BAB 66

Fantasy Completed 18494

HARI berganti hari dan aku masih lagi tidak dapat memasuki bilik tersebut kerana Tengku Rayyan Rehan selalu ada bersamaku. Aku juga pelik dengan perangai dia sekarang. Dia lagi berwaspada berbanding sebelumnya. Kekadang aku rasakan dia ini sudah mengetahui apa yang berlaku npada diriku ini.

“Dinda hendak ke mana?”

Aku baru selangkah keluar dari rumah dia sudah bertanya.

“Dinda mahu ke tempat Suri. Imah ikut sekali.” Beritahuku. Suri ada memberitahu aku dua hari lepas yang mereka masih mahu tinggal lama di Kota Puspaloka ini dan masih menginap di kediaman keluarga Tengku Rayyan Rehan.

“Tidak usahlah. Lagipun, kanda tidak mahu ada apa-apa berlaku pada adinda nanti.” Dia mengusap pipiku.

“Kanda janganlah risau. Imah ada dengan dinda. Lagipun, dinda bukan pergi mana-manapun. Dinda ke rumah mentua dinda, keluarga kanda juga.” Aku senyum kecil. Wajahnya masih tidak berubah. Riak risau jelas terpancar di wajah kacak itu.

“Gula-gula sakti yang kanda bagi itu sudahkan adinda makan?”

Soalan ini selalu diajukan kepada aku. Hal ini menguatkan lagi andaian aku bahawa dia tahu sesuatu tentang aku.

“Ya.”

“Baiklah. Kanda izinkan adinda pergi. Lagipun, kanda mahu menjenguk kandang kuda kanda itu.”

Aku tersenyum senang. Akhirnya, aku dapat juga keluar rumah.

“Jaga kandungan adinda itu, ya.”

Aku angguk. “Terima kasih kanda.” Aku terus keluar rumah. Imah sudah menungguku di bawah.

SEPANJANG perjalanan ke rumah mentua, aku rasa tidak sedap hati. Seperti ada yang memerhatikan aku. Aku memandang kawasan sekitarku.

“Cik puan, tidak apa-apakah? Saya tengok cik puan risau saja.” Tegur Imah.

“Saya rasa lainlah, Imah. Saya tidak sedap hati.” Luahku.

“Perut cik puan sakitkah? Mahu saya carikan tempat untuk berehat?” Laju dia menyoalku.

“Tidak usahlah. Lebih baik kita cepat.”

“Tidak boleh cik puan. Kalau laju sangat berjalan nanti beri kesan pada kandungan cik puan itu.” Dia menegahku.

“Tidak apa. Cik puan berehat dulu dekat kedai makan sana sementara saya cari orang yang boleh tolong hantarkan kita ke rumah Tengku Adika, ya?”

Risau betul orang gaji aku ini.

“Tidak payahlah Imah. Bukan jauh rumah mentua saya itu.”

Dia geleng kepala. “Tidak boleh cik puan. Saya takut nanti kandungan cik puan ada masalah kalau kita cepat berjalan.”

Aku diam. Berfikir.

“Cik puan tunggu sini, ya? Jangan pergi mana-mana selagi saya tidak sampai.” Dia terus membuat keputusan dan laju meninggalkan aku di salah satu kedai makan.

“MANALAH si Imah ini?” Aku menggerutu. Perutku usap sambil mencari kelibat orang gajiku.

“Dia ada di sini. Apa kita hendak buat?”

Aku pasang telinga apabila lelaki di belakang aku ini sedang bercakap.

“Kau pastikah dia orangnya?”

“Pasti. Lagipun, kalung ini bercahaya dan itu menunjukkan dia bukan dari sini.”

Aku telan liur. Aku yakin mereka yang berada di belakang aku ini sedang bercakap tentang aku. Aku rasakan yang mereka itu adalah orang-orang Agis.

“Perlukah kita bertindak sekarang?”

“Jangan terburu-buru. Tunggu orang gaji dia datang dulu. Lepas itu, kita bawa mereka berdua terus ke sana.”

“Tapi, kenapa perlu bawa sekali orang gaji dia itu?”

“Biar mereka berdua dihapuskan sekali. Aku tidak mahu orang gaji itu menghebohkan hal ini kepada suami perempuan itu dengan yang lain. Biar orang lain tahu kehilangan dia tetapi jangan sampai mereka tahu yang kita bawa lari perempuan ini.”

Tubuhku berkeringat. Takut mula menguasai diriku. Bagaimana aku hendak melarikan diri dalam keadaan begini?

Aku terus memasang telinga. Tiba-tiba kedai makan menjadi sibuk. Ramai pelanggan menyerbu ke sini. Ini peluang aku untuk melarikan diri. Aku harap lelaki-lelaki tadi tidak menjejaki aku.

Perutku terasa tegang akibat berlari. Aku menoleh ke belakang dan ternyata mereka sedang mencari aku. Kalung yang mereka pegang itu masih bernyala. Itu bermakna mereka masih boleh menjejaki aku. Mahu atau tidak aku terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri. Aku harap mereka tidak terserempak dengan orang gaji aku itu.

Aku berhenti berehat di belakang pokok besar. Orang-orang Agis semakin ramai mencari aku.

“Apa aku nak buat ni? Aku dah tak tahan.” Perutku terasa sakit. Rasa mahu pengsan pun ada.

“Sini!”

Aku terkesima. Entah dari mana Tengku Ryan Arjuna muncul dan menarik aku mengikut langkahnya.

“Tengku Ryan, Seri tidak tahan.” Pandanganku pitam.

“Sabar, dinda. Sekejap lagi kita sampai. Bertahan.”

Aku geleng kepala. Aku betul-betul mahu pengsan sekarang ini. Saat mata tertutup aku terasa tubuhku di angkat. Aku memeluk lehernya dengan erat. Dia terus berlari tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience