#raeliz11 i

Romance Series 14536

Malam yang sepi hanya dihiasi bunyi muzik dari gitar milik seorang jejaka yang berada di balkoni. Sepi, sepi seperti hatinya. Meskipun, bibir tidak berbicara namun muzik dimainkan menandakan isi hatinya. Lagu 'Somebody's Pleasure' menjadi luahan hatinya. Sepi namun dia tetap perlu kuat kerana ini pilihan hatinya.

Muzik dihayati dengan mendalam sehingga mata terpejam membayangkan apa yang telah dia lalui dan apa yang dia tinggalkan selama ini. Sehingga dia mahu mengatakan dirinya, adakah dia bodoh kerana pentingkan diri sendiri.

Luth dari dapur sambil membawa dua cawan berisi kopi hangat memandang Izrael yang sangat menghayati muziknya. Luth tersenyum melihat Izrael lalu menghampiri sosok itu.

Tepat sahaja muzik itu berakhir, Luth menghulurnya cawan kepadanya. Izrael yang melihat tindakan Luth yang secara tiba-tiba, menyandarkan gitar dimainnya tadi di dinding lalu mengambil huluran tadi.

"Terima kasih."Mencicip kopi yang masih hangat itu.

Luth yang bersandar di pepara balkoni menatap Izrael. "Kalau rindu tu, baliklah."Pujuk Luth.

Mendengar kata Luth, Izrael menjadi terdiam dan berfikir. Balik?

"Sudahlah, Izrael. Jangan sesak diri kau tu. Turunkan ego kau."Kopi miliknya dihirup dengan nikmatnya.

Sudah berbuih mulut Luth memujuk hati batu itu. Agar dia balik dan bertemu keluarganya. Namun, ego seseorang Izrael sangat tinggi. Susah untuk mengatasinya.

Luth Mahfuz adalah rakan Izrael yang selalu bersamanya. Dari awal mereka masuk latihan untuk menjadi seorang tentera sehinggalah seorang Leftenan. Sungguh jauh persahabatan mereka sehingga berkongsi masalah antara satu sama lain tiada lagi rasa malu atau takut.

Hubungan sangat akrab, bukan setakat sahabatnya sahaja tetapi keluarga Luth sudah menjadi keluarga Izrael juga. Sepanjang kehidupan setelah lari dari rumah, setiap hari perayaan akan disambut bersama keluarga Luth di Perak. Itu sudah cukup membuat Izrael hilang rasa rindu kepada keluarganya. Namun, setiap kali Izrael melihat adik perempuan Luth cukup membuat dia mengingatkan kawan baiknya. Perangai mereka sangat cukup seiras. Tetapi, rasa hatinya tidak sama seperti kawan baiknya. Dia lebih selesa dengan kawan baiknya.

"Izrael. Aku tak tahu nak cakap apa lagi dekat kau. Kau ada hati. Kau ada otak sendiri. Kau rasa dan fikir. Kalau kau tak nak menyesal."Luth melangkah masuk ke dalam.

Kata-kata Luth cukup menyentuh hatinya. Entah mengapa kali ini dia berasa terkesan. Selalunya sememangnya dia terasa tetapi tidak seperti hari ini.

Gambar yang disimpan di dalam poket seluarnya dikeluarkan. Gambar keluarganya. Gambar itu dipandang sayu. Sekali-sekala dia mengusap gambar itu.

Tatapannya hanya memandang wanita yang bertudung sambil berpelukan lengan. "Miens rindu mummy." Perasaan yang tidak boleh dia sorokkan. Sungguh dia rindu sosok tubuh itu. Dia ingin mencium dan peluk wanita itu.

Tanpa dia sedari, air mata seorang lelaki mengalir ke pipinya. Sakit. Sakit merindui seseorang.

"Tunggu Miens balik my."

Raeliz

Bulan, bintang. Di mana? Kenapa tidak kelihatan? Adakah engkau sakit dan malu seperti aku? Omel Izfarni sambil melihat langit yang gelap di halaman rumahnya.

