#raeliz36 ii

Romance Series 14536

"Ashum!!" Terbersin Izfarni sehingga tersembur air liurnya pada wajah Izrael.

  Izrael yang menerima bersin itu hanya menatap isterinya dengan tatapan yang cukup tajam. Lain diminta, lain yang dapat.

  "Shorry," membuat riak wajah muka yang comel agar dapat simpati dari suaminya.

  Namun, Izrael hanya terdiam dan terus menuju ke tandas untuk mencuci wajahnya. Setelah itu, dia keluar sambil mengelap wajahnya dengan tuala kecil.

  Wajah isterinya yang sedang menatapnya, dipaling wajah olehnya. Terasa hampa! Dia berjalan menuju ke katil isterinya walaupun dia berasa begitu. Ego tetap perlu diturun untuk bersama isteri tercinta.

  "Sayang ada nampak tak, kain yang berkait tu," soalnya dengan nada yang agak dingin.

  "Yang ada bunga-bunga dekat sekeliling kain tu?"

  Izrael mengangguk.

  "Ada dalam kabinet itu. Atie yang letak," sambil menunjuk kabinet di sebelahnya.

  Izrael membuka kabinet yang dikatakan oleh isterinya. Buka sahaja, dia lihat ada kain yang terlipat terletak disitu lalu diambilnya. Dia membuka kain terlipat itu sehingga kelihatan bentuk sebenarnya kain itu yang berbentuk bulat. Dia menarik titik tengah kain itu lalu terbentuk sejambak bunga yang cantik apabila bunga-bunga kecil disekeliling kain itu disatukan.

  "Nah," menghulurkan kepada isterinya.

  Izfarni yang melihat itu berasa agak terharu lalu mengambilnya. "Waw! Cantiknya. Iz suka. Thank, abang. Sayang, abang," memeluk Izrael lalu memeluk crochet flower itu.

  Izrael yang mendengar kata-kata Izfarni seperti gegendang telinga kurang dengar akan kata-kata isterinya. "Sayang cakap apa? Abang tak dengar."

  "Cantik."

  "Not. Bukan yang itu," bukan itu yang dia mahu dengarkan.

  "Habis?" yang mana satu.

  "Yang last sekali," perkataan yang ada pada hujung-hujung ayat isterinya itu didengar samar-samar.

  "Sayang, abang," ulangnya kembali dengam riak wajah yang blur.

  Izrael melabuhkan punggungnya disebelah isterinya dan menarik pinggang isterinya agar dekat dengannya. Umbun-umbun isterinya diciumnya dengan lembut. "I love you too, sweetlove," senyum Izrael hingga kelihatan lesung pipitnya.

  Tersenyum Izfarni melihat suaminya yang bahagia itu. "Abang beli dekat mana ni?" soalnya akan crochet flower yang diberikan oleh suaminya ini. Estetik sangat!

  "Beli?" terangkat sebelah keningnya mendengar soalan isterinya.

  "Abang buat ke?!" menatap wajah sang suami dengan tidak percaya.

  Izrael yang melihat riak wajah isterinya yang terkejut itu, dirinya berasa bangga. "Of couse," riaknya.

  "Hebatlah abang. Mana abang belajar?" kagumnya akan suaminya itu.

  "Abang belajar sendirilah."

  "Pandailah abang buat. Kalau Iz yang buat, memang Iz dah buang awal-awal benang-benang ini semua," kesabaran untuk membuat ini semua langsung tiada kerana mengambil masa yang lama dan bosan. Bertambah lagi, dia tidak suka mengait.

  "Itu sayang, bukan abang. Nak tangkap gambar tak?" mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.

  "Naklah. I nak riak dekat best friend I. Yang I dapat crochet flower dari my husband. You all, have that? Don't have that. You all can see see that. And don't jelouse that," kata Izfarni seperti diva-diva dengan tutur kata bahasa Inggeris yang buruk sehingga Izrael tertawa melihat tingkah lakunya. Sejak bila isterinya buruk bertutur bahasa Inggeris? Setahunya, isterinya ini mendapat A+ dalam SPM.

  "Hahahahaha," bahagianya.

Raeliz

  Sudah seminggu Izfarni duduk di hospital setelah sedar dari koma untuk mendapatkan rawatan. Pada hari ini dia di benarkan pulang kerana keadaannya yang semakin pulih.

  "Yeay! Yeay! Dapat balik," gembira Izfarni apabila dapat khabar dari doktor yang dia boleh pulang ke rumah. Akhirnya, dia dapat pulang. Tak payah duduk atas katil ini lagi.

  Dari beberapa hari yang lalu, dia sudah merengek kepada Izrael kerana mahu pulang dan tidak mahu duduk di hospital tetapi Izrael tidak mengizinkan sehinggalah dia pulih dan dibenarkan oleh doktor untuk pulang. Lagi pula dia bukan apa, dia tidak mahu menyusahkan suaminya yang setiap hari berulang alik pada tiga tempat. Di tambah lagi suaminya ini berkerja. Sungguh sulit untuk suaminya. Jadi dia tidak mahu menyusahkan suaminya. Tetapi, Izrael tidak pernah merasa berat dan sulit demi kesihatan isterinya untuk pulih.

  "Amboi! Suka sangat dapat balik, ya," kata Ezz yang baru sahaja masuk ke dalam bilik mereka.

  Izrael yang sedang mengemas barang isterinya ke dalam beg hanya menggeleng sambil tersenyum melihat isterinya yang ditegur oleh sahabatnya itu.

  "Eh! Doktor Ezz!" Izfarni menganggkat tangan melihat Hero Ezz Eskandar yang sedang bersandar dinding itu.

  Ezz melambai ke arah Izfarni. "Ingat pesan aku. Jangan lupa makan ubat dan sentiasa rest. Don't think too much."

"Okay," senyum Izfarni akan pesanan itu.

Izfarni menghulurkan tangannya sambil sebelah tangannya memeluk crochet flower yang diber oleh suaminya itu dengan wajah yang comel.

Izrael yang melihat Izfarni seperti itu, sudah tahu akan maksud isterinya. Terus dia mendukung isterinya.

"Tak malu. Dah besar-besar pun nak dukung," tegur Ezz akan Izfarni.

"Eleh, dari dia tak ada apa nak dukung. Tengok kita, ada husband. Awak mana?" sengaja dia perli sahabat suaminya itu.

"Isteri kau perli aku ke Izrael?" menatap sahabatnya itu.

"Salah kau. Siapa suruh tak kawin," balas Izrael.

"Kau orang laki bini sama sahaja," sangat sekepala menganaya orang single sepertinya.

"Itulah namanya jodoh. Sebab itu kita orang kawin. Kan, sweetlove?" sambil menggesel hidungnya dengan hidung isterinya dengan senyuman.

Ezz yang melihat sudah merasakan tekaknya sudah loya. "Weak! Baik aku sambung kerja aku dari aku tengok benda maksiat," melangkah untuk pergi.

"Maksiat apanya. Orang dah kawinlah," kata Izrael.

"Tak kisahlah! Jangan buat agenda yang menjijikkan dekat hospital aku," keluarnya dari bilik itu.

Izrael dan Izfarni hanya ketawa melihat tingkah laku Ezz seperti itu. Bukan mereka tidak tahu dengan perangai Ezz yang mudah koyak.

"Jom balik."

"Jom."

Sian ezz... tak apa sabar ya... nanti kita temukan awak dengan Hessa Ean Eriessa.... tapi tunggu hidup Izrael dan Izfarni berbahagia dalam kederitaan dulu. Author masih belum puas dengan kederitaan mereka. but jangan lupa komen best2 tau..tq!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience