Mata hazel yanga terpejam itu, mula membuka matanya. Izrael menggosok matanya yang kabur itu lalu menatap ke arah atasnya iaitu wajah isterinya yang tertidur dalam pelukan mereka. Izrael melepaskan pautan tangannya di pinggang isterinya lalu mengejut isterinya.
"Sayang, bangun. Solat subuh,"kejutnya namun isterinya masih dalam lena.
"Yang, bangunlah," menepuk lengan isterinya.
"Sweetlove, wake up."
"Sweetlove. Dini Izfarni. Bangun!" Menepuk lengan Izfarni dengan agak kuat.
Izfarni yang merasakan tangannya ditepuk dan bunyi yang bising sedang membebel, mula membuka mulut dengan mata yang masih lelap."Eerm.. Pergi mandi dulu. Lepas abang, Iz."Menarik selimut ke mukanya.
"Baik, abang mandi dulu. But, make sure abang siap mandi sayang bangun. Understand?" Kata Izrael kalau mahu dia mandi dulu.
"Eeemm."Jawab Izfarni di dalam selimut.
Izrael hanya menggeleng lalu mencapai tuala yang digunakan olehnya semalam di letak pada kerusi untuk kering dan masuk ke dalam bilik air.
15 minit berlalu, Izrael keluar dari bilik air dengan pakaian lengkap sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Mata hazelnya itu menatap tubuh yang sedang lena tidur di katil. Terus dia bercekak pinggang. Tak bangun lagi.
Izrael menuju ke arah katil lalu melabuhkan punggungnya di birai katil. "Sweetlove, bangun,"menepuk punggung isterinya agar bangun.
"Sayang, bangun. Berapa kali abang nak panggil ni?" Penat dia membebel, namun isterinya tetap lena dalam mimpi.
"Dini Izfarni! Bangun!"Hampir hilang sabarnya mengejut isterinya ini. Tidur mati agaknya.
Tiba-tiba muncul satu idea di benak fikiran Izrael. Dia tersenyum sinih sebelum mendekatkan bibirnya di telinga isterinya.
"Man rabbuki?" (Siapa tuhan kamu?)
Terus bangkit Izfarni."Aku tak cukup amalan lagi!" Izfarni menggeleng sambil meraba-raba tubuhnya. Manakala, Izrael sudah ketawa besar melihat telatah isterinya.
Izfarni yang melihat suaminya yang ketawa kepadanya itu dipandang tajam. Sukalah ketawakan orang.
"Izrael Damiens!"Marah Izfarni akan kejahilan suaminya itu.
"Apa?"Muka rasa tidak bersalah di tayang oleh Izrael.
"Jahatlah,"Membaling bantal ke arah suaminya.
Izrael menyambut bantal yang dibaling oleh isterinya. "Jahat ke orang kejut solat? Ha, sweetlove?" Serius muka Izrael menatap isterinya.
Izfarni senyum menayangkan giginya."Muka tu relaxlah sikit. Ceram tite," nak mood seriose pun janganlah depan isteri comel awak ni pun. Depan kadet awak cukuplah. Aura, seram!
"Relax, relax. Kalau malaikat tanya, 'Ma rabbuka?' Nak jawab, relax relax. Macam itu?"Bebel Izrael. Bab-bab solat ini jangan main-main dengan.
Izfarni hanya mengemamkan bibirnya. "Minta maaf," mahu mencapai tangan kekar suaminya itu, namun ditarik pantas oleh Izrael.
Tergamam Izfarni melihat tindakan Izrael seperti itu. Mahu pengang tangan pun sudah tidak mahu. Tadi marah. Suami dia sudah tidak sayang dia ke?
"Rael, dah tak sayang Iz. Iz nak pegang Rael, Rael tak nak."Sudah berair birai mata isteri isterinya.
"Allah. Sayang salah faham ni. Abang ni, dah ada wuduk. Sebab itu abang tak nak bersentuhan dengan sayang," jelas Izrael akan isterinya. Kecil betul hati isterinya ini.
"Betul?" Mahu keyakinan.
"Ye, yayangku,"Senyum Izrael hingga kelihatan lesung pipitnya.
"Ehek," suka mendengar suaminya melayannya seperti itu. Dia mahu memeluk suaminya tetapi dengan pantas Izrael melompat turun dari katil.
"No!" Izrael menggeleng.
"Ala, nak peluk sikit je," cebik Izfarni.
"Tidak!" Orang mahu jaga wuduk ni.
Izfarni tersenyum sinih melihat suaminya yang cukup jauh darinya. Dia turun dari katil lalu menghampiri suaminya. "Abaaaang."Melerek Izfarni.
"I say no! Dini Izfarni!" Menjauhkan dirinya dari isterinya yang sedang mendekatinya.
"I miss you," memuncungkan bibirnya sambil mengejar jejak langkah Izrael.
"I miss you too. But not now, sweetlove. Please," bahaya. Bahaya.
Izrael melarikan diri sehinggalah jalannya mati. Dia bersandar dinding sambil mengecilkan tubuhnya kerana tiada tempat yang boleh dia lari. Izfarni semakin menghampiri ke arahnya.
"Miens,"Berkelip-kelip matanya mengambil perhatian suaminya sambil tangannya menyentuh dada bidang suaminya yang berlapik baju itu.
"Tolonglah, sayang,"rayunya. Jangan melakukannya seperti itu kerana boleh gugur imannya nanti.
Izfarni ketawa besar. "Haha! Puas hati aku. Lain kali, kejut orang elok-elok,"Sudah tercapai niat hatinya untuk membalas dendam atas perbuatan suaminya ketika kejutnya tadi. Hampir gugur juga jantungnya ketika terjaga dari tidur tadi.
"Abang dah kejut leklok dah. Sayang yang tak nak bangun," cebiknya sambil berpeluk tubuh.
Aik! Merajuk ke suaminya ini? I don't care. Mahu mandi. Waktu subuh sudah hampir menghampiri. "Aku mandi dulu,"Menuju ke bilik air dan membiarkan suaminya yang sedang merajuk itu. Nanti kita pujuk, ya!
Izrael memandang isterinya yang sedang masuk ke dalam bilik air itu. "Dia biarkan aku macam ini sahaja? Bapak dialah! Tapi, jap. Bukan ke bapak dia, bapak mentua aku? Astaghfirullah, Damiens Izrael. Baik kau solat tahjud tu," terus dia membentang sejadah lalu mendirikan solat sunat dua rakaat.
Usai selesai mendirikan solat fardu berjemaah yang diimamkam oleh Izrael, Izfarni menantap suaminya dengan senyuman. Merajuk lagilah itu. Tadi masa dia lepas mandi pun, bibir tu tidak habis muncung dengan mata yang asik menjelingnya. Nampak sangat protes dia itu.
Izrael menghulurkan tangannya untuk memberikan isterinya menyalamnya. Terus Izfarni mendapatkan tangan itu dan mencium. Apabila bibir Izfarni melepaskan tangan itu, Izrael dengan pantas menariknya namun ditahan oleh Izfarni.
"Marah lagi ke?"
"Tak."Jawab Izrael.
"Habis tu? Merajuk?" Izrael diam. Tandanya, benar. Dia tengah merajuk sebab tiada siapa pujuknya.
"Iyalah itu. Dah besar kuat merajuk. Macam budak-budak," terus Izrael berpaling muka apabila isterinya memerlinya.
"Suami siapalah?"
"Dini Izfarnilah," tanpa menatap isterinya.
"Iye ke?"
Terus berkerut wajah Izrael apabila mendengar soalan Izfarni. Iye ke? Isteri dia ini tidak mengaku ke, bahawa dia adalah suaminya? Dia berpaling mahu menatap wajah cantik itu.
Izfarni mencium pipi kanan suaminya untuk memujuk raja yang bertahta di hatinya itu.
Terkaku Izrael. What is this?
"Merajuk lagi?" Soal Izfarni.
Izrael hanya menatap isterinya dengan telinga yang sudah merah. Rasa mahu melompat dari hospital ini pun ada.
Melihat Izrael membuat hati Izfarni geli. "Haha! Comellah kau ni, Rael. Geram!" Mencubit kedua pipi suaminya itu.
Semakin merah muka Izrael apabila dipuji oleh isterinya seperti itu. Namun, dia cuba untuk menghilangkan rasa itu.
"Abang, lelakilahlah! Mana sesuai comel!" Bantahnya. Habis rosak martabat kaum lelaki.
"Tapi, kenyataan," Memeluk tubuhnya sambil menjungkitkan keningnya.
"Ikut sayanglah. Abang nak ambil wuduk. Nak meroja'ah hafalan," bangkit menuju ke bilik air.
"Nak join!" Berdirinya.
Senyum Izrael. " Boleh, sweetlove."
Izfarni mengulurkan tangannya. "Dukung," mintanya.
Makin lebar senyum Izrael. "Boleh," terus Izrael mendukung isterinya itu.
"Sejak bila Dini Izfarni pandai mengada ini?" Soal Izrael menatap isterinya sambil langkahnya menuju ke bilik air.
"Semenjak kawin dengan angel inilah," Kata Izfarni sambil melilik tangannya pada leher suaminya.
"I love you, sweetlove."
" I hate you too, angel."
"Cheater."
"Bukan tipulah. Majaz." Izrael hanya tersenyum melayan karenah isterinya. Dia merasakan terlalu bahagia melihat isterinya yang sudah kembali ke pangkuan. Thank, God!
Raeliz
Tersenyum lebar Dini Izfarni melihat suaminya yang tidak mahu melepaskannya dan hanya memeluk tubuh langsingnya. "Izrael, pergi cepat siap. Nanti lambat pergi kerja," pujuk Izfarni.
"Tak nak work," geleng Izrael sambil memeluk erat pinggang isterinya.
Kini Izfarni pula yang menggeleng. Cerita hari ini adalah, suami tentera saya tidak mahu pergi kerja dan asik mahu melekat dengan saya. Aduhai, suami!
"Izrael, go now! You will be late!" Mengusap rambut suaminya itu.
"Tak nak!" Geleng Izrael.
Mata Izfarni menjulingkan ke atas. Allahu. Susah betul mahu pujuk. Macam pujuk budak kecil pergi sekolah sahaja. Izfarni menghembus nafasnya. "Kau tak sayang aku?"
Terus Izrael mendongak kepalanya ke atas. Soalan apa isterinya tanya ini? "Apa sayang ini?"
"Habis tu, kenapa tak nak pergi kerja?"
Apa mengena dengan sayang dengan kerja pula ini? Binggung Izrael dibuatnya. "Sebab sayanglah, tak sanggup untuk berpisah."Lancang mulut Izrael membalas.
"Habis tu, nak bagi makan dengan sayang, cinta dekat bini ni?" Serius muka Izfarni.
Terus cebik muka Izrael mendengar kata-kata yang pedas keluar dari mulut isterinya itu. "Iyalah," pasrahnya lalu bangkit.
Senyum terus Izfarni melihat karenah mengada suaminya hari ini. Macam-macam perangai Si Abang Leftenan Laut hari ini
" Abang pergi kerja dulu, ya?" Terpaksa, terpaksa.
"Iya," mencapai tangan Izrael untuk disalam dan dicium.
"Elok-elok, tau," pesan Izfarni.
"Iya, yayang," cebiknya.
Izfarni yang melihat muka suaminya itu nampak sangat kepasrahan dari wajah itu. Dia harus membagi semangat kepada lelaki itu agar kembali semangat untuk pergi kerja.
Cup!
Badan Izrael menjadi kejung dan darah yang mengalir ditubuhnya rasa mahu terpancur keluar. Wajah isterinya dipandang dengan mata yang berapa kali dikelip-kelip dan wajah yang merah.
Izfarni yang turut merah mukanya dengan wajah suaminya itu, terus dia menolak tubuh suaminya itu menuju ke pintu. "Cepat! Nanti lambat!"
"Bye, abang! Assalamualaikum!" Tubuh Izrael ditolak keluar dan pintu bilik ditutup. Dia bercangkung di belakang pintu itu sambil meraut wajahnya.
"Asal kau berani sangat ini, Dini Izfarni?" Menjerik Izfarni di dalam hatinya.
Manakala, Izrael hanya berjalan dengan wajah yang masih merah. Tangannya masih tidak berenggang dari bibirnya. "She kissed me?"
Terus melompat Izrael sambil tersenyum. "OMG! Ini buat aku semangat nak kerja dan balik awal ini. Ehem! Let's work!" Berjalan dengan megah dan penuh semangatnya.
Namun disebalik pintu, ada seorang budak lelaki dan budak perempuan yang sedang memerhatikan Izrael. Niat mereka mahu keluar dari bilik. Tetapi apabila melihat Izrael seperti itu, terus terputus niat mereka dan menyuruk di sebalik pintu.
"Kakak, orang gila ke tu?"
"Mungkin," balas kakak kepada budak kecil itu.
"Tak jadilah adik nak keluar. Ada orang gila."
"Jom, kita sambung tidur," menutup pintu.
Raeliz
"Assalamualaikum, kak Iz."
"Waalaikumussalam, Atie," tersenyum Izfarni melihat adik iparnya datang yang mahu menemaninya. Tiadalah dia sunyi keseorangan.
"Tengok, siapa yang datang," membuka pintu dengan luas.
Terus Izfarni berpaling ke arah pintu. Membulat mata Izfarni melihat sosok itu. "Opah!"
Opah Izzah yang memandang je arah Izfarni penuh dengan kerinduan lalu menuju ke arah gadis itu. "Iz."
Sebaik sahaja tubuh tua itu menghampiri Izfarni, terus dia memeluk tubuh itu. "Rindunya, Iz dekat opah. Opah sihat?"
"Alhamdulillah, sihat. Koi pun rindu dekat kamu," membalas pelukan Izfarni.
Sebaik sahaja pelukan itu dilepaskan, Izfarni menatap mata tua itu yang sedang mengalirkan air mata. "Opah, kenapa opah menangis?" Mengelap air mata Opah Izzah dengan ibu jarinya.
"Koi risau dekat kamu. Waktu koi dapat tahu kamu koma, rasa nak tercabut jantung koi ini," bertapa risaunya dirinya waktu itu.
Dia masih ingat waktu dia dapat tahu akan kemalangan yang menimpa Izfarni. Dia sedang menyiram pokok-pokok bunga yang berada di halaman rumahnya. Tiba-tiba datang Dafeal memberi tahunya bahawa mereka harus pergi ke Johor kerana Izfarni dalam keadaan kritikal. Terus dia terjatuh disitu mendengar kabar itu.
Sampai sahaja di Johor, dia mendapat berita yang Izfarni berjaya diselamatkan. Dia sangat bersyukur namun, keadaan Izfarni yang koma. Membuat hatinya luruh. Ditambah pula dengan keadaan Izrael yang hilang separuh jiwa. Dia cuba untuk memberi semangat kepada cucu lelakinya itu, dengan menatap di Johor untuk berapa hari dengan menemani dan memberi kata-kata semangat kepada cucunya.
Namun, tiada apa yang memberi kesan kepada cucunya. Hanya diam dan dingin sahaja yang berubah pada cucunya. Semakin risau dibuatnya akan kedua cucunya itu.
"Opah janganlah sedih. Sekarangkan, Iz dah sihat. Tengok," senyum Iz sambil mendakap pipi Opah Izzah.
"Alhamdulillah,"syukurnya kepada Ilahi. Senyum.
"Kak Iz! Muah!" Memberi fliying kiss kepada Izfarni sambil bersandar di dinding.
Puk!
"Aduh! Sakitlah akak," mengadunya apabila Izzatie memukul bahunya.
"Feal ini, memang suka cari fasal ya. Ini kalau Abang Miens nampak, terkencing adik dekat sini," memang suka cari maut betul adiknya ini.
"Ala, Abang Miens bukan ada pun," itu yang dia berani semacam itu.
"Iz, mana Rael?" Sambil memandang ke arah seluruh kawasan bilik itu.
"Kerja, opah. Itu pun tadi susah betul nak pergi kerja," mengenangkan perangai suaminya tadi.
"Mana nak berpisahnya kalau bini dah depan mata. Mesti nak berkepit sahaja. Kalau macam inilah, cepatlah opah dapat cicit," usik Opah Izzah sehingga merah muka Izfarni.
"Opah!" Malunya.
"Salah ke opah kata, kamu berdua sudah kawin. Sewajarnya kalau kamu berdia ada anak, kan? Izrael itu pun suka pada budak-budak."
Benar kata opah Izzah. Izrael suka pada budak-budak dari dulu lagi. Lihatlah bertapa baiknya layanan Izrael akan adik-adik Izfarni. Tidak dapat dinafikan, bertapa sukanya Izrael akan anak-anak Darren. Penuh dengan kasih sayang.
Perkara ini jugalah telah menusuk hatinya ketika bersama dengan Datin Ilyana dan Illy apabila mereka membahaskan tentang anak, sedangkan mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga.
BERSAMBUNG.....
ponat nak pikir jalan cerita ini..... next
Share this novel