#raeliz26 i

Romance Series 14536

Izfarni berlaga pipi dengan ibunya yang tercinta. Sungguh berat rasa di hati mahu berpisah.

"Umi."Mencebik.

Puan Dayah mengelus pipi anaknya. "Jaga diri ya, sayang."Izfarni angguk manja.

"Izrael, jaga puteri walid baik-baik. Kalau dia buat salah, tegur elok-elok. Kita sebagai seorang suami, perlu berlembut dengan isteri. Jangan pernah buat kesalahan walid dulu." Pesannya agar tidak bertindak sepertinya dahulu yang suka memberontak. Selalu gaduh dengan isterinya.

"Inshaallah, walid doakan."Menyalam dan memeluk Encik Darfan.

"Selalu."Senyumnya mematap menantunya.

"Kak Iz, jaga diri tau. Kalau Abang Rael free, baliklah selalu."Pujuk Dani yang mengalahkan Dina yang tidak mahu berpisah dengan kakaknya.

"Inshaallah. Kau jaga family kita."Nasihat Izfarni akan adik lelakinya yang menjadi satu-satu harapannya untuk menjaga keluarga kecil mereka.

Dina yang melihat Izfarni sudah mencebik. Matanya hanya tunggu masa untuk menitiskan air mata. "Kak Iz."Memeluk erat kakaknya sehingga tidak mahu dilepaskan.

Izfarni sudah ketawa. Aduhai, adik! Kenapa macam ini?

Izfarni sudah mengelus belakang adik perempuannya. "Alo, akak pergi bukannya tak balik lagi. Manja sangat."

Dina sudah menangis di dalam pelukan kakaknya. Dani pula yang melihat sudah bersama mereka peluk bersama. Jujur, mereka berdua tidak mahu berpisah dengan kakak mereka tetapi kini kakaknya bukan lagi di bawah jagaan walid mereka lagi melainkan suami kakaknya.

"Haha. Apa kau orang ini? Time akak tak kawin bukan main suruh kawin. Ni dah kawin, nangis belaka."Perli Izfarni akan adik kembarnya itu. Itulah, fikir sebelum cakap.

Izrael yang melihat isterinya telah dipeluk dengan adik-adik iparnya hanya tersenyum. Jujur dari matanya, hubungan mereka sangat akrab. Bahagia sungguh dilihatnya.

Encik Darfan dan Puan Dayah yang melihat anak-anak mereka turut tersenyum. Mereka tahu, hubungan anak mereka sangat rapat dan tidk pernah berpisah. Namun kali ini, sudah lain. Berpisah buat pertama kali.

"Dina, Dani. Lambat Kak Iz nanti." Tegur Encik Darfan.

Terus Dani dan Dina melepaskan pelukan mereka dan mengelap air mata masing-masing. Dani nangis? Ya, lebih teruk dari Dina.

"A-akak jangan l-lupa b-balik."Kata Dani dengan keadaan yang tersedu.

"Iya, akak tak lupa."Mengelus rambut Dani walaupun sedaya upaya dia mahu mengelus rambut adiknya itu dengan ketinggiannya itu.

"Rael, dah bagi tahu opah nak balik?" Soal Puan Dayah.

Izrael angguk."Sudah. Tadi, Rael dan Iz sudah lihat opah sebelum pergi klinik dengan Dafeal." Jelas Izrael.

Nasib baik dia dapat berjumpa dengan opahnya sebelum pergi ke klinik untuk membuat rawatan yang telah ditetapkan oleh Dato Danial pada setiap bulan untuk memeriksa kesihatan ibunya agar sentisa sihat dan disebab ini juga Opah Izzah masih bertenaga sehingga sekarang kerana perhatian anak, menantu dan cucu yang selalu menjaganya dan nikmat Tuhan Maha Esa.

"Bye!" Izfarni melambai tangannya sambil menuju ke arah sisi suaminya setelah memujuk adik kembarnya.

Sebaik sahaja di sisi suaminya, lengan suaminya dipeluk. Izrael ditatap dengan penuh senyuman. Izrael turut membalas senyuman yang cukup manis kepada isteri tercinta.

"Kami gerak dulu ya."Ujar Izrael sebelum mengundur diri bersama isterinya.

Encik Darfan dan Puan Dayah hanya angguk sambil senyuman yang tidak lekang hilang dibibir.

Izrael berjalan bersama isteri yang berdampingan ke tempat duduk penumpang hadapan. Pintu dibuka agar isterinya masuk ke dalam kereta.

Izfarni yang rasa seperti princess terus tersenyum. "Cukanya titer."Mendongak memendang Izrael setelah duduk.

Izrael menggelus kepala Izfarni yang berlapik tudung itu. "Suka lagi kalau boleh."

Izfarni menatap Izrael yang senyum dengan lesung pipitnya itu. "Oleh ke?"

"Oleh-oleh ngat."Izrael berkata seperti nada Izfarni berkata.

Izfarni yang mendengar sudah ketawa kecil. Comelnya, suami siapa ini?

"Duduk elok-elok aku nak tutup pintu." Tegurnya agar isterinya tidak terkejut atau terkena pintu kereta ketika dia menutup pintu kereta nanti. Terus Izfarni membetulkan kedudukannya.

Sebaik sahaja Izfarni menghadap ke hadapan, Izrael mencium pipinya. Terus dia terkedu dan menatap lelaki yang berada di hadapan matanya itu.

"Suka aku itu biar lebih. Aku pun suka gila kat kau."Kata Izrael sebelum menutup pintu.

Izfarni hanya mentap sang suami yang berada di luar dengan muka yang merah.

Izrael yang sedang menuju ke tempat pemandu, senyum akan kedua mentuannya dan adik-adik iparnya dengan mukanya yang agak merah.

"Panas ke?"Soal Dani.

"Boleh tahan jugalah."Jawab Dina.

"Patut muka Abang Rael merah." Kata Dani yang melihat Izrael yang sudah merah padam mukanya tadi.

Sebaik sahaja masuk kereta, Izrael membuka tingkap. "Kami balik dulu, assalamualaikum."Izrael menganggkat tangan.

"Waalaikumussalam."Jawab mereka di luar.

"Hati-hati memandu tu."Pesan Puan Dayah.

"Inshaallah."Jawab Izrael lalu memandu keretanya keluar dari halaman rumah Encik Darfan.

Sebaik sahaja kereta bergerak, Encik Darfan dan Dani mengangkat tangan. Izrael yang melihat mereka terus menghon.

Setelah rumah Encik Darfan tidak kelihatan lagi, Izrael menutup tingkap keretanya tadi dan menatap isterinya yang berada disebelahnya yang dalam keadaan yang sama, masih terkaku.

"E-err. Iz, ambil beg hitam dekat belakang."Mintanya dalam keaadan yang segan dan masih malu.

"Ha?"Menatap sang suami.

"Ambil beg hitam dekat belakang."Ulang Izrael.

"Ha."Mengambil beg hitam yang mampu dia capai kerana tidak jauh. Namun untuk mengambil beg itu, wajahnya dan Izrael cukup dekat. Segera Izfarni betulkan kedudykannya setelah ambil beg itu.

"Nak."Memberi Izrael.

Izrael yang masih memandu tanpa menatap isterinya bersuara."Aku tak nak pun beg itu. Tapi, dalam beg itu ada MacBook dan I-Pad aku. Kalau kau bosan, kau boleh guna. Kalau kau nak baca novel dekat , d atau novel plus ke, gunalah. Perjalanan kita jauh." Sengaja dia beri itu agar isterinya tidak bosan.

"Tapi, aku selalu baca dekat phone." Sengaja dia mengatakan begitu, dia tidak mahu pun semua ini.

Terus Izrael mengeluarkan I-phone miliknya diberi kepada Izfarni. "Nah."

Izfarni yang memandang Izrael yang memberi telefon itu, menatap binggung. "Untuk apa?"

"Kau guna phone aku. Phone kau, kau simpan beteri. Ambil."Ujar Izrael agar isterinya ambil.

Izfarni keluh. "Rael, aku tak nak pun semua ini. Aku nak teman kau sahaja cukup bagi aku."Senyum Izrael.

"Nanti kau bosan."Menoleh ke arah isterinya segenap.

"Tak. Aku tak akan bosan kalau kau borak dengan aku, kan?"

Izrael menoleh sekali lagi ke arah isterinya, dia hanya angguk lalu senyum. "Kau tolong pegang phone aku. Aku tengah drive ini."

Izfarni hanya angguk lalu mengambil telefon Izrael dan disimpan di dalam handbag miliknya.

"Rael."Panggil Izfarni.

"Ya."Tanpa menatap isterinya.

"Izrael Damiens."

"Ya."

"My husband."

"Yes, my wife."

"Angel."

"Yes, sweetlove. What you want?" Mencuri pandang isterinya.

"I want your attention." Menatap Izrael.

"Attention?" Izrael menatap Izfarni dengan senyuman.

"Yes." Angguk Izfarni dengan bibir yang mencebik dengan comel.

"Malam nanti."Jawab Izrael dengan melolong dengan senyuman yang nakal.

Dengar sahaja kata dari yang keluar dari mulu Izrael terus muka Izfarni merah dan menepuk kuat bahu Izrael.

Pak!

"Aduh!" Menggosok bahunya yang telah ditampar. Nasib baik bahu kiri. Kalau bahu kanan, mahu mengucap rasanya. Cukup kuat pukulan Izfarni tadi.

"Gatal!"Merah muka Izfarni.

"Hehe. Apa salah, halal kut." Lagi sekali Izrael berkata yang buat muka Izfarni semakin merah. Halal. Halal.

Izfarni hanya terdiam. Ada betul kata Izrael tetapi dia belum sedia untuk semua itu.

Izfarni bersuara dengan ragu-ragu mahu berkata, kepalanya menunduk. "Rael, aku...."

Belum habis Izfarni berkata, Izrael memotong. "Aku faham. Aku gurau sahajalah. Jangan ambil seriuse." Dia hanya mahu mengenakan isterinya sahaja niatnya sahaja. Tiada lain. Tetepi isterinya ambil seriuse.

Tiba-tiba kereta Izrael berhenti di hadapan sebuah market tanpa kesedaran Izfarni. "Aku nak beli barang sikit. Kau duduk sahaja dalam kereta, okay. Sekejap sahaja." Izfarni angguk lalu Izrael mengelus kepala Izfarni dan pergi.

Setelah Izrael pergi, tiba-tiba kedengaran telefon berbunyi. Segera Izfarni mencapai handbag tadi dan mengeluarkan telefon yang berbunyi. Telefon milik Izrael.

Izfarni menatap di skrin telefon Izrael. Glory. Siapa ini?

"Glory? Tak silap, Izrael panggil glory ini dekat Atie. Angkat sahajalah." Ikon hijau ditolak.

Letak sahaja telefon ditelinga. Izfarni terkejut.

"Abang Mien!"

"Assalamualaikum."Izfarni memberi salam.

"Eh, Kak Iz. Waalaikumussalam. Mana Abang Miens? Akak main phone Abang Miens ke? Sorry, ganggu." Pelbagai soalan yang disoalnya membuat dirinya rasa bersalah.

"Tak apa. Abang Miens pergi market sekejap. Akak ada dalam kereta, itu akak pegang phone dia."Jelas Izfarni agar adik iparnya tidak merasa menjadi pengganggunya.

"Oh. Akak."Panggil Izzatie.

"Iya, kenapa Atie?"Ada apa yang mahu dia katakan ke?

"Kata dekat Abang Miens, jangan balik rumah mummy tapi balik rumah along dulu."Pesannya akan kakak iparnya kepada abang kesayangannya itu.

Izfarni sudah berkerut kening. Kenapa ini?"Rumah Abang Darren?"

"Iya. Kata dekat abang, yang mak ngah ada datang rumah dengan lilin tu."Pesannya lagi.

"Mak ngah? Lilin?"Soal Izfarni dengan binggung.

"Itu kalau akak nak lebih detail, akak tanya Abang Mien......."

".....baik, sekejap lagi Atie datang."Kedengaran seperti samar-samar.

Izfarni yang mendengar itu, mengagap yang Izzatie sedang berbicara dengan dengan seseorang.

"Hello? Akak Iz." Setelah mendiam di dalam talian dengan agak lama dan kedengaran samar-samar suara.

Izfarni yang temernung segenap yang memikirkan kenapa semua ini jadi? Blur. Dia baru teruja mahu pulang ke rumah mentuanya.

Kedengaran suara Izzatie membuat dia tersedar dari lamunan. "I-iya, Atie."

"Akak jangan terasa pula. Atie buat ini semua bersebab." Sungguh dia rasa bersalah mahu mengatakan ini semua tetapi ini kebaikan kakak ipar dan abangnya.

"Tidak apalah."Dia cuba untuk memahami semua ini.

"Okaylah, akak. Atie letak dulu. Assalamualaikum."

"Baik, waalaikumussalam."Panggilan dimatikan.

Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Izrael hadir dengan sebeg plastik besar. "Assalamualaikum, sweetlove." Senyum Izrael setelah menutup pintu.

"Waalaikumussalam."Menatap Izrael yang memegang beg plastik itu.

"Banyaknya kau beli. Kau beli apa?" Benda apa yang berada dalam plastik itu.

"Hehe. Ini ada snek dan minuman. Aiskrim pun ada. Nah."Memberi beg plastik kepada Izfarni.

Izfarni mengambil lalu melihat isi beg plastik itu. Benar apa yang dikatakan oleh Izrael. Ada snek, minuman kotak dan airkrim. Juga stiker.

Izfarni mengeluarkan beberapa bungkusan yang berisi stiker itu. "Ini untuk apa?"

Izrael menatap apa yang yang isterinya tunjukkan."Oh, kau tahukan tren yang isteri tampal-tampal stiker dekat kereta suami tu? Jadi, aku beli untuk kaulah."

Binggung Izfarni. "Aik? Kau tak sayang kereta ke, kalau aku tampal?" Biasalah lelaki. Kalau sayang kereta lebih sayang kerrta dari nyawa. Asal sereta selamat tanpa sebarang calar walaupun dia terluka parah.

"Sayang kereta?"Orang tanya dia, dia tanya orang balik.

Izfarni angguk.

"Iz, aku lebih sayang kau dari kereta ini. Kereta ini kalau jadi apa-apa, aku boleh beli baru. Kalau kau, aku nak cari mana? You only one in world." Sungguh susah untuk mendapat wanita atau isteri seperti Dini Izfarni miliknya ini.

Muka Izfarni merah. Blushing bila dapat kata-kata yang manis dari suami.

Izrael yang menatap isterinya yang seperti buah tomato itu, hanya tersenyum dan kembali dengan niat asal mereka untuk pulang ke Johor Bahru.

Raeliz

"Atie."

"Iya."Menyimpan telefonnya di dalam poket seluarnya lalu menuju ke dapur.

Datin Ilyana melihat anak kakaknya yang menuju ke mereka. "Atie, call siapa tadi?"Soalnya.

Izzatie yang melabuh punggungnya di kerusi meja makan bersebelahan Datin Ilya menatap sang ibu saudara dengan senyuman yang cukup mengkaburkan perasaan bencinya. "Oh, kawan."Bohongnya.

Datin Ilyana hanya angguk. "Oh. But, kalau you call Mien jangan nak rahsia dari Kak Illy pula." Pesannya.

"Kalau nak berahsia pun apa salahnya. Bukannya Abang Mien tu suami Kak Illy pun."Lancang dia berkata-kata tanpa rasa hormat.

"Atie."Tegur Datin Ilya akan anak perempuannya.

"Sorry, mummy." Mohon Izzatie.

Datin Ilyana yang memandang menyampah akan Izzatie membuat dia mahu lempang gadis itu. Sungguh lama dia memendam perasaan akan Izzatie yang cukup kurang ajar akan dirinya. Langsung tidak ada adab. Tetapi, tiada apa yang boleh dia buat akan gadis itu. Sekiranya dia menyentuh satu-satunya anak Dato Danial, semestinya hidup mereka akan bapa kedana tanpa sebarang kemewahan kerana kemewahan mereka semua berkat Dato Danial yang membantu.

"Mak long, you ada number phone Abang Mien tak?"Soal Illy.

Belum sempat Datin Ilya menjawap, Izzatie menjawap. "Kau nak buat apa? Abang Mien tu dah kawin. Tak payah nak nombor laki orang."

"Atie, I tanya mak long. Bukan you." Menyebuk betul.

"Aku wakil mummy aku. Tak boleh." Balah Izzatie.

"Atie..."Geram Illy namun katanya dipotong oleh Datin Ilya.

"Bukan mak long tak nak bagi. But, Mien tak bagi mak long bagi nombor dia dekat orang lain."Alasannya agar ini semua segera berhenti.

"Orang lain? Mak long, Illy sepupu Abang Mien. Bukan orang lain." Langsung tidak puas hati akan semua ini.

BERSAMBUNG.........

sorry korang lama tak up date. naj busy sekarang ini.... harap korang suka dengan cerita naj... thank sport... next

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience