"Walaikummussalam."Serentak Izrael dan Luth.
"Mejar Mustafar minta mengadap tuan berdua, tuan.."Kata kadet itu.
"Baik."Jawab Izreal.
"Saya minta diri dulu, tuan."
Izrael dan Luth mengangguk. Kadet itu tabir dan menghentak kaki lalu pergi.
"Kenapa pula ini?"Tanya Izrael.
"Tak tahu. Jom."Ajak Luth lalu mereka berdua pergi mengadap.
Raeliz
Setelah mengadap Mejar Mustafar tadi, muka Izrael segera masam dan moyok. Nampaknya, penikahannya akan tertunda kerana dia akan terlibat misi lusa.
Melihat muka Izrael membuat Luth ketawa. "Haha. Kesian member." Sungguh malang nasib kawannya ini.
"Habis macam mana sekarang?"Memandang Izrael dengan tatapan yang biasa.
"Nak buat macam mana. Nak, tak nak aku kena tangguhkanlah. Bukan apa misi kali ini melibatkan senjata. Semestinya mengambil masa yang lama. Kalau kita pergi misi pun selalunya tiga ke dua minggu paling sekejap. Kalau macam ini tak tahu macam mana."Keluh Izrael. Dia perlu terima apa yang berlaku sekarang ini. Mungkin ada hikmah disebalik ini. Takdir yang sudah tertulis.
"Habis, Iz macam mana?"Tanya Luth akan tunang sahabatnya itu.
"Aku kena bincang fasal ini dengan family dialah."Itu sahaja cara yang terbaik sekarang ini.
Belakang Izrael digosoknya, cuba untuk meredakam rasa kecewa sahabatnya ini. "Sabarlah, Rael. Aku tahu, mesti ada hikmah disebaliknya ini. Allah tengah rancang yang terbaik untuk kau itu."Senyum Luth dengan manis.
"Iya."Senyum Izrael. Dia reado apa yang berlaku sekarang ini. Dia yakin Tuhannya ini akan mahu yang terbaik untuknya.
"Rael, aku ada benda nak bagi tahu kau."Sudah lama dia niat mahu memberi tahu benda ini. Tetapi, tiada masa yang sesuai untuk memberi tahu.
"Apa?"Benda apa yang kawannya sembunyikan?
"A-aku. Aku nak kawin."Jawabnya terus terang.
Muka Izrael agak terkejut. "Dengan siapa?"Setahunya kawannya ini tidak langsung pandang wanita.
"Dengan pilihan ibu aku. Orang kampung sebelah."Terangnya sedikit tentang asal usul gadis itu.
"Kau okay, tak?"Risau kalau dia tepaksa menerima perjodohan ini.
"Aku okay sahaja. Aku pasti pilihan ibu yang terbaik untuk aku. Lagipun aku kenal siapa perempuan tu."Tiada apa yang perlu sahabatnya perlu risaukan.
Izrael menepuk bahu Luth."Iyalah, kalau kau kata macam itu. Aku harap kau bahagia."Senyum Izrael.
"Jom, pergi rumah aku. Mummy aku ada masak."Ajaknya setelah pulang kerja nanti.
"Boleh juga. Tak payah aku masak." Mudah kerjanya berkawan dengan Izrael ini.
"Tapi, lepas makan kau basuh pinggan ya. Bukan free."Tiada yang free di dunia ini.
"No problem."Senyum Luth Mahfuz.
Raeliz
Usai selesai solat Isyak dan membaca surah Al-Mulk dengan kebiasaannya, Izrael mengambil telefonya lalu memanggil seseorang.
Beberapa saat panggilan dalam mood amaran, panggilan itu dijawab. Belum kata apa-apa lagi, suara keluar dari kotak suara.
"Apa khabar, malaikat maut?"Mendengar suara itu membuat Izrael ketawa kecil.
"Aik, berani betul kau tanya macam tu dekat malaikat maut. Tak sabar nak mati ke?"Boleh pula dia tanya khabar seperti itu.
"Tak, tak sabar nak kawin je."Jawab Izfarni dengan spontan. Semenjak menjadi tunang Izrael semakin menjadi-jadi perangainya tidak tahu malunya.
Izrael tersenyum mendengar jawapan itu dari cik tunangnya. Dengan senyuman seperti itu, dia melangkah ke arah balkoni biliknya. Sengaja mahu mengambil angin.
"Ush, baguslah. Nak kawin dengan siapa?"Sengaja mahu bertanya, mahu tahu juga kejujuran gadis ini.
"Ikutlah, siapa nak."Jawab Izfarni spontan. Izrael menggeleng.
"Kalau aku nak boleh?"
"Tak boleh, sebab ada orang sudah dapat dulu."
Izrael berkerut dahi."Siapa pula?"
"Izrael Damiens."Mendengar jawapan Izfarni membuat Izrael ketawa kecil.
"Lah, akulah tu."Kenapalah Izfarni ini? Itu nama dia yang dibalikkanlah.
"Bukan. Kau Damiens Izrael. Orang panggil Miens. Tunang aku Izrael Damiens. Aku panggil Rael."Terang Izfarni. Apalah Izrael ini.
"Iyalah."Malas dia mahu melayan perangai Izfarni malam-malam begini. Sudahlah mereka hanya berstatus tunang. Masih belum halal. Tidak manis begini.
"Iz, aku nak bagi tahu kau ini."Cuba kembali kepada niat asalnya.
"Asal macam seriuse je. Kau jangan buat hal Izrael."Amarannya. Sungguh dia tidak mahu berlaku apa-apa disaat mereka mahu disatukan.
"Kalau akau buat hal kau nak buat apa?"Sengaja dia mahu tahu. Apa gadis ini mahu lakukan padanya.
"Kalau kau buat hal tak jadi kawin. Aku humban kau dalam laut."Selalu Izrael sahaja campak kadetnya yang bermasalah ke laut. Kini, biar dia pula.
"Kalau aku lambatkan perkahwinan?"Sengaja dia tanya perkara itu.
"Aku sepak kau lepas kau jadi suami aku."Jawab Izfarni.
Izrael ketawa lagi. Nampaknya gayanya..."Nampak gayanya, aku kena sepaklah ini, lepas akad nikah dengan kau."
"Kau nak lambatkan nikah ke Izrael?"Tiba-tiba cakap begitu.
"Ye, sebab aku akan pergi misi lusa."Terangnya untuk niatnya menelefon Izfarni sebenarnya.
"Aku minta maaf, Iz."Rasa bersalahnya.
"Aku fahamlah. Tak perlu minta maaf. Lagipun, aku tahu bakal suami aku ini tentera. Nak lindung negara. Kalau sebelum kawin aku tak faham kau. Macam mana lepas kawin nanti."Dia terima seadanya.
"Terima kasih, sebab faham."Syukur dapat calon isteri macam ini.
"Bila kau balik?"
"Inshaallah, tiga minggu lagi."Kalau Allah mengizinkan.
"Jaga diri kau. Itu sahaja aku minta."Bukan permintaan yang berat.
"Inshaallah."Itu dia tidak pasti.
"Izrael, sudah lewat ini. Aku off dulu."Tidak baik begini lama-lama.
"Baik."Panggilan dimatikan.
Izrael hanya menatap bulan yang berada di langit. Indah, seperti senyumannya.
Share this novel