#raeliz4 ii

Romance Series 14536

Selesai sahaja makan, Izrael yang menguruskan pinggangnya dan opahnya untuk dibuang. Apabila kembali di meja, ramai anak-anak bersama opahnya membuatnya semakin tidak selesa. Lalu dia pergi ke tempat lain sementara menunggu anak-anak dara itu pergi.

Izrael menuju ke tempat ais krim. "Terima kasih."Mencapai ais krim dan membawa pergi untuk kembali ke opahnya. Namun, apabila dilihat mereka tetap ada di situ.

"Tak tahu malu ke budak perempuan ni. Bukannya tak nampak aku. Menggatal."Umpat Izrael. Bukan dia tidak nampak mereka pandangnya curi-curi. Ikut sahaja setiap kemana dia pergi.

Izrael berpaling pandangan lalu ternampak Jibrael bersama Izfarni yang sedang berbual tidak jauh darinya. Segera dia menghampiri mereka.

"Jibrael."Panggil Izrael.

"Eh, Izrael. Mehlah duduk."Ujar Jibrael dengan ramah.

Izfarni yang memandang Izrael dengan menyampah mengingati kejadian pagi tadi. Serabut punya lelaki.

Izrael menggeleng. "Tak apalah. Aku nak minta tolong kau ni."

"Tolong? Tolong apa?"

"Tolong halau perempuan menyemak dengan opah aku tu. Aku nak balik."Pintanya lalu dilihat oleh Jibrael dengan Izfarni dari situ. Waw! Boleh tahan ramai perempuan disitu.

"Seganlah aku Izreal. Ramai sangat."Bukan tidak mahu tetapi dia segan dengan gadis-gadis disitu. Ramai sangat.

"Iz, tolong."Pinta Jibrael.

"Aku?"Izfarni menunjuk dirinya.

"Yelah."Jawap Jibrael.

"Dia nak minta tolong. Dialah minta dekataku. Bukannya kau. Sombong."Izfarni memeluk tubuhnya dengan rasa ego di hati. Sakit hati tahu tak.

"Iz, tolong aku boleh."Lembut Izrael meminta tolong.

"Oh, pandai pula kau cakap baik-baik dekat aku."Kata Izfarni tak puas hati.

"Aku cakap baik-baik je kan. Aku bukan pernah tengkin perempuan."Jujur Izrael.

"Memang. Tapi, kata-kata kau tu sakit hati aku dengar. Sombong."

Izrael mengeluh." Nak tolong ke tak nak sebenarnya ini?"

"Sekejap."Izfarni membangkit lalu menghampiri Opah Izzah.

"Opah."Panggil Izfarni.

"Eh, Iz. Pandai betul kamu silat tadi ye."Puji Opah Izzah melihat Izfarni bersilat tadi.

"Eh, tak adalah. Sikit sahaja."Menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Seganlah pula bila di puji tadi.

Izrael dan Jibrael yang dari jauh memandang. "Join pulak dia."Kata Jibrael.

"Opah."Izfarni menghampiri Opah Izzah lalu membisikkan sesuatu.

"Yelah."Opah Izzah bangkit dari kerusi.

"Eh, opah nak pergi mana?"Tegur salah seorang mereka.

"Nak baliklah. Tak akan koi nak tidur sini."

"Baiklah."Jawap salah seorang mereka lagi lalu mereka menyalami Opah Izzah.

"Opah, kalau opah nak cari cucu panggillah saya."Membodek jikalau boleh.

"Tak pun saya."

"Saya pun boleh."

"Tak payah nak berangan. Baca Al-Quran pun tersangkut. Ada hati nak kat cucu koi. Mimpilah."Jujur Opah Izzah untuk menyedarkan dan menyentapkan mereka bagi kesedaran.

"Koi balik dulu."Perginya bersama Izfarni yang memimpin di bawa ke Izrael.

"Moh, balik."Memanggil Izrael lalu Izfarni segera menjauhi.

Izrael menghampi olehnya lalu memeluk lengan opahnya untuk memimpin ke rumah.

"Koi balik dulu. Apa-apa rojer." Gurau Opah Izzah membuat Jibrael tersenyum.

Sebelum mereka pergi, sempat Izrael berkata sesuatu kepada Izfarni. "Jazakillah." Lalu pulang ke rumah.

Izfarni hanya tersenyum lalu mengikuti Jibrael pergi.

"Aku ingat kau sombong sangat nak cakap dengan aku."Bisiknya pada hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience