Gambar Dato Danial bersama Izrael dengan senyuman berlesung pipit mereka berdua sangat sama menjadikan suasana sangat bahagia. Namun, gambar itu hanya sekadar masa lalu yang susah untuk kembali. Kedua-dua kini sudah hilang senyuman manis yang ada pada mereka, cuma hanya sekadar muka yang dingin yang masih pada wajah mereka.
"I miss you, angel."Kata-kata dari mulut yang keluar dari mulut Dato Danial dapat menunjukkan jiwa yang dirasakan olehnya.
Dato Danial berpaling lalu menuju ke arah katilnya untuk menenangkan fikirannya. Dia terlalu banyak berfikir dan memerlukan rehat yang cukup.
Datin Ilya menghampiri gambar yang dipandang suaminya lalu mencapainya. "Daddy rindu Mien sebenarnya. Tapi kenapa dua-dua perlu ego?"Gambar itu di peluknya. Jujur di sudut hatinya dia sangat merindukan situasi ini.
Raeliz
Muka bengis Dato Danial sudah puas menahan sabar. Wajah anak terunanya dipandang dengan tajamnya. Sungguh dia tidak percaya apa yang sudah dilaku oleh anaknya.
"You jangan masuk campur!" Pekik Dato Danial sehingga Datin Ilya tidak berani menghampiri.
"Daddy dah hilang kepercayaan pada kamu Mien."Lebasan dilepaskan di badan Mien dengan kuatnya.
"Daddy!"Jerik Izrael seperti mana sakitnya dirasakan.
"Abang Mien!"Berlari Izzatie ingin ke arah Izrael namun di halang oleh Darren dengan memeluknya.
"Lepas! Abang Mien!"Menangis kuat Izzatie sambil meronta-ronta agar dilepaskan.
Dafeal yang melihat abangnya dipukul hanya menangis di pelukan mummynya. Sungguh dia juga tidak suka abangnya dilalukan seperti itu.
"Abang Mien."Tangis Dafeal dalam pelukan mummynya yang tidak sanggup melihat.
Beberapa pukulan mengenakan di tubuhnya. Dari adanya jeritan Izrael, kini Izrael hanya diam. Air matanya juga turut tidak mengalir. Wajahnya turut berubah menjadi tanpa sebarang reaksi.
"Pukul Mien lagi!"Jerik Izrael sekuatnya sehingga tangan Dato Danial terhenti.
Izrael menghadap Dato Danial dengan wajahnya yang turut bengis seperti daddynya. "Pukul aku! Kata yang ada pada mulut aku semuanya tipu bagi kau! Pukul aku sampai mati!"Terkedu Dato Danial mendengar kata-kata dari mulut anaknya.
"Mien!"Terkejut Darren mendengar kata-kata dari mulut adiknya yang sangat kurang ajar.
"Kau memang dah biadap sekarang."Laju tangan memukul kembali Izrael. Namun kali Izrael sudah hilang rasa. Wajahnya hanya dingin dan kosong. Kesemuanya sudah hilang seperti mana hilangnya percayaan daddynya padanya.
"Abang, stop!"Rayu Datin Ilya tetapi tidak dapat menghentikan kelakuan Dato Danial.
Izzatie yang sudah tidak sanggup melihat abangnya dipukul, meronta hingga terlepas dari pelukan Darren dan terus berlari ke arah Izrael.
Pang!
Lebasan itu tepat terkena pada belakang badan Izzati sehingga terjatuh pensan kerana pukulan yang sangat kuat.
"Atie!"Izrael memeluk Izzatie yang jatuh pada badannya.
Dato Danial yang melihat mula terhenti dengan kelakuannya.
Izrael memandang Dato Danial dengan penuh bencinya." Kau memang dayus! Kejam."Mendukung Izzatie yang sudah hilang sedar.
"Mummy kita ke hospital sekarang!"Berlari semua orang keluar rumah kerana risaukan Izzatie. Namun tidak dengan Dato Danial yang hanya membeku dengan kelakuannya dan kata anaknya.
Share this novel