Selesai sahaja acara penikahan Izrael dan Izfarni, mereka menuju ke rumah Encik Darfan. Ada majlis makan-makan sikit, sengaja dia buat untuk menyambut penikahan antara anaknya dan Izreal.
Izrael dan Izfarni? Mereka sudah ke pantai untuk photoshoot penikahan mereka untuk buat kenangan tetapi sepanjang mereka bergambar, ada sahaja karenah mereka berdua. Tidak mahu peganglah. Tidak mahu dekat-dekatlah. Padalhal mereka sudah menikah. Pening jurukamera mahu melayan mereka berdua.
"Manalah, anak kita ni?"Tanya Datin Ilya.
"Itu, dia orang."Menunjuk Izrael dan Izfarni berjalan bersama-sama.
Mawar yang baru sahaja duduk, meletakkan mukanya di meja. Penat. Dia yang tidak menikah pun penat. Penat layan karenah pengantin.
"War, kenapa muka tu?"Melihat kawan anaknya yang sangat kepenatan.
"Anak mak ngahlah. Banyak sangat songehnya. Tak boleh dekat-dekatlah, tak boleh peganglah. Katanya haram. Haram kejadah dia, kalau Izrael tu suami dia."Keluhnya melayan perangai mereka.
Semua yang mendengar sudah ketawa dengan kata-kata Mawar. Penatlah layan perangai Izfarni itu. Dia bukan selesa dengan lelaki yang selain mahramnya. Mahu pula Izrael baru sahaja menjadi suaminya.
"Ala, sikit sahaja."Kata Izfarni sambil melabuhkan punggungnya di kerusi.
Izrael menghampiri Izfarni sambil menghulur air kepada gadis itu. Mesti gadis itu sudah dahaga duduk di sinaran matahari yang perik tadi.
"Terima kasih."Izfarni mengambil air yang diberi Izrael lalu meminumnya. Sungguh dia sangat haus.
"Sekarang pukul berapa?"Tanya Izrael akan bapanya.
"Pukul dua dah."Jawab Dato Danial.
"Lah, dah masuk waktu rupanya." Sungguh lama mereka ambil gambar tadi sehingga petang. Patutlah, panas semacam.
Izrael berdiri."Miens nak solat sekejap."
Baru dia mahu melangkah, dia memandang Izfarni. "Iz, jom solat." Ajaknya.
"Jom."Berdiri mendahului Izrael.
Izfarni berjalan memasuki rumahnya untuk membawa Izrael ke biliknya. Sebaik sahaja di dalam bilik tingkap rumahnya ditutup. Takut orang melihatnya tidak bertudung. Izrael mencabut songkoknya lalu diletakkan di atas katil Izfarni. Dia melihat bilik gadis ini. Cantik dan kemas.
"Aku pergi ambil air wuduk."Ujar Izrael. Izfarni hanya mengangguk.
Izrael keluar menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai sahaja ambil dia kembali ke bilik isterinya.
Masuk sahaja bilik itu, Izrael terkedu melihat Izfarni tidak bertudung buat kali pertamanya. Tidak berkelip matanya melihat Izfarni.
Izfarni yang baru sedar akan Izrael terus menutup kepalanya dengan tuala. "Apa kau ni, masuk tak beri salam."Marah Izfarni.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Izrael terpikir dengan perbuatannya tadi. "Eh, kalau aku tak bagi salam pun tak apakan. Kaukan isteri aku. Apa salahnya."Kata Izrael. Baru beberapa minit yang lepas gadis itu menjadi isterinya.
Izfarni mengiyakan apa yang dikatakan Izrael. Ada betul juga."M-memanglah kau suami aku. Tapi, tak salahkan."Apa salahnya kalau dia bagi salam.
"Ikut kaulah, Iz. Perempuan selalu betul. Cepat, aku ni nak solat. Pergi ambil wuduk tu cepat sikit."Arah Izrael.
"Baiklah, cik abang oi."Pasrah Izfarni lalu menyarung tudung untuk keluar dari bilik. Risau juga kalau ada adik atau abang Izrael yang masuk. Perginya.
Izrael hanya tersenyum mendengar kata dari Izfarni. Cik abang?
Raeliz
Rancak mereka berborak di luar rumah. Lagi pula, sudah lama tidak berborak seperti ini.
Encik Darfan yang melihat Mawar bergambar dengan Izzatie menanyakan akan gadis itu." Mawar, kamu bila pula?"
Mendengar soalan itu, Mawar mengeluh."Pak ngah jangan tanya War, tanya Si Jib tu. War, tak boleh kata apa-apa." Tiada apa yang perlu dia lakukan kalau lelaki yang tidak bertindak.
"Ha, Jib. Kamu tu, sampai bila nak berstatus tunang sahaja. Tak nak kawin?"Tanya Encik Darfan yang melihat Jibrael rancak berbual dengan Luth, Ezz dan Khaleed yang baru lagi sampai. Tadi, mereka bersiar-siar di bandar. Kata mereka, mahu mencari sotong dan udang celup tepung.
"On the way, pak ngah. Duit tidak mencukupi perluan."Kata Jibrael.
"Kalau macam itu, biar uncle sponsored kamu."Kata Dato Danial.
"Seriuselah, uncle?" Tidak percayanya.
"Boleh sangat." Jawab Dato Danial.
"Terima kasih. Minggu depan juga saya masuk minang Mawar."Kata Jibrael.
"Iyalah, tu?" Bukan boleh percaya tunangnya ini.
"Just, wait and see." Kata Jibrael.
Mendengar kata-kata Dato Danial tadi, Khaleed bersuara."Kalau macam itu, sponsored saya juga uncle." Minta Khaleed dengan tidak tahu malu.
"Boleh sangat. Tapi, itulah. Kamu sudah ada calon belum, Leed."Tanya Dato Danial sambil tersenyum.
Mulut Khaleed muncung lalu memeluk Ezz. "Aku terkena Ezz. Dato Danial perli aku. Sedih!"Jeriknya.
Menolak Khaleed."Pekaklah telinga aku."Menjerik telinga ditelinganya pula.
Orang lain ketawakan melihat mereka. Sampai terjatuh dari kerusi Ezz menolak Khaleed.
Raeliz
Usai selesai solat, Izfarni menyalam tangan Izrael dan mencium tangan kekar itu. Izrael turut mencium tangan Izfarni dan dahi isterinya itu.
Izfarni agak malu dengan perbuatan Izrael lalu dia melipat sejadan dan telekung dipakainya. Manakala, Izrael melipat sejadah yang dipakainya lalu diletakkan di rak yang disediakan.
Izrael menuju ke katil Izfarni. "Aku baring ye."Izrael baring di atas katil itu.
"Baringlah."Sambil mengikat rambutnya.
Izrael mencapai telefonnya dan memesej Luth.
ALTHA
Luth.... Aku nak ubat luka aku.-
Dengan ubat makan aku sekali.-
-Asal.. Kau sakit ke?
Tak. Aku nak sahaja.-
Nanti kau nak balik.-
-Ye, jap lagi aku bagi.
-Kau keluarlah.
-Duduk dalam bilik buat apa.
-Siang lagi ini.
Sibuklah kau.-
Izrael mencampakkan telefonnya lalu bangkit dari baringnya. Dia mahu keluar.
Izfarni tang melihat sang suami mahu keluar, menegur lelakinya itu." Nak pergi mana?"
"Nak keluar sekejap. Tetamu masih ada dekat luar. Kenapa tanya?"Memandang Izfarni yang sedang memakai skincare diwajahnya.
"Sahaja je tanya. Kena ada sebab ke?" Tanya pun tak boleh ke.
"Manalah tahu, rindu."Izrael tersenyum miang.
Muka Izfarni sudah merah." Eee, tak ada maknanyalah."
Izrael hanya pasrah. "Tak apalah. Masa ada memang kata gitu. Cer, kalau tak ada. Time aku tak ada hari itu. Agaknya, Izrael. Izrael."Mengejek Izrael akan Izfarni. Dia hanya menekanya sahaja.
Izfarni semakin malu kerana apa yang dikata Izrael itu benar. Sepanjang Izrael tiada dipandangannya, hari-hari dia memanggil laki itu.
Kotak tisu dibaling ke arah Izrael. "Aduh!" Adu Izrael.
"Dosa do kau. Baling dekat suami." Kata Izrael sambil mengambil kotak tisu yang dibaling Izfarni tadi lalu diletakkan di kabinet yang berhampiran.
"Eh, Izrael."Baru sedar dengan perbuatannya.
Muka Izrael muncung sambil memeluk tubuh."Aku majuk."Keluar dari bilik Izfarni.
"Izrael."Panggil Izfarni namun sudah terlambat.
Keluh Izfarni. "Kena baling kotak tisu pun merajuk ke?"Baginya terlalu simple.
"Iz, sekarang lelaki tu bukan kawan baik kau dah. Tapi, suami kau. Syurga kau sekarang terletak dekat bawah tapak kaki dia. Baik kau pergi minta maaf." Kata Izfarni akan dirinya untuk menasihati diri sendiri atas perbuatannya yang salah.
Izfarni mencapai tudung, sarung kakinya dan handsock untuk dipakai. Dia mahu mencari sosok suaminya. Dia keluar dari biliknya.
Keluar dari bilik. Izrael dicarinya. Namun, langsung tiada sosok lelaki itu. Dia menghampiri uminya.
"Umi, nampak Rael tak?"Soal Izfarni.
"Aik, baru kena tinggal sudah rindu dah?"Mengusik Puan Dayah akan anak perempuannya itu. Datin Ilya sudah ketawakan menantunya ini.
Malu Izfani akan uminya. "Eh, mana ada umi ini. Iz tanya sahaja."Duduknya disebelah Datin Ilya.
"Assalamualaikum."Datang Darren dengan Darreyna didukungannya.
"Waalaikumussalam."Semua menjawab.
"Darren kenapa bawa Reyna ke sini?"Soal Datin Ilya yang melihat cucunya didukungan anak sulungnya itu. Sudahlah cuaca agak panas. Tapi, nasib angin bertiup. Sejuk sedikit. Untung rumah yang berhampiran dengan laut ini.
"Reyna ini umi, nak sangat dengan Uncle Miens dia. Itu, Ren bawa dia ke sini."Tidak habis-habis anaknya meraung mahukan Izrael.
"Izrael dia tak ada, dia ikut Luth ke mana entah tadi naik kereta." Kata Datin Ilya.
Izfarni agak terkejut dengan kata-kata Datin Ilya. Izreal ikut Luth. Pergi mana?
"Meh, dekat tok mummy."Datin Ilya menghulurkan tangannya. Namun apabila mahu Darren berikan Darreyna, dia sudah menangis.
"Ayak. Yak cel eins."Kata, Darreyna dalam pelukkan Darren sambil menangis. Dia mahu juga Uncle Miens dia.
Sudah puas Darren memujuk anak perempuannya, namun langsung tidak jalan.
Izfarni yang melihat itu, cuba untuk menawar dirinya. "Mari dekat Aunty Iz. Nak?"Menghulur tangannya.
Apabila Darreyna diserahkan kepada Izfarni. Darreyna mahu. Sukanya di dalam dukungan mak cik saudara barunya.
"Oh, dengan tok mummy tak nak." Mengada sungguh anak si Darren ini. Manja seperti bapanya dahulu.
"Sukalah dia dapat peluk mak cik baru."Kata Darren melihat anaknya sudah tersenyum.
Izfarni hanya tersenyum sambil bermain dengan Darreyna.
Raeliz
Rasa sakitnya cuba ditahannya apabila lukanya dicuci dan disapu ubat oleh Luth. Sakit sangat rasanya.
"Dah."Selesai membalut luka itu.
"Terima kasih."Kata Izrael sambil menurunkan lengan bajunya.
"Kau dah bagi tahu Iz belum fasal ini?"
Izrael geleng."Tak. Aku tak nak dia tahu. Nanti dia risau."Dia tidak mahu isterinya risau akannya.
"Ikut kaulah Rael. Malas aku nak cakap."Kalau dia nasihat pun bukan lelaki ini mahu dengar katanya.
"Nanti kau balik dengan siapa?"Tanya Izrael. Tadi mereka datang bersama menaiki kereta Izrael.
"Aku tompang Ezz dengan Khaleed balik."Jawab Luth.
"Iyalah."Baguslah kalau begitu.
"Bila kau start kerja Rael?" Soal Luth.
"Tiga ke empat hari lagi kut."Anggarnya.
"Oh. Jomlah, balik. Nanti bini kau cari kau pula."Ajak Luth. Sudahlah dia bawa suami orang keluar.
"Jom, aku pun rindu dekat bini aku ni." Kata Izrael membuat Luth menjeling tajam akan lelaki ini.
"Kau tunggu aku kawin nanti." Kata Luth tidak mahu kalah.
Izrael hanya mengetawakan lelaki itu. Baik, mari kita tengok.
Raeliz
Setiba di rumah Encik Darfan, Izrael keluar dari kereta. Tadi, dia menghantar Luth ke rumah Jibrael. Dan kini, dia hanya berseorangan. Dia melihat tiada orang di bawah khemah itu. Ke mana orang lain pergi? Dia menuju ke rumah Encik Darfan untuk memasuki rumah itu.
"Assalamualaikum."Memberinya salam lalu memasuk rumah itu.
"Waalaikumussalam, Rael."Jawab Encik Darfan yang sedang menonton televisyen.
"Dari mana kamu?" Soal Encik Darfan.
"Dari pantai."Katany secara jujur. Memang benar dia pergi ke pantai tetapi untuk meminta Luth mencuci dan meletakkan ubat dilukanya.
"Tok.. Eh, maksud Rael walid. Rael masuk bilik dulu. Nak rehat, penat."Sungguh dia letih dengan hari ini.
"Iyalah. Iz tak ada. Dia pergi ke rumah opah kamu."Sengaja dia mahu beri tahu menantunya akan anak perempuannya itu.
"Tidak apalah, biarla dia di sana. Lagi pun ramai orang dekat sana." Di rumah Opah Izzah ramai dengan ada keluarganya. Semestinya meriah di sana.
"Rael masuk dulu walid."Undur dirinya.
"Iyalah."Hanya melihat menantunya menuju ke bilik anak perempuannya.
Raeliz
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Iz, Izrael ada dalam bilik."Kata Puan Dayah sambil melihat anak perempuannya baru pulang dari rumah Opah Izzah.
"Dia dah balik?"Soal Izfarni.
"Dah lama dah."Kata Puan Dayah sambil menyapu rumahnya.
"Iyalah, Iz pergi tengok dia."Izfarni berjalan menuju ke biliknya.
Sebaik sahaja dia masuk, dia melihat sekejung tubuh sedang tidur di katilnya. Nampak sangat penat itu.
"Amboi, sedap betul tidur."Memandang Izrael sambil mencabut tudung, sarung kaki dan handsock.
Izfarni mencapai tuala dan pakaiannya untuk dia mandi. Dia mahu membersihkan dirinya. Sudah melekit badannya ini.
Usai selesai mandi dia masuk ke dalam bilik itu. Masih sama, Izrael masih tidur dalam keadaan yang sama. Dia menghampiri lelaki itu.
Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. "Izrael, bangun solat."Kejut Izfarni mahu mengejut lelaki itu agar solat Asar bersamanya secara berjemaah. Peha Izrael ditepuk lembutnya.
"Eemm."Izrael membuka matanya. Matanya yang kabur itu digosoknya sambil bangun mengadap Izfarni.
"Iz."Suara garau bangun tidur Izrael cukup mencairkan Izfarni. Merah sudah mukanya mendengar Izrael memanggilnya.
"I-izrael. Solat Asar."Ajaknya.
"Iya."Izrael berdiri lalu keluar dari bilik itu untuk mengambil wuduk.
Setelah selesai solat Asar, mereka membaca Ma'thurat bersama-sama.
"Amin."Doa diaminkan lalu menyalam Izrael. Izrael turut menyalam dan mencium tangan Izfarni.
Izrael berdiri mahu lipat sejadahnya, namun terlebih dahulu Izfarni mencapainya untuk melipatnya."Biar aku lipat."Izrael hanya mengangguk.
Sepanjang dari tadi, Izrael langsung tidak mahu bercakap dengannya. Nampak lagi lelaki itu masih merajuk padanya.
"Aku nak mandi."Kata Izrael sambil mengeluarkan pakaian yang berada dalam beg pakaiannya yang dibawa olehnya pagi tadi.
"Tunggu."Izfarni mengambil tuala dan kain pelekat yang disimpannya untuk persiapannya semalam lalu diberi kepada Izrael. Itu memang dia simpan untuk Izrael.
Izrael hanya angguk lalu keluar untuk membersihkan badannya. Izfarnu hanya memandang Izrael yang membelakangkannya.
"Merajuk lagi ke dia tu. Macam mana aku nak pujuk dia?"Fikirnya.
"Nak panggil dia abang?"Gelengnya pantas.
"Geli aku. Ke nak peluk dia?" Gelengnya lagi.
"Agak-agaklah aku nak buat macam itu. Ke nak cium dia?" Lagi dia mengeleng.
BERSAMBUNG.......
Share this novel