BAB 48

Fantasy Completed 18480

WAJAH dua orang lelaki itu bermain-main di mindaku. Ini semua pasal si Aiz Hafizi itulah. Aku mengiring ke sebalah.
Nasib baiklah semalam ada abang Nadim dengan Suri. Kalau tidak, teruk aku di marah oleh umi Intan lagi. Walid Adi ada juga menegur aku sebaik sahaja dia pulang dari kebun buahnya petang tadi. Walid Adi menegurku dengan cara yang lembut berbanding umi Intan. Terpujuk juga hati aku ini.

Aku tidak kisahlah kalau geng si Taji mahupun si Mail itu mencanang aku di kampung ini. Kalau aku terjumpa dengan mereka, tahulah apa aku hendak buat nanti.

Aku mengeluh untuk sekian kalinya.

“Siapa yang harus aku pilih?” Aku menyentuh dada. Hati aku berbelah bagi. Bukan mudah untuk menempuh alam perkahwinan ini.


KEDAI MAKAN PAK AJIS menjadi tempat singgahan aku sekejap. Aku sudah meminta keizinan daripada umi Intan untuk keluar sekejap. Mujurlah ada abang Nadim untuk memujuk umi Intan. Dapatlah juga aku keluar rumah hilangkan tekanan ini.


AKU senyum, tidak dibalas. Aku menyapa, mereka larikan diri pula. Di belakang aku bukan main lagi mereka bergosip. Padahal, bukan betul pun informasi yang mereka terima itu. Pandangan-pandangan sinis di sekeliling aku ini aku buat tidak tahu sahaja. Tenang. Jangan mudah melatah dengan sikap orang sebegini.

Aku menyergah kakak Orked dari belakang. Ternyata dia terkejut dengan kehadiran aku ini. Belum pun aku buka mulut dia sudah menarik aku ke bahagian dapur. Pak Ajis yang perasan dengan kehadiran aku ini turut sama menyertai kami.

Di luar bahagian belakang kedai makan Pak Ajis ini ada sebuah pondok kecil tempat untuk beristirahat. Kami bertiga melabuhkan punggung di situ.

“Seri, apa sudah jadi ini? Semua orang kampung duduk mencanang kamu. Apa, memang benarkah khabar yang pak cik dengar itu?”

“Ya, Seri. Sakit hati kakak ini dengar mereka mengata kamu begitu. Kakak yakin Seri bukan orang seperti itu.” Kakak Orked mengusap lembut tanganku. Aku tersenyum nipis.

“Terima kasih, kakak Orked kerana percayakan Seri.” Aku berpaling wajah.

“Pak Ajis, kakak Orked. Apa yang mereka katakan itu semuanya tidak benar. Ini semua kerja Mail, Taji dan kawan-kawan dia. Mereka yang buruk-burukkan Seri.”

“Mail pun masuk sekali?” Dia terkejut.

Aku angguk perlahan.

“Setahu pak cik, Taji dengan tiga orang kawan dia itu saja yang selalu mengusik kamu.”

“Sebenarnya, Mail itu bekas kekasih Seri. Kami berdua baru sahaja putus.” Aku berterus terang. Kedua-duanya tercengang.

“Tapi, kami berdua tidak pernah melakukan maksiat. Apa yang orang-orang kampung cakap pasal Seri dengan dia itu adalah fitnah semata-mata.” Aku menyakinkan mereka berdua.

“Seri Mawar.”

Serentak kami bertiga berpaling ke arah suara tersebut.

“Eh, Tengku Ryan Arjuna.” Segera Pak Ajis dengan kakak Orked berdiri dan sedikit membongkok tanda hormat kepada lelaki bangsawan yang berdiri di depan mereka ini.

“Tengku Ryan Arjuna buat apa dekat sini?” Soal kakak Orked.

“Saya datang hendak jemput Seri Mawar.”

Laju tangan kakak Orked menarik dan menolak aku ke tempat Tengku Ryan Arjuna. Apa lagi, ketawalah dia. Aku buat muka.

Kakak Orked dengan Pak Ajis bukan main lagi tersengih-sengih.

“Kami minta diri dulalah. Sebelum saya terlupa,” Tengku Ryan Arjuna berpaling semula.

“Jangan percaya dengan cerita-cerita yang disebarkan oleh lima orang itu, ya. Semua itu tidak betul. Lagipun, saya kenal sikap dan perangai bakal isteri saya ini.”

“Tengku Ryan Arjuna tidak usahlah risau.” Kata Pak Ajis. Masing-masing membalas senyuman sebelum Tengku Ryan Arjuna membawa aku pergi daripada situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience