan muncul. Aku ketawa. Tahupun takut.

“Ish, Seri ini. Tidak baik ketawakan mereka itu.” Tegur Tengku Rayyan Rehan kepadaku. Aku tersengih.

“Maaflah.” Kataku dengan senyuman kecil. Aku terus berlalu ke bahagian dapur dan meninggalkan sekejap lelaki itu di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience