BAB 64

Fantasy Completed 18480

“ADINDA!”

“Adinda Seri Mawar!!”

“Ya, kanda. Dinda ada di dapur.” Laungku. Dari tadi Tengku Rayyan Rehan memanggil-manggil namaku. Aku pula sibuk membuat karipap. Hari ini aku hendak makan kuih karipap pula.

“Dinda! Kanda ingatkan adinda tinggalkan kakanda.” Laju dia memelukku. Aku hairan.

“Mengapa pula adinda hendak tinggalkan kanda? Ish, pelik-pelik sajalah kanda ini.” Aku meneruskan kerjaku. Si Imah itu aku sudah suruh dia buat kerja lain. Walaupun aku berbadan dua tapi aku masih kuat membuat kerja-kerja dapur. Tengku Rayyan Rehan pun tidak menghalang aku. Lagipun, dia suka dengan masakan yang aku masak ini.

“Yalah. Mestilah kanda risau. Bagaimana kalau ada orang larikan adinda? Kanda takut tahu.” Dia memperkemaskan lagi pelukan itu. Aku naik rimas.

“Kanda sudahlah. Adinda hendak buat kuih ini.” Aku menolaknya ke belakang dengan kedua belah tanganku yang penuh tepung.

“Kalau kanda peluk adinda, kuih ini tidak akan siap tahu. Sebelum tepung ini melekat dekat pipi kanda baik kanda lepaskan adinda.” Aku mengugutnya. Dia tersengih. Laju dia melepaskan pelukan tersebut.

“Dinda buatlah kuih itu dulu. Kanda mahu buat kerja sedikit di bilik.” Dia terus keluar daripada dapur.

Bilik? Dalam rumah ini banyak sangat bilik? Bilik yang mana satu dia guna untuk buat kerja? Sejak aku tinggal dalam di sini, ini kali pertama Tengku Rayyan Rehan buat kerja di dalam bilik. Tidak apa, lepas ini aku akan cari dia.

Siap sahaja membuat kuih karipap aku terus mencari suami aku itu. Dalam rumah ini ada lapan buah bilik. Jadi, aku kena carinya dari bilik ke bilik.

Langkahku mati apabila sampai ke hujung bilik. Daun pintu terbuka sikit dan aku dapat melihat Tengku Rayyan Rehan berada di dalamnya. Perlahan-lahan aku mengintai suami aku itu.

Dia memegang sesuatu yang bercahaya kebiruan. Sepertinya benda itu batu.

Aku tersentak. Mungkinkah itu batu Fatamorgana Aurora yang dikatakan oleh Aiz Hafizi?

Aku cepat-cepat melarikan diri apabila Tengku Rayyan Rehan meletakkan semula batu bercahaya itu di dalam laci meja. Aku berpura-pura tidak tahu. Aku ke dapur semula dan menyediakan sarapan.

Sedang aku menyediakan sarapan tiba-tiba perutku terasa lain. Aku duduk dan cuba menahannya.

“Dinda,”

Terkejut aku.

“Kanda... perut dinda...” Perut ini betul-betul terasa sakit. Aku mencapai lengan suami. Berkerut-kerut aku menahan kesakitan.

“Dinda. Mengapa perut adinda ini? Sakit sangatkah?” Wajahnya turut berubah riak.

Aku angguk.

“Sabar ya dinda. Kanda panggil tabib datang sini.”

“Kanda...” Pandanganku berbalam. Aku jatuh pengsan.

“KAKAK MAWAR!”

Terkejut aku melihat Suri.

“Suri...”

“Kakak Mawar berehatlah dulu. Tabib kata kakak kena banyak berehat.” Dia menghalang aku bangun daripada pembaringan.

“Mawar rehatlah dulu. Tabib kata peredaran darah Mawar ada masalah. Sebab itulah Mawar pengsan.” Muncul abang Nadim.

“Tengku Rayyan mana?” Tanya aku. Tubuhku masih lemah.

“Dia masih bercakap dengan tabib.”

“Abang Nadim... Suri...” Aku memandang mereka dengan wajah sayu.

“Naura nak pulang.” Air mata yang tidak dapat dibendung lagi akhirnya jatuh juga.

“Abang Nadim, Naura nak pulang. Naura nak pulang.” Ulangku.

“Kakak Mawar, janganlah macam ini. Kakak tidak takutkah kalau abang Rayyan tahu hal sebenar, huh?”

“Suri, abang Nadim. Naura dah buat keputusan. Naura nak berterus terang saja dengan Tengku Rayyan tu.”

“Jangan Naura! Abang tidak akan mengizinkannya.”

“Tapi...” Aku tidak dapat meneruskan kata kerana Tengku Rayyan Rehan sudah muncul di depan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience