BAB 52

Fantasy Completed 18494

SEHARIAN aku mengurungkan diri di dalam bilik. Aku hanya keluar apabila hendak makan dan pergi ke bilik air sahaja. Puas umi Intan dan walid Adi menyoal aku tetapi aku tetap mengunci mulut. Sungguh, hati aku terluka dengan semua yang berlaku pada diriku.

Malam itu aku menangis teresak-esak. Bayangan Tengku Ryan Arjuna dan Tengku Rayyan Rehan muncul silih berganti. Aku buntu!

Aku jatuh cinta dengan Tengku Ryan Arjuna. Tapi, kenapa aku harus berkahwin dengan Tengku Rayyan Rehan? Aku tidak cintakannya. Aku hanya menganggapnya kawan dan tidak lebih daripada itu.

Pantas diari Seri Mawar kuambil dan kuselak satu-persatu helaian kertas itu. Sebenarnya, aku tidak habis membacanya lagi. Tempat yang aku tidak habis baca itu aku sudah lipat dua dan kukepit dengan sepit rambut. Hari itu, aku tidak tahulah sama ada abang Nadim ada membuka helaian-helaian kertas yang aku sepitkan dengan sepit rambut ini atau pun tidak.

Lampu bilik kututup dan aku buka lampu meja. Sepit rambut aku buka dari helaian-helaian kertas itu dan meneruskan pembacaan yang tergendala sejak tempoh hari.

Dia disukai oleh ramai lelaki. Namun, hatinya pada Mail. Tapi, perasaan itu tidak bertahan kerana dia telah jatuh cinta dengan Tengku Rayyan Rehan. Seri Mawar buntu dengan perasaan sendiri.

Dia tidak dapat membuat keputusan. Dia mahukan Tengku Rayyan Rehan tapi hatinya masih tidak boleh melepaskan Mail walaupun lelaki itu sudah melukakan hatinya. Sehinggalah dia perasan akan perubahan dirinya.

“Ya, Seri Mawar tahu dirinya sedang mengandung dan dia tahu siapa pelakunya.” Aku mendongak ke siling dan melepaskan keluhan berat.

Dia sedaya upaya menyembunyikan dirinya yang berbadan dua itu. Semakin hari perasaannya pada Mail semakin hilang. Apa yang berlaku sebelum aku dengan dia bertukar jiwa, dia dengan Mail bergaduh. Mail mahu membuktikan yang dia masih cintakan Seri Mawar dan sebab itulah Mail pergi ke rumah untuk berjumpa umi Intan dan walid Adi. Dia datang dengan niat mahu meminta restu dan berbincang tentang perkahwinannya dengan Seri Mawar. Tapi, nasib tidak menyebelahi Mail kerana keluarga Tengku Ryang Arjuna terlebih dahulu datang bertandang ke rumah.

Seri Mawar cuma mahu mencabar Mail. Dia mahu lihat sejauh mana cinta lelaki itu kepadanya. Tapi, tidak sangka pula lelaki itu pergi ke rumahnya dan nasib baiklah ada halangan lain. Kalau tidak dia sudah tentu akan berkahwin dengan Mail. Walaupun halangan berjaya tetapi masih ada yang membuatkan dia tidak puas hati. Tidak sangka pula keluarga Tengku Ryan Arjuna datang dengan niat yang sama. Seri Mawar naik marah dan sebab itulah dia larikan diri.

Diari terakhir yang dia tulis mengatakan yang dia mahu hidup bersama dengan Tengku Rayyan Rehan. Walaupun Tengku Rayyan Rehan buat satu kesalahan besar tetapi Seri Mawar tidak menyesal. Benih yang bercambah di dalam perut ini adalah bukti cinta dari lelaki itu kepadanya.

“Hah!” Aku bagaikan tidak percaya bila membaca diari ini.

Apa yang berlaku pada malam itu sebenarnya dia rela. Dia ingat apa yang berlaku di antara dia dengan Tengku Rayyan Rehan. Tapi, dia pandai sembunyikan semua masalahnya. Disebabkan dia tidak dapat selesaikan masalah tiga lelaki itu, dia membuat hajat yang bukan-bukan. Dia mahu pergi dari dunia ini dan biarkan orang lain yang menggantikan tempatnya.

“Argh! Dia memang gila! Rupanya dia rela dengan Tengku Rayyan Rehan. Hal macam ini pun dia tidak dapat nak selesaikannya.” Sakit pula hati aku membaca diari ini. Aku tidak sangka Seri Mawar sanggup menggadaikan maruah. Kesannya kena dekat aku pula!

Aku menggeram dan terus menggeram.


TOKK! TOKK!!

Terdiam terus aku apabila terdengar bunyi ketukan pintu.

“Mawar, bukalah pintu ini. Abang mahu bercakap dengan Mawar.”

Itu suara abang Nadim. Apa yang dia mahu malam-malam buta macam ini?

Aku merapikan pakaian sebelum membuka pintu. Diari Seri Mawar sudah aku simpan di dalam laci.

“A... abang Nadim.”

“Duduk dulu. Abang mahu cakap sesuatu.” Pintu bilik ditutup.

“Kalau pasal dua orang tengku itu Naura tak nak ambil tahu.” Aku ke katil semula.

“Mahu atau tidak Naura kena dengar juga. Apa yang abang buat ini untuk kebaikan dan keselamatan Naura tau tak.” Suaranya tegas.

“Apa lagi yang abang Nadim nak Naura dengar, hah? Nak suruh kahwin dengan orang yang Naura tak suka, begitu?!”

“Naura, apa yang Naura buat sekarang ini salah tahu. Kalau Naura teruskan dengan degil Naura itu, Naura tidak akan kembali ke dunia asal Naura.” Suaranya kembali lembut memujuk aku.

Aku mengalirkan air mata. Siapa yang tidak mahu kembali ke dunia asal. Tapi, hati aku sudah terikat dengan Tengku Ryan Arjuna.

“Cukup. Jangan menangis lagi. Dengar apa yang abang mahu cakap dengan Naura.” Abang Nadim menyuruh aku menghadap wajahnya.

“Abang faham perasaan Naura. Tapi, sekarang abang nak bantu Naura pulang ke sana. Naura tahu tak yang orang-orang Agis sekarang berkeliaran mencari Naura dengan Aiz.”

Aku terbeliak. “Kenapa mereka nak cari Naura pula?”

“Mereka ada kelebihan yang kita tidak ada. Mereka tahu siapa yang menceroboh dunia Lokamaya ini. Lagi-lagi bila mereka dapat tahu daripada Mail dengan empat orang itu.”

Aku tercengang.

“Macam mana mereka tahu?” Aku bingung.

“Aiz kata, Mail dengan empat orang itu buat hal di kota sebelah. Mereka juga buruk-burukkan Naura mengatakan yang Naura ini berubah kerana lelaki kaya,”

“Tapi, salah seorang daripada mereka terjumpa dengan salah seorang dari orang-orang Agis. Naura pun tahukan kelebihan yang ada pada mereka itu.”

“Habis, sekarang...”

“Sekarang masih selamat. Maji, orang yang banyak bantu Aiz sebelum ini akan tolong kita untuk melengah-lengahkan mereka,”

“kita tidak ada banyak masa, Naura. Naura kena juga kahwin dengan Tengku Rayyan. Lepas kahwin fikir cara untuk ambil batu Fatamorgana Aurora dari Tengku Rayyan.” Sambungnya lagi.

Aku mengetap bibir.

“Naura, Aiz sudah beritahu abang segalanya. Semua rahsia abang tahu. Abang tahu Naura suka dengan Tengku Ryan Arjuna tetapi Naura kena ingat ini bukan dunia Naura. Abang pun tidak sangka yang Seri Mawar buat begini. Sanggup dia menconteng arang ke wajah kami.”

Terus aku memandangnya. “Apa maksud abang Nadim?”

Dia tersenyum nipis. “Abang baca helaian-helaian kertas yang Naura lipat itu. Abang tahu Naura. Apa yang berlaku pada adik abang itu abang tidak akan sesekali ceritakan pada umi dengan walid.”

Tangisan yang terhenti tadi kini mengalir dengan deras. Aku memeluk abang Nadim melepaskan beban yang terkumpul di dada. Abang Nadim menepuk lembut bahagian belakang tubuhku. Dia menenangkan aku.

“Sudahlah. Jangan nangis. Mahu atau tidak kita kena berdepan juga dengan masalah ini. Abang sentiasa ada bila adik abang ini perlukan bantuan.” Dia mengusap kepala aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience