Illy memandang tajam ke arah Alya. "Kau jangan buat tak tahu. Aku tahu segalanya."Marah Illy sambil menunjuk kertas itu ada nama Alya yang tertulis di situ.
"Aku akan cerita kesemuanya."Jujur Alya lalu menceritakan cerita sebenar.
Illy yang menatap Alya yang penuh kebencian mencapai gunting yang berada di atas meja berhampirannya. "Bersubahat!"Menghulur gunting kepada Alya.
"Illy!"Tegur Ustazah Hafizah melihat tindakan berbahaya Illy. Gunting di tangan Illy di ambilnya dengan kasar.
"Kamu gila ke Illy?"
"Dia yang gila, ustazah. Dia yang perangkat Abang Mien."
Kata-kata Illy membuat Ustazah Hafizah terkaku. "Betul ke ini, Alya." Alya angguk lalu menceritakan hal sebenar.
Setelah berbicara hal sebenar, Alya di bawa ke bilik kaunseling untuk menceritakan hal sebenar.
Cerita Alya cukup membawa bukti dan dapat dipercayai oleh pihak sekolah dan pihak polis.
Kes selesai, bahawa apa yang diceritakan pihak Izrael benar. Izrael tidak bersalah. Namun, ini hanya terungkap di sini belum dari mereka berdua.
Raeliz
Pang!
Merah muka Dato Danial menahan marah."Siapa ajar kau, Miens?"Kecewa. Kecewa dirasakan.
"Daddy." Hari-hari Izrael dilayan sebegini oleh Dato Danial setelah kes itu terjadi.
Hari-hari dipukul dengan tali pinggang. Rasa sakit yang dirasakan Izrael tidak setanding rasa malu Dato Danial rasakan. Malu. Sungguh malu. Bukan setakat malu dirasakan, syarikatnya sudah merosot dengan berita buruk ini. Anaknya seorang perogol.
"Abang!"Menangis Datin Ilya.
Dafeal yang melihat tidak bisa melakukan apa-apa. Hanya air mata yang mampu mengalir. Namun, air mata itu terhenti apabila telefon Dato Danial berbunyi.
Tertera di skrin telefon, pihak sekolah. "Sekolah."Berhenti memukul Izrael lalu menjawab panggilan itu.
Datin Ilya terus memeluk anaknya itu ke dalam pelukkan. "Miens okay ya, sayang."Mencium kepala anaknya yang sudah tidak bisa mengalirkan air mata itu. Sakit yang dirasanya cukup sakit. Kepercayaan keluarga dan orang dia sayang sudah hilang.
Sebaik panggilan dimatikan Dato Danial pergi.
Raeliz.
Setelah semuanya sudah terungkap. Amanda di bawa ke pihak polis kerana kesalahan cuba mencabul budak berumur 13 tahun dan Izrael dituduh tidak bersalah. Ezz? Turut tidak tetapi beri surat amaran kerana ponteng kelas.
Namun demikian, rasa bersalah menyelubungi Dato Danial akan anak lelaki keduanya. Dia terlalu bertindak melulu dan cuba untuk perbaiki kesemuanya ini. Namun, setelah kejadian ini. Perubahan Izrael secara drastik. Diam dan tiada senyuman langsung.
Dato Danial cuba untuk kembali rapat dengan anaknya seperti dahulu. Dia cuba buat yang terbaik untuk Izrael. Memberi perhatian lebih, pindahkan sekolah dan memberi apa yang disukakan oleh Izrael. Namun, layanan itu tidak diberi dengan setimpal kepadanya. Izrael langsung tidak melayannya, buat kes di sekolah baru dan berkali-kali di gantung dan dibuang sekolah dan asrama. Juga, pemberian barang dari Dato Danial hanya dibuangnya. Langsung tidak dihargai. Membuat Dato Danial semakin marah dan menyuruhnya duduk di kampung bersama ibunya.
Sakit yang dirasakan Izrael hanya membuat parut di hatinya. Sakit sangat sehingga rasa itu hilang dari jiwanya. Namun, semua itu berubah setelah dia berpindah ke kampung dan bertemu seorang gadis cantik iaitu Dini Izfarni. Dia adalah ibarat cahaya yang menyinari kehidupan dan kegelapan yang dirasakannya.
Hanya satu dia mahu ucapkan. Terima kasih, Tuhan kerana datangkan pelangi setelah hujan dan taufan. Mungkin, ujian seterusnya dia dapat kuat menghadapi setelah apa yang dia alami selama ini bersama penyemangat yang ada di sisinya. Mampukah mereka? Hanya Tuhan yang sahaja yang tahu.
Raeliz
Ezz menatap siling hospital dengan tatapan yang lelah. Sungguh penat setelah berjam-jam di dalam bilik bedah. Rasa mahu patah pinggang yang dirasakan olehnya.
"Tengok benda, bro."Tegur Adrean Shabil yang menghulur secawan espresso hangat kepada Ezz.
"Temenung nak bagi hadiah apa dekat Izrael untuk hari sandibg dia nanti."Mencicip espresso tadi.
"Alahai, fikir macam nak cari jodoh."
Ezz menatap tajam Adrean. "Diam." Arahnya. Dia tidak suka orang membahankan jodoh. Boleh dikatakan, alergik.
"Aku nak balik."Berjalan pergi meninggalkan Adrean.
Adrean melihat Ezz yang meninggalnya itu ikut mengejar lelaki itu."Chill, bro."
"Berambus!"
happy iftar....tunggu lagi dua minggu okay untuk next chapter.... tak ada orang nak wish dekat naj ke? komen nak lagi dan sport XNQN.
Share this novel