Usai selesai solat subuh, Izfarni terus turun ke bawah atas pemintaan Izrael kerana Izrael tidak mahu Izfarni membantunya dan biar dirinya sahaja yang menguruskan persiapannya untuk bersangkat kerja. Pada mulanya, Izfarni mahu membantu Izrael untuk menggosokkan baju uniform miliknya tetapi Izrael meminta Izfarni memasakkan sarapan paginya sebelum berangkat. Dengan akur dia hanya terus turun ke bawah.
Sepanjang Izfarni membuat atau memasak saraan untuk Izrael, dia ditemani oleh Datin Ilya yang telah menjadi rutin hariannya untuk membuat sarapan kepada suami dan anak-anaknya. Namun, apabila Datin Ilya turun kelihatan semua hidangan telah pun siap dimasak oleh Izfarni tetapi hanya air yang masih belum dibancuh.
"Iz."Tegur Datin Ilya akan menantunya yang hanya fokus pada perbuatannya.
Izfarni yang sedang membancuh air terus berpaling ke arah suara yang memanggilnya."Mummy." Senyum Izfarni dengan manisnya.
Menghampiri Izfarni."Sudah siap?"Izfarni angguk.
"Iz masak semuanya ini."Menunjuk makanan yang sudah dihidang di meja iaitu bihun goreng dan lempeng pisang. Izfarni angguk lagi.
Datin Ilya segera menghampiri menantunya."Kenapa Iz buat? Patutnya, biar sahaja mummy yang buat."Dia tidak mahu menantunya rasa berat duduk dengannya kerana perlu buat kerja rumah. Kalau boleh, dia mahu menantunya hanya menjadi madam besar dalam rumah ini.
"Rael yang minta Iz masak sebelum masuk kerja."Jawabnya jujur sambil bancuh air teh.
"Miens? Hey, Miens ini. Kenapalah suruh Iz?"Kenapa anaknya ini? Sepatutnya kerja ini hanya dia sahaja yang buat.
"Tak apalah mummy. Hari inikan hari first Rael masuk kerja selepas kawin. Iz nak juga rasa vibe-vibe seorang isteri melayan dan menyiapkan keperluan suaminya sebelum pergi kerja."Jelas Izfarni.
Tiada kata yang mampu terkeluar dari mulut Datin Ilya kalau menantunya kata bergitu. Datin Ilya hanya memerhati sahaja tingkah laku menantunya dengan diam.
Setelah beberapa saat diam, Datin Ilya bersuara kembali."Mana Miens?" Mencari anak lelakinya suami kepada menantunya itu.
"Ada dekat atas."Datin Ilya angguk. Ini kesempatannya untuk menghalang menantunya membuat kerja rumah.
"Iz, pergi panggil Miens."Mengambil alih kerja yang dilakukan Izfarni tadi.
"Tapi, nak siap dah mummy." Sikit lagi.
"Tak apa. Ini biar mummy yang buat. Iz pergi layan suami tu."Mula menyambung kerja tergendala Izfarni tadi.
"Baik. mummy." Akur Izfarni kalau ibu mentuanya kata begitu.
"Iz naik dulu."Datin Ilya hanya angguk.
Terus Izfarni naik ke atas menuju ke bilik suaminya. Buka sahaj pintu, terpaku Izfarni melihat Izrael segak bergaya berpakaian uniform tentera laut. Sungguh kacak yang tidak boleh dinafikan.
Izrael yang melihat isterinya dari pantulan cermin sambil menyikat rambut, mula tersenyum. "Tengok je ke?"Tegur Izrael.
Izfarni sedar dari lamunannya. "Ha? Ada apa-apa nak tolong?"Menghampiri Izrael.
Izrael geleng."Tak ada. Sudah siap."Menghadap isteri tercinta.
Kalau begitu, baguslah. Izfarni tersenyum lalu memeluk Izrael.
"Eh, kenapa ni?"Soal Izrael.
"Kau dekat sana jangan cari perempuan lain pula tau."Pesan Izfarni.
Kening Izrael terangkat sebelah."Dah kenapa pula aku nak cari perempuan lain?"
"Yelah. Akak-akak tentera mesti cantik dan kuat. Mesti kau minatkan." Menatap Izrael dari bawah.
Izrael keluh sedikit. Hai, inilah perempuan. Kuat sangat overthiking. "Iz. Kalau aku minat dia orang. Aku tak adanya nak tunggu kau bertahun-tahun. Nak tunggu kau selesa dengan aku. Nak tunggu kau putus tunang. Nak tunggu doa aku termakbul supaya kau jadi isteri aku. Susah, Iz."Bertapa banyak tunggu dia kena sabar.
Izfarni ketawa kecil."Tak nak tambahkan?"Sengaja dia bertanya.
"Tengoklah dulu."Jawab Izrael dengan gurauan.
Terus tangan ketam Izfarni lekat di pinggang Izrael. "Aduh!"Kesakitan dirasa oleh Izrael.
"Gatal."Kata Izfarni. Ada hati nak tambah.
"Gurau sahaja, sayang ni."Runggut Izrael.
"Rael."Panggil dengan nada lembut.
"Yes, my sweetlove."
"Semalam ada morning kiss. Hari ini tak ada ke?" Entah kenapa hari ini dia tidak ada rasa malu meminta perkara seperti itu.
Aik! Isteri dia ini biar betul."Kau nak ke?"
"Kalau tak nak bagi...."
Cup!
Terkedu Izfarni. Ciuman kali keduanya selepas berkawin dengan Izrael. Jika dulu dia yang memulakan. Dan kali ini, giliran Izrael yang memulakan dahulu.
"Puas?"Soal Izrael.
Izfarni terdiam dengan wajah yang merah.
"Diam tu macam nak lagi je."Kata Izrael.
"T-tak naklah."Melepaskan pelukkannya dengan Izrael.
Melihat Izfarni berjauhan dengannya, terus Izrael menarik pinggang isterinya agar dekat dengannya dan memeluk tubuh kecil itu. "Bagi aku lepas rindu dekat kau. Nanti seperuh hari aku kosong tanpa kau."Memeluk erat isterinya.
"Mengada."Membalas pelukan suaminya.
"Dengan kau je."Bukan dengan orang, dengan isteri. Halal.
"Dahlah, Rael. Mummy ajak makan." Kembali kepada tujuan asal.
"2 minit."Minta Izrael.
"Leftenan Damiens Izrael. Kau tu leftenan. Sepatutnya, tegas dan garang. Bukannya bermanja dan melekat macam ini."Apalah mode letenan macam ini.
"Alah, dengan isteri mana boleh kasar dan tegas. Kenalah lembut dan manja. Nanti kau takut dengan aku. Aku nak mengada dengan siapa?"Mencebik bibirnya.
"Mengada. Jom, sian mummy tunggu kita. Kau pun nak pergi kerja. Nanti lambat pula."Melepaskan pelukkan.
"Baiklah, yayang. Jom."Memegang tangan Izfarni untuk turun bersama.
Izrael mememimpin tangan Izfarni hingga ke bawah. Terlihat dari wajah mereka bertapa bahagiannya pasangan suami isteri itu.
"Amboi! Pagi-pagi dah sweet." Tegur Izzatie yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Patutlah air yang daddy minum rasa ini terlebih gula."Meletakkan cawan yang berisi kopi hangat di atas piring setelah dicicip.
"Daddy ada-ada sahajanya."Membawa Izfarni ke arah meja makan.
Izreal menarik kerusi untuk Izfarni duduk."Terima kasih."Senyum Izfarni lalu melabuhkan punggungnya di kerusi tadi.
Setelah itu, Izrael duduk di sebelah isterinya. "Kau nak makan apa?"Soal Izfarni kepada suaminya.
"Ikutlah."Dia tidak kisah.
Izfarni menghidangkan bihun goreng kepada Izrael untuk menjadi juadah sarapannya sebelum berangkat kerja.
"Iz, lepas ini kita pergi tengok baju kawin. Hujung minggu ini, majlis persandingan Iz dan Mien akan berlangsung."Kata Datin Ilya.
Izfarni memandang Izrael."Rael?"
"Pergilah. But, hati-hati dan jaga hati."Mengusap kepala Izfarni. Izfarni tersenyum. Ada-ada sahaja suaminya ini.
Izzatie yang memandang abangnya dan kakak iparnya sudah berasa cemburu. Ish! Sakit hati tapi dia suka melihat kemesraan mereka.
"Atie."Panggil Dato Danial.
"Yes, daddy." Menatap sang ayah.
"Bila Rayden nak masuk minang Atie?"Mencicip air kopinya.
Izzatie yang mendengar nama Rayden diseru oleh Dato Danial terus berpaling ke arah Dato Danial. "Boleh ke?"Terujanya.
"Entahlah."Berdiri.
"Daddy pergi dulu."Terus Datin Ilya, Izrael dan Izfarni menyalam Dato Danial.
Apabila giliran Izzatie menyalam."Betul ke ni daddy?"
"Kalau Atie nak dekat Rayden tu. Suruh dia cepat sikit masuk minang. Daddy gerak dulu."Mencium dahi anak daranya lalu pergi.
"Bye, daddy!"Melambai ke arah Dato Danial.
"Sukalah tu."Kata Izrael.
Suka? Siapa yang tidak suka kalau mahu kawin. Melainkan kawin paksa. "Sukalah. Petang ni Atie nak jumpa Rayden nak bincang fasal ini."
"Tak sabar betul."Kata Datin Ilya.
"Of couselah, mummy. Mummy tak merasa lagikan menantu lelaki. Biar Atie yang wujudkan impian mummy." Kerana impian itu hanya dia seorang yang boleh jadikan kenyataan. Dia hanya satu-satunya puteri Dato Danial.
"Memang Atie sahaja yang boleh bagi mummy menantu lelaki. Kalau Miens yang bagi mummy menantu lelaki, lain pula jadinya." Gurau Datin Ilya membuat Izfarni ketawa kecil.
"Apa pula mummy ni?" Kenapa pula namanya dipetik.
Izzatie memandang jam dinding rumah Dato Danial, sudah menunjukkan 6.45 pagi. Abangnya ini sudah lupa ke kerja hari ini. Tahu pengantin baru tapi hari ini sudah mula berkerja.
"Abang Miens, pukul berapa abang nak gerak ini?"Tidak prihatin dan berdedikasi seorang tentera kalau masuk kerja lambat walaupun pangkat boleh tahan besar juga.
Izrael berpaling ke arah jam. "Eh!" Berdiri. Pagi-pagi sebegini kalau lambat, mesti jalan akan sesak.
"Miens gerak dululah mummy."Menyalam dan mencium pipi Datin Ilya.
"Iyalah. Hati-hati."Nasihat Datin Ilya.
"Baik, my." Menghulurkan tangannya kepada Izzatie.
"Pesan dekat Abang Luth. Kalau nak kawin jangan lupa ajak. Atie tak sabar nak makan nasi minyak ini."Pesan Izzatie.
Semalam Izzatie melihat story instagram Luth menunjukkan vibe-vibe lelaki itu mahu menikah dan mempunyai pemilik hatinya. Itu yang Izzatie berkata begitu kepada abangnya.
Semenjak Luth datang ke rumah Dato Danial, hubungan Luth dan keluarga Izrael cukup rapat seperti Izrael raat dengan keluarganya. Izzatie, adik Izrael itu pun sudah dia anggap seperti adik perempuannya iaitu Rabiyatul Adawiyah. Setakat gurau senda itu sudah biasa namun tetap ada batasnya.
"Iyalah. Aku gerak dulu."Mencium dahi Izzatie yang sudah menjadi kebiasaannya semenjak dia berpindah di rumah Dato Danial.
"Miens gerak dulu."Pergi menuju ke pintu.
Izfarni yang melihat Izrael yang anggapnya seperti tidak wujud di situ hanya terdiam. Suami dia sudah lupa dia ke? Izrael hanya dipandang sehingga sosok itu keluar dari kediaman Dato Danial.
Datin Ilya dan Izzatie berpandangan satu sama lain. Aik! Izrael ini sudah lupakan isterinya apa? Selalunya bukan main berkepik. Hari ini sudah lupa ingatan.
Izfarni yang melihat pintu terbuka luas itu dengan rasa hampa. Izrael, sudah lupakan dia. Tadi, bukan main sweet dalam bilik tapi sekarang....
Sungguh Izfarni rasa ingin mahu menangis. Dia baru mahu merasa seperti isteri-isteri lain yang bersalaman suami mereka sebelum pergi kerja. Tapi, itu semua ibarat seperti sebuah angan-angan.
Tiba-tiba, ada satu tangan yang bermain jari memanggilnya untuk menuju ke arahnya. Izfarni yang melihat jadi binggung. Kenapa ini? Izfarni berdiri dan melangkah pergi mengikuti tangan yang memanggilnya tadi.
Datin Ilya dan Izzatie sudah tersenyum-senyum. Orang baru lepas kawin biarkan sahaja mereka mahu memaniskan suasana mereka sepanjang hari.
"Nampaknya, tak lama lagi bertambah lagilah cucu mummy." Bisik Izzatie sambil ketawa kecil.
"Meriahlah keluarga Dato Danial."Datin Ilya pula yang ketawa.
Izfarni keluar dari rumah lalu mencari sosok itu. Berpaling sahaja ke arah kiri, terlihat setangkai mawar merah dihulurkan oleh Izrael kepadanya.
"Merajuk ke sweetlove?" Senyum Izrael.
Izfarni memandang geram akan Izrael. Ooo... Main kasar betul dia pagi-pagi sebegini. Kalau mahu main lain kali bagi tahu awal-awal. Dengan sekali hempasan atau pijak, Izrael sudah meraung kesakitan.
"Aduh! Sweetlove." Menyentuh kakinya. Sakit seperti dipijak kaki gajah tetapi yang memijaknya hanya sebesar kaki anak itik. Sakit dia lain macam.
"Buatlah lagi."Majaz Izfarni.
"Ye, tak buat dah."Inshaallah, serik.
Izfarni pandang Izrael dengan senyuman malu menyelubungi dirinya. Romantis sungguh suaminya pagi-pagi sebegini.
"Kenapa senyum-senyum?"Soal Izrael.
"Ouh! Tak ada apa, cuma cash feeling dengan pak cik kulit hitam yang berjambang lalu naik kereta tadi." Sengaja dia jawab begitu. Sudah tahu mahu bertanya pula.
"Alhamdulillah. Sudah tukar cita rasa sekarang. Minat bangla pula."Menghulurkan mawar tadi kepada isterinya.
"Yelah, ada melayu selalu menyakitkan hati. Biarlah bangla, mana tahu setia. Dapat jauh sikit balik kampung bila beraya."Menjawab Izfarni sambil mengambil mengambil bunga diberi oleh Izrael tadi.
Senyum Izfarni."Terima kasih."Menghidu bunga mawar tadi.
BERSAMBUNG.......
Maaf korang...ingat nak up date semalam tetapi maklumlah hari raya... next
Share this novel