"Assalamualaikum."

Izfarni menatap orang yang memberi salam tadi. Jibrael?

"Waalaikumussalam."Izfarni menjawab lalu Jibrael menghampirinya yang sedang duduk di meja batu bersendirian.

"Izfarni."Panggil Jibrael dengan rasa bersalah.

"Kenapa aku nak nampak bulan, ya Jib? Aku ni buta ke? Buta sebab tak nampak selama ini dipermainkan dengan bekas tunang sendiri."Sungguh, kejadian pagi tadi cukup membuatnya rasa sangat sakit dan malu. Kenapa harus bergini?

"Iz, jangan macam ni. Aku tahu kau sedih."Cukup dia fahami apa yang dirasa oleh sepupuny ini.

"Aku sedih? Mana ada aku nangis. Kau tengok. Sikit air mata aku tak keluar."Benar. Matanya kering tanpa air mata. Namun, bagaimana dengan hati?

"Cukup kau menafikan rasa itu, Iz. Kau tak mampu nak menangis kerana kau tak cintakan dia. Tapi, kau terluka sebab dia buat kau macam tu."Benar apa yang dikatakan Jibrael.

"Dia tak layak dapat cinta aku. Sebab itu hati aku keras. Sebab mungkin dia dah tahu apa yang akan terjadi agaknya."Seandai dia menyukai lelaki itu semestinya akan lebih parah.

"Aku minta maaf."Jibrael menunduk. Kenapa dia perlu yang minta maaf, sedangkan bukan dia yang melakukan perkara itu?

Izfarni menatap Jibrael dengan tanda tanya."Sebenarnya, aku dah tahu perkara ini sudah lama, Iz. Tetapi, aku tak tahu nak cakap macam mana."Jujur dari hatinya, memang benar dia sudah lama ketahui perkara ini. Itu semua hanya kebetulan.

Semasa dia pulang ke Malaysia setelah lama menatap di Jordan, ketika di airport dia melihat sosok sama seperti Iwan yang sedang memeluk wanita yang ramping tubuhnya dengan pakaian yang sangat mengikut tubuh. Dari jauh memang benar wanita itu sangat kelihatan cantik dan sexy, semestinya para lelaki akan tergoda. Namun tidak dengan Jibrael yang mengikuti mereka secara diam-diam.

"Baby, you tak rindukan I ke?"Merajuk kerana beberapa hari ini kekasihnya tidak membalas mesejnya.

"Sorry, dear. I busy sangat dekat sana sampai tak ada masa nak balas chat you." Bukan dia berbohong tetapi tangan dan otaknya terlalu padat dengan kerja.

"But..."Tangan gadis itu dicapainya.

"I miss you so much. You sorang sahaja yang bertahta di hati seorang lelaki bernama Iwan Musa, Irany Mellisa."Tangan gadis itu dicium dengan penuh romantis.

Jibrael yang melihat keadaan mereka berdua sudah ternganga habis. Apa yang lelaki ini buat, bagaimana dengan sepupunya itu? Sungguh dia geram. Kalau dia tidak fikir tempat awam, sudah tentu muka lelaki itu akan pecah gara-garanya.

"Aku minta maaf, Iz."Rasa bersalah sangat dirinya kerana sembunyikan perkara ini.

Izfarni yang terdiam tadi, mula mengukir senyuman. "Lupakan Jibrael. Semuanya sudah selesai. Aku dah single."

Selepas sahaja kejadian tadi, Izfarni terus memberi tahu kepada keluarganya. Terkeju? Ya, sangat terkejut ibubapanya mendengar kata-kata yang diucapkannya. Mawar dan Jibrael yang berada bersama turut menyakinkan apa yang dikata Izfarni. Bukan mereka tidak nampak apa kejadian pagi tadi. Sangat secara tiba-tiba.

Setelah apa yang telah berlaku, terus ibubapa Izfarni membatalkan perkahwinan mereka. Keluarga belah Iwan turut terkejut apa yang telah berlaku. Pada mulanya mereka husnuzon, mengatakan itu rakan sekerjanya. Tetapi bila dicerita sudah berpegang tangan dan berpeluk pinggang ada itu masih kawan.

Persiapan yang telah disiap oleh Izfarni kesemua telah diberi oleh pihak lelaki. Biarlah mereka uruskan. Lagipula ini semua menggunakan duit pihak lelaki. Lebih baik dipulangkan kembali.

Iwan? Sudah tidak dapat dihubungi. Langsung tidak dapat dikesan semenjak kejadian tadi. Ke mana dia pergi, semua orang tidak tahu.

"Lepas ini, aku tunggu nasi minyak kau orang dualah. Nak tunggu aku lambat lagi."Izfarni sengaja untuk mengubah topik yang lain. Tidak mahu diingatkannya lagi.

"Bila kau orang nak kawin?"Sambung Izfarni.

"Tunggu duit aku dah cukuplah. Aku ini baru balik dari Malaysia Iz. Kena cari duit lebih sikit."Mahu anak dara orang kenalah bersedia untuk kumpul duit yang banyak. Nanti apa kemahuan isterinya semua dia akan beri.

"Pensyarah kut. Tak akan duit tak cukup."Selepas Jibrael pulang dari Jordan, terus dia mohon sebagai pensyarah. Alhamdulillah, rezekinya.

"Banyak pula kau kata ya, Iz. Kau sahajalah yang kawin dengan Mawar tu."Bukan Izfarni tidak tahu bagaimana perangai Si Mawar itu. Sangat suka berbelanja.

"Aik, aku pula."Ketawa Izfarni.

Malam yang sunyi tadi sudah meriuh suasana dengan suara mereka. Sungguh rancak mereka berborak. Sehingga apa yang sudah berlaku telah dilupakan.

Raeliz

Seorang yang bertubuh sasar sambil berkaca mata hitam itu, menatap laut yang berombak apabila setelah keluar dari kereta Audi RS7 miliknya. Rindu dan tenang akan suasa ini.

Dia berjalan menghampiri birai air laut untuk bersiar-siar seketika. Air ombak yang kuat telah menolak air sehingga membasahi seluarnya. Awan sudah menjadi gelap, mahu hujan.

Pondok yang tidak jauh darinya didatanginya. Untuk rehat seketika. Jaket jeans yang dipakainya dicabut dan diletakkan di sisinya. Hanya t-shirt hitam ditutupi tubuhnya. Angin semakin kuat, sehingga rambutnya turut ditiup angin.

Dia agak suka dengan situasi ini, tenang sangat. Dengan lautan yang berombak. Meskipun, dia dia dan laut tidak pernah berpisah namun ia tidak sama seperti berada di daratan berbanding di tengah laut.

Sedang santai memandang laut, matanya beralih ke arah seorang gadis yang berada di dalam air. Sungguh ini perkara yang berbahaya. Ombak tengah kuat.

Izrael yang melihat gadis itu terus berlari ke arah tepi pantai. "Cik, naik cik! Air tengah kuat tu!"Jeriknya namun, tetap diambai oleh gadis itu.

Tiada cara lain, dia terpaksa meredah air itu. Nyawa gadis itu dalam bahaya.

"Cik."Panggil Izrael sambil menuju ke arah gadis itu.

"Cik, naik. Bahaya."Izrael memanggil gadis itu yang sudah menghampirinya.

"Cik."Lengan baju gadis itu ditarik sedikit. Membuat gadis yang hanyut dengan lamunan itu tersedar dari perbuatannya. Gadis itu menatap Izrael.

"Iz?"Terkedu Izrael melihat Izfarni yang berada di hadapan matanya setelah lapan tahun tidak bersuar muka.

"Izrael?"Dia turut terkedu. Namun, perubahan Izrael yang semakin segak dan tinggi tidak merubah langsung sosok itu.

"Iz, naik. Laut tengah deras tu. Bahaya."Pujuk Izrael.

"Kenapa kau nak perduli fasal aku?" Wajah lelaki itu tidak ditatapnya. Haruskah dia perduli.

"Iz, tak ada masa kau nak fikir fasal ini. Nyawa kau dalam bahaya."Air hujan sudah menitis kepada mereka.

"Tak ada masa?"Wajah Izrael dipandang.

"Patut kau tak rasa nak balik. Kau tak ada masa nak fikir tentang aku rupanya."Jelas dari sudut hatinya.

Hujan semakin lebat dan ombak semakin kuat. Sekira lama mereka berada disini, tidak mustahil mereka akan dibawa air.

Badan Izfarni mula tidak stabil kerana ditolak dan ditarik air.

"Iz, naik."Arah Izrael dengan tegas.

"Tak payah nak perduli. Hidup aku dah tak ada makna. Memalukan keluarga sendiri. Tunang sendiri curang. Kawan baik sendiri pergi. Apa yang harus aku buat? Tak ada apa yang harus aku buat orang lain gembira."Air matanya mula mengalir. Cukup, dia sudah bertahan terlalu lama. Mentalnya sudah tidak kuat lagi. Tiada siapa tempat dia mahu luahkan setelah kepergian Izrael. Dia terlalu banyak pendam.

"Curang?"Terkejut Izrael mendengar.

"Ya, curang. Nampak sangat aku tak sempurna sampai sanggup dia curang. Mana aku nak letak muka aku ini, Izrael. Aku ini anak tak guna. Memalukan keluarga."Sungguh dia merasakan dirinya tidak lagi berguna. Dia cuba untuk bahagiakan keluarganya namun apa yang sudah terjadi.

Air yang kuat menolak tubuh Izfarni yang sedang lemah sehingga tubuh itu hampir terjatuh. Namun, terlebih dahulu Izrael memegang Izfarni agar tidak jatuh.

Izrael yang melihat cuaca semakin memburuk, dia terus menarik lengan Izfarni yang berlapik baju ke tebing. Izfarni yang mula lemah hanya mengikuti Izrael. Izrael membawanya  ke pondok tadi. Tubuh Izfarni yang sudah basah di tutup dengan jaketnya.

Izrael duduk di sebelah Izfarni dengan jarak yang sedikit. "Ini bukan salah kau Iz."Kenapa harus cepat menyalahkan dirinya sendiri?

"Ini takdir Tuhan."Semuanya telah tertulis.

"Tuhan nak bagi yang lebih baik untuk kau."Izrael menatap Izfarni yang masih tidak berhenti menangis. Ini kali pertama dia melihat wajah itu menangis.

"Aku minta maaf sebab tak ada bersama kau."Ini juga kekilafannya.

Izfarni menatap Izrael lalu kembali rasa dia ingin menangis. Sungguh dia rasa sangat rindu akan kawannya yang ada bersamanya dahulu. Sungguh imosinya sudah bercampur baur. Sakit dan rindu.

"Iz."

Raeliz

Encik Darfan mula tidak senang duduk. Ke mana puteri sulungnya pergi? Hari sudah hujan.

"Abang, kena cari Izfarni."Kunci kereta dicapainya.

Puan Dayah yang melihat suaminya yang risau akan anaknya jadi terikut. "Saya ikut."

"Tak perlu, sayang duduk dengan anak-anak. Abang yang bersalah dalam hal ini. Abang yang paksa Iz kawin dengan Iwan."Kerana terlalu pentingkan diri sendiri dia telah mengorbankan kebahagiaan anaknya sendiri.

Semenjak hari itu, perubahan Izfarni semakin ketara. Kurang makan, tidak tersenyum seperti selalu dan jarang keluar rumah berkurung dalam bilik.

Keluar sahaja rumah, Izfarni berada di hadapan matanya bersama Izrael.

"Iz."Terus Puan Dayah memeluk tubuh anaknya yang sudah basah lejut.

"Izrael?"Terkedu Encik Darfan melihat Izrael yang sudah lama tidak munculkan diri.

BERSAMBUNG..........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience