BAB 56

Fantasy Completed 18480

DUA minggu telah berlalu. Umi Intan dan yang lain sibuk menyiapkan majlis perkahwinan aku dengan Tengku Rayyan Rehan yang hanya tinggal sehari sahaja lagi. Aku langsung tidak ada perasaan untuk menolong mereka.

“Kakak Mawar.” Suri datang dan mengunci pintu bilik.

“Mengapa Suri?”

“Sebentar tadi Suri keluar dengan kawan-kawan Suri. Suri terjumpa dengan abang Ryan dan dia...”

“Apa dia cakap?”

“Dia...”

“Dia apa Suri?”

Suri mengeluh. Dia menuju ke katil dan melabuhkan punggung di situ.

“Dia mahu berjumpa dengan kakak Mawar. Suri tengok diri abang Ryan sudah tidak terurus lagi.”

Aku tergamam. “Benarkah?”

Suri mengangguk.

Walaubagaimanapun, aku tidak boleh berjumpa dengannya. Aku takut aku akan mengubah keputusan aku. Lagipun, aku kasihan dengan Aiz Hafizi. Beberapa hari yang lepas aku dengan abang Nadim menjenguk Aiz Hafizi di pulau. Sekejap-kejap sakitnya datang. Cahaya pelik yang keluar dari tubuhnya itu betul-betul menggerunkan aku. Aku tidak mahu kehilangan Aiz Hafizi.

Aku tekad. Mulai dari sekarang aku akan berkeras hati. Aku cuba untuk buang jauh perasaan cinta aku pada Tengku Ryan Arjuna.

“Kakak Mawar tidak mahukah berjumpa dengan abang Ryan? Kakak tidak ada belas kasihankah dengannya?”

“Hati siapa yang tidak belas kasihan dengan Tengku Ryan Arjuna itu. Kakak teringin mahu berjumpa dengannya. Tetapi, kakak tidak boleh Suri. Esok kakak akan jadi isteri orang.”

“Takkanlah kakak tidak mahu berjumpa dengannya sekejap saja. Suri kasihan dengan abang Ryan. Dia sudah kurus. Wajahnya tiada seri lagi. Dia hilang semangat kerana kakak...”

“Suri, sudahlah.” Aku tidak sanggup mendengar ayat yang seterusnya. Aku dapat bayangkan bagaimana keadaan Tengku Ryan Arjuna dan rasa peritnya terhadap aku. Air mata kutahan. Aku tidak mahu Suri melihat aku menangis kerana lelaki itu.

“Suri, janganlah diungkit lagi pasal lelaki itu. Sekiranya Suri berjumpa lagi dengannya, Suri cakaplah kepada dia yang kakak tidak mencintainya. Suruh dia lupakan kakak saja.” Dengan berat hati aku memberitahu Suri. Suri angguk lemah. Aku tahu Suri mesti sedih dengan tindakan yang aku buat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience