"Tok, apa khabar?"Izrael menyalam Encik Darfan dengan tangannya yang sejuk.
"Sihat. Mari masuk dulu."Ujarnya yang melihat Izrael sudah basah kuyup.
"Tak apalah tok. Saya nak tengok opah. Dah lama tak jumpa. Saya balik dulu."Tangan Encik Darfan disalam lagi olehnya.
"Iz, kau fikirkan ya."Wajah Izfarni ditatapnya. Izfarni yang melihat Izrael dipandang lalu mengangguk.
"Assalamualaikum."Izrael pergi.
"Iz, jom masuk."Pimpin Puan Dayah akan anak perempuannya untuk dibawa ke dalam.
Raeliz
Izrael yang menatap rumah kayu itu dipandang lama lalu melangkah masuk. Pintu rumah di ketuk.
Opah Izzah yang sedang menjahit baju jadi terganggu. "Siapa pula yang datang hujan-hujan ini? Dafeal ke?"Alhamdulillah, budak kecil itu sudah ada kesedaran mahu pulang.
"Sekejap."Menuju ke pintu lalu membukanya.
Terkedu segenap Opah Izzah melihat siapa tetamunya."Izrael."
"Opah."Terus memeluk opahnya dengan erat.
"Izrael minta maaf opah."Kepala opahnya dicium.
"Syukur, kamu dah balik."Wajah Izrael dikelus lembut.
"Ke mana kamu pergi Izrael?"Tangan Opah Izzah dicium Berkali-kali.
"Izrael minta maaf opah."Sungguh dia sedar akan perbuatannya.
"Sudah, mari masuk."Tangan Izrael ditarik masuk bersama.
Raeliz
Keluarga Encik Darfan sedang menjamah makanan yang telah dimasak oleh isterinya.
"Iz, makan banyak sikit."Puan Dayah meletakkan ayam masak merah kedalam pinggan Izfarni.
"Terima kasih, umi."Senyum Izfarni.
"Walid nak minta maaf. Salah walid sebab paksa Iz."Sungguh dia sudar akan perbuatannya.
"Tak apa, benda sudah berlalu."Usah dikenang benda yang lepas.
"Akak, tadi yang hantar akak balik Abang Rael ke?"Tanya Dani yang mengintai mereka dari belakang ketika kakaknya pulang bersama Izrael.
"Iya."Jawab Izfarni.
"Waw, makin segaklah Abang Rael."Sungguh dia kagum akan lelaki itu.
Setelah Izfarni lama berdiam, dia membuat keputusan untuk beritahu sesuatu pada keluarganya.
"Umi. Walid. Iz nak cakap sikit."Perkara yang penting harus dia katakan.
"Apa, cakaplah."Menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Tadi, Izrael ada lamar Iz untuk jadi isteri dia."Kata Izfarni dengan segan.
"Lamar?!"Terkejut Dani dan Dina.
Encik Darfan sudah tercekik nasinya dan segera meminum air yang dihulur oleh isterinya.
"Jadi apa keputusan Iz?"Soal Puan Dayah.
"Iz tak bagi jawapan lagi. Tapi, Izrael bagi masa dekat Iz suruh berfikir."
Encik Darfan dan Puan Dayah saling berpandangan."Iz."Tangan anak daranya dipegang.
"Walid kenal Izrael macam mana. Kalau dibuat menantu...."
"Umi suka."Sampuk Puan Dayah.
"Dina suka Abang Izrael jadi abang ipar Dina."Sambung Dina.
"Dani pun."Setuju Dani.
"Jangan disampuk."Tegur Encik Darfan.
"Maaf, walid."Pohon Dani dan Dina.
"Walid okey sahaja. Lagi pula walid yakin yang Izrael boleh jadi suami yang terbaik buat Iz."Sambung Encik Darfan kembali. Lihatlah ketika mereka berkawan dahulu. Cukup Izrael melayani anaknya dengan baik seperti seorang puteri.
"Kalau macam itu. Iz terima lamaran Izrael. Lagipun, Iz memang dah suka Izrael dari dulu lagi."Jujur Izfarni akan keluarganya. Sudah lama dia pendamkan perasaan ini. Merah mukanya kerana malu akan pengakuanya.
"Dah agak dah."Sentak mereka sekeluarga membuat Izfarni terkedu dan semakin malu.
"Dah, makan. Jangan nak mengelamun."Ujar Puan Dayah.
Damiens Izrael akan menjadi suaminya. Sungguh tidak diduga.
Raeliz
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam,Abang Rael."Tersenyum Dani melihat Izrael dari muka pintu.
"Akak, buah h...."Belum sempat Dani habis kata. Mulutnya ditutup oleh Izfarni.
"Izrael. Kenapa kau datang rumah aku pagi-pagi ini?"Lagu pula dia memang suka kehadiran Izrael.
"Aku nak ajak kau pergi makan. Aku tengok kampung ni dah banyak perubahan. Jadi, aku nak suruh kau tolong aku bawak jalan-jalan."Semasa dia masuk ke kampung ini sudah banyak perubahan setelah ditinggalkan lapan tahu yang lalu.
"Boleh, tapi kau kenalah minta izin walid aku dulu."Itu syarat kalau mahu keluar bersamanya.
"Izrael."Panggil Encik Darfan yang baru keluar dari rumahnya.
"Tok, saya nak bawa Iz keluar makan boleh?"Minta izinnya.
"Boleh, tapi Dani kena ikut."Tidak manis kalau mereka berdua keluar bersama.
"Dina nak ikut juga."Sampuk Dina.
"Dina tak boleh. Dina kena teman umi ke pasar."Cegah Encik Darfan. Terus muncung Dina.
"Iz, pergilah siap. Sian Izrael menunggu."Izfarni mengangguk lalu bersiapkan dirinya.
Raeliz
Sepanjang perjalanan, tidak habis-habis mulut Dani berkata. Macam-macam dipersoalkan olehhnya tentang Izrael dan termasuk kereta milik Izrael. Habis semua pujian diberinya.
"Kita nak makan mana?"Izrael memandang Dani di sebelahnya.
"Nasi lemak Mak Leha. Sedap abang."Terus Dani menjawabnya.
"Baik."Izrael hanya melayannya dan berhenti di kedai Mak Leha.
Keluar sahaja dari kereta, terus mereka memilih tempat duduk.
"Mak Leha."Tegur Dani dengan ramah.
"Dani."Menuju ke tempat duduk mereka pergi.
Mak Leha memandang sosok lelaki yang kacak di hadapan matanya. Macam kenal."Izrael?"
"Ya, mak cik."Senyum manis Izrael.
"Semakin segak kamu Izrael. Kamu kerja apa sekarang."Sungguh bergaya cucu Opah Izzah.
"Nelayan je, mak cik."
Izfarni yang mendengar sudah berpaling wajah."Mak cik percayalah kata dia."Izrael tersengeh menayangkan lesung pipinya.
"Tentera laut."Jawab Izrael dengan jujur.
"Patut makin segak tentera."Pujian tidak henti-benti dibibirnya.
"Nak makan apa?"Giliran dia mengambil pesan.
"Nasi lemak ayam. Teh tarik."Jawab Dani pantas. Izfarni sudang menggeleng. Tidak tahu malu budak.
"Iz pun."
"Kalau macam itu, Izrael sekali."Dia tidak tahu mahu memesan apa.
"Sekejap ya."Mak Leha beredar dari situ.
Share this novel