BAB 10

Fantasy Completed 18494

BENCI sungguh aku bila rancangan aku gagal. Aku sudah hampir ke sana tadi tetapi di gagalkan oleh adik bongsu si Seri Mawar ini pula. Rupanya, Suri mengintip aku sejak aku keluar rumah subuh tadi.

“Mengapa kakak Naura mahu ke sana semula?” Suaranya garang tapi aku berlagak tenang.

“Kakak mahu pulang. Kakak mahu kembali ke dunia kakak. Di sini bukannya tempat kakak.” Jawabku tanpa memandang ke arahnya.

“Bagaimana harus kakak Naura pulang ke dunia kakak sedangkan tiada apa-apa di sana?”

“Ya, memang tidak ada apa-apa di sana. Tapi, kalau kakak berusaha untuk mencarinya pasti benda itu ada di sana.” Aku tidak mahu mengalah dengan budak remaja ini. Aku mengorak langkah namun Suri menghalangku.

“Kakak Naura tidak payahlah hendak ke sana lagi. Tolonglah kakak...” Pujuknya. Aku diam. Aku tidak boleh termakan pujukan ramaja perempuan ini.

“Kakak... pasti ada hikmah semuanya ini berlaku. Suri percaya pasti ada sebabnya sendiri mengapa kakak Naura dengan kakak Mawar bertukar jiwa.” Nadanya berubah tenang semula.

Aku melepaskan nafas berat. Aku memandangnya sekejap dan kemudian berpaling ke arah lain. Bertukar jiwa? Sampai ke hari ini aku masih tidak tahu apa sebabnya aku di sini.

“Tapi, kakak rindu keluarga kakak. Ini bukan tempat yang sesuai untuk kakak, Suri. Kakak mahu pulang. Bagilah kakak pergi ke sana...” Aku merayu. Dia geleng kepala, kemudian menarik tanganku.

“Kita pulang sajalah kakak Naura. Kita pergi dari sini sebelum orang kampung datang mencari kita.” Ujarnya.

“Suri...” Aku mahu memujuknya lagi tapi dia berkeras juga hendak membawa aku pergi dari sini.

Berat rasanya hati ini hendak pulang ke rumah itu. Berat lagi hati ini untuk menerima bebanan yang ada di sini. Segala masalah Seri Mawar aku kena hadapi. Apakah memang Seri Mawar ini punya masalah di sini?

Aku hanya mendiamkan diri sahaja apabila Suri bersuara. Langsung tidak terdetik di hatiku untuk membalas bicaranya. Fikiranku melayang ke dunia yang satu. Sungguh, aku rindukan mereka yang berada di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience