BAB 53

Fantasy Completed 18480

KEPUTUSAN yang aku buat ini pasti akan mengejutkan semua orang. Sebelum ini aku pentingkan diri sendiri. Aku langsung tidak terfikir akan keluarga aku yang berada di sana. Aku mahu jumpa Aiz Hafizi untuk bincang semua ini semula.

Aku tahu dia pasti ada di dalam pulau itu. Di mana lagi dia hendak bersembunyi kalau bukan pulau itu. Lagipun, hanya aku dengan Tengku Rayyan sahaja yang selalu ke situ. Tapi, kali ini Suri tidak aku bawa sebaliknya abang Nadim yang akan mengikuti aku ke sana. Lagipun, kalau abang Nadim ada dia boleh lindungi aku sekiranya berlaku apa-apa nanti.

Kami tiba di pulau dan aku terus mencari kelibat Aiz Hafizi. Abang Nadim pula berehat sekejap di pondok kecil itu.

Batang hidungnya langsung tidak ada di pulau ini. Mungkin dia bersembunyi di pulau sebelah itu. Aku yakin dia mesti ada di sini. Aku tinggalkan sekejap abang Nadim di situ dan terus ke pulau sebelah.

Langkahku mati. Aku dengar sesuatu di sebalik semak dekat tepi rumah kecil itu. Suara garau sedang mengerang kesakitan. Perlahan-lahan aku menapak ke arah sana.

“Naura,”

Terkejut aku bila dia muncul dalam keadaan yang aku sendiri tidak pasti. Dia terjelepok jatuh ke tanah. Wajahnya berkerut-kerut. Dia berpeluk tubuh dan menggigil. Aku panik. Sekuat hati aku menjerit memanggil abang Nadim.

“Aiz, kenapa ni?” Aku cuba membantunya bangun.

“Na... Naura...” Suaranya terketar-ketar menahan sakit.

“Aiz, kau sakitkah?” Soal aku, panik. Sekali lagi aku menjerit memanggil abang Nadim.

“Nau... ra... ku... ku... kuasa aku...” Dia meraung. Aku jadi takut. Ketika itu abang Nadim sudah muncul. Laju dia memapah Aiz Hafizi ke anak tangga rumah kecil itu.

“Aiz, apa sudah jadi dengan kau ini?” Abang Nadim menyoalnya. Dia membetulkan posisi duduk Aiz Hafizi.

“Nau... Naura, Nadim...”

“Ya, kenapa ni?” Aku pula yang sesak nafas melihat keadaan Aiz Hafizi ini.

“Kuasa aku... kuasa aku semakin hilang.”

Aku dengan abang Nadim berpandangan sesama sendiri. Melopong mendengar katanya.

“Kuasa kau hilang? Macam mana boleh jadi macam ni?” Tanya abang Nadim pula.

“Ketua Agis dan orang-orang kanannya telah mengunci kuasa aku dan separuh dari kuasa aku mereka telah ambil.”

Saat itu aku terasa bahang panas dari tubuhnya. Aku memandang Aiz Hafizi dengan penuh simpati. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Aku tidak mahu dia mati di sini.

“Naura, pasal perkahwinan tu...”

“Pasal perkahwinan itu kau jangan risau. Aku tahulah apa nak buat nanti. Sekarang ini aku nak kau rehat dan tenangkan fikiran.” Ujarku lalu membantu abang Nadim memapah Aiz Hafizi masuk ke dalam rumah kecil ini.


BEBERAPA jam berlalu dan keadaan Aiz Hafizi semakin tenang. Tidak lagi meraung, mengerang kesakitan seperti tadi. Abang Nadim pula sudah keluar sejak beberapa minit yang lalu. Katanya hendak pulang rumah sekejap dan akan kembali sebentar lagi.

Aku duduk sambil merenung Aiz Hafizi yang sedang tidur di katil itu. Kasihan aku melihat keadaannya tadi. Agaknya, bagaimanalah rasa sakit itu bila kuasa ditarik keluar dari tubuhnya? Menggerunkan pula bila aku ingat balik situasi tadi.

“Naura,”

Pantas aku bangkit dan menuju ke arahnya. Aku duduk di birai katil.

“Ya, Aiz. Kenapa? Kau nak apa-apa ke?” Soal aku prihatin. Dia geleng kepala dengan senyuman pahitnya.

“Naura, aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Nadim sudah tentu beritahu kau, kan?”

Aku angguk laju. “Apa yang kau beritahu pada abang Nadim sudah abang Nadim sampaikan kepada aku. Aku pentingkan diri. Aku hampir lupa dengan keluarga aku yang berada di sana.” Aku tertunduk menangis.

“Kau tak payahlah menangis. Kita sama-sama akan berusaha untuk pulang ke sana semula.”

“Tapi, macam mana kau nak bantu dan hadapi semua ini. Kau tidak ada kuasa lagi?” Aku mengesat air mata.

“Aku ini manusia biasa juga. Ada otak, boleh berfikir. Kuasa yang ada cuma tambahan untuk membezakan antara orang-orang Agis dengan orang-orang dari kota lain,” dia ketawa.

“kau tak usahlah risau. Kau buat apa yang perlu dibuat saja. Batu Fatamorgana Aurora itu mesti didapatkan secepat mungkin. Yang lain biar aku yang uruskan, okey?”

“Baiklah. Tapi, lepas kau sembuh ni kau kenalah hati-hati. Lagipun, aku tak boleh bersama-sama dengan kau.”

“Aku tahu. Kita cuba yang terbaik untuk harungi hidup di dunia Lokamaya ini.”

“Maaf, abang lambat.” Abang Nadim muncul dengan membawa dua bakul di tangannya. Satu bakul berisi dengan makanan dan yang satu lagi diisikan dengan buah-buahan untuk Aiz Hafizi.

“Nah, kau makanlah dulu. Pulihkan tenaga kau.” Abang Nadim meletakkan makanan-makanan tersebut di atas meja kecil.

“Terima kasihlah, Nadim. Susahkan kau saja.” Aku membantu Aiz Hafizi bangun dari pembaringannya. Aku sandarkan tubuhnya pada dinding kayu itu.

“Tak susah pun. Kita kenalah saling membantu. Apatah lagi bila situasi macam ini. Tadi, aku dengar orang-orang kampung kecoh pasal orang-orang Agis. Mereka kata orang-orang Agis itu mahu datang ke Kota Indera Aurora ini.”

Aku menggelabah.

“Abang Nadim, Naura takut.” Aku mula tidak senang duduk.

“Naura, tenang. Jangan takut. Mereka tidak akan memasuki kampung ini kerana aku dengan Maji sudah buat perlindungan di sekeliling kampung Indera ini.”

“Buat perlindungan ke tak buat perlindungan ke sama saja.” Bentakku.

“Naura janganlah macam ini. Apa guna abang jadi abang Naura, hah? Kan, abang dah cakap abang akan lindungi adik abang ni.” Kata-kata abang Nadim sedikit sebanyak mengurangkan rasa gelisah di hati.

“Ya, tapi Naura takut. Kalau rancangan ini gagal macam mana? Matilah kita semua. Naura dengan Aiz pasti akan di bunuh oleh mereka.”

“Abang tak akan benarkan sesiapa yang bunuh adik abang. Termasuk Aiz!” Dia serius. Aku pandang wajah Aiz. Dia mengulum senyuman kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience